Dr. Mahathir menegaskan bahawa beliau akan meletak jawatan dalam masa tiga tahun sebelum serahkan jawatan Perdana Menteri pada Bang Non...
Persoalan mengenai tarikh beliau akan berundur dan siapa bakal penggantinya mula menjadi perhatian sejak beberapa minggu kebelakangan ini...
Walau pun sebelum ini pernah mengumumkan Bang Non akan menggantikannya, timbul spekulasi bahawa Dr. Mahathir mahukan Azmin Ali...
"Setakat saya tahu, saya sudah berjanji untuk berundur dan Anwar akan menggantikan saya," katanya yang di temu bual wartawan CNBC, Tanvir Gill di Bangkok, Thailand, ketika menghadiri Sidang Kemuncak Asean...
Beliau yang sebelum itu berkata, negara memerlukan sekurang-kurangnya 3 tahun untuk menyelesaikan hutang negara...
"Tidak, saya tidak akan melangkaui tempoh 3 tahun berkenaan" katanya yang menegaskan bahawa keutamaannya untuk memastikan Malaysia mampu menyelesaikan masalah (hutang) walau pun selepas bersara...
Agak-Agaknya Bila Akan Bermula Count Down 3 Tahun Tu?
Soalan cepumas yang Tanvir Gill tanya pada Dr. Mahathir ialah :
"Do you trust Anwar Ibrahim"...😂😂😂
Terkedu kejap Dr. Mahathir nak jawab soalan tu...
3 kali Tanvir Gill tanya Dr. Mahathir soalan yang sama tapi tak ada jawapan dari Dr. Mahathir!!!
Jadi Bang Non, faham-faham jer lah yer...
Kita imbas balik kronologi 2 tahun Mahathir :
7 Februari 2018
"Beri saya masa 2 tahun jadi PM untuk selesaikan masaalah" (BACA DI SINI)...
4 November 2018
"Saya akan serah selepas 2 tahun tapi kalau Anwar bagi, 2 tahun setengah" (BACA DI SINI)...
*Dah mula bagi gambaran, nak lebih dari 2 tahun...😉😉😉
30 Disember 2018
"Saya akan berpegang pada janji" (BACA DI SINI)...
*Bila kena asak, keluarkan kenyataan akan serah kuasa SELEPAS 2 TAHUN...
22 Jun 2019
*Dah 'up' setahun dari persetujuan asal...😂😂😂
23 Jun 2019
"Tiada hitam putih Anwar bakal PM, PKR rujuk dokumen PH", Rais Yatim (BACA DI SINI)...
*Boleh gugur jantung Anwar...😲😲😲
Sebenarnya Dr. Mahathir tak menipu, dia cakap dia akan berundur SELEPAS 2 TAHUN jadi Perdana Menteri...
Memang betullah apa yang Dr. Mahathir cakap, SELEPAS 2 TAHUN, maksudnya apa?
》Tak kiralah kalau Dr. Mahathir ambil masa 3 tahun ker, 4 tahun ker , 5 tahun ker, baru Dr. Mahathir letak jawatan, pokoknya ialah SELEPAS 2 TAHUN, berapa lama, jangan tanya...😂😂😂
》Apa yang Rais Yatim cakap pun memang betul, tak ada hitam putih Anwar akan jadi Perdana Menteri...
Dr. Mahathir kata dia akan berpegang pada janji dan dalam perjanjian Majlis Presiden Pakatan Harapan, SELEPAS 2 TAHUN, Dr. Mahathir akan serah jawatan, tapi pada siapa, tak ada dalam perjanjian Majlis Presiden Pakatan Harapan...
Jadi betullah kata Dr. Mahathir, dia berpegang pada janji, akan serah jawatan SELEPAS 2 TAHUN, pada siapa, tak pasti, MUNGKIN pada Azmin, tapi yang pasti Anwar tak termasuk dalam senarai Dr. Mahathir kut...🤔🤔🤔
Sekarang nie, Dr. Mahathir kata 3 tahun, soalannya kenapa tiba-tiba Dr. Mahathir kata 3 tahun?
Kalau kita ambil 3 tahun dari Dr. Mahathir angkat sumpah sebagai Perdana Menteri, 10 Mei 2018, bermaksud sebelum Mei 2021, Dr. Mahathir akan serah jawatan...
Tapi kita kena ingat, 'track record' Dr. Mahathir pegang kuasa, TAK PERNAH genap satu penggal atau 5 tahun...
Bukan rahsia, Anwar bukan pilihan Dr. Mahathir, (cuma kem Anwar dan otai reformasi yang syok sendiri) tapi Azmin ialah pilihan utama Dr. Mahathir dalam peralihan kuasa...
MUNGKIN memang benar, pada asalnya Dr. Mahathir akan serahkan kuasa dalam masa 2 tahun tapi pada Azmin bukan pada Anwar...
Tapi memandangkan isu semburit Azmin, maka Mahathir beralih pada 3 tahun untuk letak jawatan tapi kali ini tidak pada Azmin, apa lagi pada Anwar...
Jadi pada siapakah Dr. Mahathir akan serahkan kuasa?
Dr. Mahathir akan serahkan balik kuasa penentu kepada rakyat dengan bubarkan parlimen...
Bila Dr. Mahathir akan bubarkan parlimen, itu kena tanya pada Dr. Mahathir, 'count down' 3 tahun tu bermula bila...
Yang pasti, Anwar akan mencipta rekod politik dunia dengan menjadi BAKAL PERDANA MENTERI paling lama...
Penantian Anwar akan berakhir bila gabungan BN dan PAS tewaskan PH dalam PRU 15 selepas Dr. Mahathir bubarkan parlimen yang ke 14...
Dan admin tutup dengan soalan cepu intan...
Ada orang tahu, apa yang dia tahu...
Ada orang tahu, apa yang dia tak tahu...
Ada orang tak tahu, apa yang dia tahu...
Ada orang tak tahu, apa yang dia tak tahu...
Dari infografik kat atas tu, Bang Non kategori mana dan Dr. Mahathir kategori yang mana yer...🤔🤔🤔
0 comments:
Post a Comment