UMNO akan mengambil langkah yang silap kalau ambil keputusan untuk terima MAHATHIR dan sisihkan NAJIB...
Yang merosakkan UMNO sampai UMNO jatuh dan hilang kuasa adalah MAHATHIR...
Dia caci UMNO, dia hina UMNO, dia cerca UMNO seolah-olah UMNO tidak pernah berjasa pada dirinya dan keluarganya...
Kini UMNO pula nak bekerjasama dengan dia?
Untuk apa?
Atas alasan apa?
Bukan kita nak jadi manusia pendendam...
Apakah kita begitu mudah nak melupakan kejahatan dan kezaliman orang yang cuba berbagai-bagai cara untuk kuburkan UMNO?
Tak belajar dari pengalaman silam ker?
Mahathir lupa, dia naik kerana UMNO...
Dan dia juga lupa, kerana dokongan dan kesetiaan ahli-ahli UMNO pada pemimpinlah yang dia berkuasa sehingga 22 tahun lamannya...
Kerana kebijaksanaan dan kepatuhan pemimpin-pemimpin UMNOlah yang membuatkan dia berjaya dan menempa nama di mata dunia...
Tenguk apa jadi pada kabinet dengan kabinet dia sekarang?
Jadi bahan lawak bukan saja di pentas nasional malah di pentas dunia!!!
Kejayaan tak kan datang dengan sendirinya kalau tiada orang di belakangnya...
Jangan Kita Susukan Kera Di Hutan Yang Hampir Musnahkan Kebun Kita Tapi Biarkan Anak Di Rumah Yang Selama Ini Menjaga Kita Mati Kelaparan
Kepada berisan kepimpinan tertinggi UMNO, dengarlah suara akar umbi sebelum terlambat...
UMNO pernah menafikan suara akar umbi masa menjelang PRU 14 dulu...
Akibatnya dalam PRU 14 UMNO tersungkur...
Masa UMNO jatuh tersungkur dan luka parah, siapakah yang menambahkan lagi luka UMNO kalau bukan Mahathir?
Siapakah yang bina balik kasih sayang orang Melayu kepada UMNO kalau bukan DS Najib...
Walau pun cuma bertaraf ahli UMNO dan Ketua Bahagian UMNO, DS Najib dengan bijak dan sabar merawat UMNO hinggakan anak-anak muda yang sebelum ini sangat-sangat membenci UMNO kini datang kembali serta rujuk kepada UMNO...
Najib dah lalui macam-macam dugaan..
Kalah PRU 14, dia di persalahkan 100%, ahli UMNO sendiri benci dia, dia lepaskan semua jawatan dalam UMNO tanpa perlu di desak...
Hari ini kerana Najib, juga kerana aura dan figuranya, rakyat jadi kembali kepada UMNO...
Fitnah terhadap diri nya semakin hari, semakin rakyat tidak percaya...
Rakyat semakin selesa dengan Najib atau nama femesnya kini adalah bossku...
Kerana apa selesa, kerana kini Allah telah mula membuka hijab fitnah ke atas Najib selama ini...
Fitnah untuk dapatkan kuasa...
Najib ini lembut orangnya, dia tak nak apa-apa jawatan pun di kala rakyat mahukan dia jadi perdana menteri kembali...
Dan percayalah, jika Najib di singkirkan dari UMNO, rakyat akan bersuara...
Bersuara dengan cara apa?
Fikirlah sendiri...
Dan sekarang, setelah UMNO sudah bersedia masuk kembali ke dalam gelanggang, kenapa kita hendak singkirkan pemimpin yang telah bersama-sama merawat UMNO kemudian hendak tatang pula manusia durjana yang telah cuba sedaya upaya membunuh UMNO?
Kalau perkara ini berlaku, akan ramai anak-anak muda kembali menjauhi UMNO, malah akan ramai orang-orang UMNO dengan perasaan sedih akan meninggalkan UMNO...
Kami akan tinggalkan UMNO bukan kerana kami membenci UMNO tapi kerana kami menentang keputusan kepimpimpinan tertinggi UMNO yang membawa manusia munafik itu kembali kepada UMNO!!!
NAJIB is the right leader...
Walau pun di jatuhkan dengan cara yang paling menjijikkan, dia masih boleh terima dengan hati yang redha...
Kau ludah dia pun, dia masih boleh ukir senyuman pada kau...
Ingatlah, UMNO tak perlukan Mahathir kerana kerjasama antara UMNO dan PAS sudah lebih dari cukup untuk kita ambil balik kuasa dan selanatkan ummah...
Seperkara lagi, apakah keputusan itu nanti tidak akan melukakan hati saudara kita di PAS...
PAS bersengketa dengan UMNO puluhan tahun semasa pemerintahan dan dasar UMNO yang di buat oleh siapa...
Siapa lagi kalau bukan Mahathir...
Kalau Mahathir di terima kembali ke dalam UMNO, percayalah, ummah yang baru nak bersatu akan berpecah kembali...
Mahathir ialah Bapa Perpecahan Malaysia, di mana saja Mahathir berada, PASTI PERPECAHAN AKAN BERLAKU...
Tenguk apa yang dah berlaku dalam PH sekarang...
Tenguk apa yang dah berlaku dalam PKR sekarang?
Imbas balik perpecahan yang Mahathir dah buat pada UMNO...
Bukan sekali tapi 3 kali Mahathir dah merobek-robek perpaduan UMNO...
Kali pertama, Mahathir vs Tengku Razaleigh...
Kali kedua, Mahathir vs Anwar Ibrahim...
Kali ketiga, Mahathir vs Najib Razak...
Jadi kenapa pula UMNO nak terhegeh-hegeh bawak balik Mahathir sedangkan UMNO tak perlukan Mahathir sekarang nie...
Tapi Mahathir yang sangat-sangat memerlukan UMNO sebab Mahathir akan dan sedang di jatuhkan dari dalam PH sendiri...
Dahlah nak pertolongan UMNO, siap letakkan syarat pulak tu, orang-orang tertentu mesti di singkirkan dari UMNO dulu!!!
Ikhlas ker perangai macam tu!!!
Takkanlah pemimpin UMNO dan Pemuda UMNO yang nak bawak masuk Mahathir tu BODOH SANGAT!!!
0 comments:
Post a Comment