Friday, June 21, 2019

Muga Penjawat Awam Sedar Musibah Akibat Tak Bersyukur


SEMAK DAN KAJI, SEMAK DAN KAJI berulang2 kali...

Tak habis-habis SEMAK DAN KAJI, penghujung ceritanya penjawat awam gigit jari!!!

Kesian penjawat awam... 

Sebelum ini, era kerajaan BN, mesti akan ada kenaikkan tangga gaji setiap tahun...

Tapi tahun nie sedikit kelainan bawah pemerintahan rejim PH... 

TIADA LAGI KENAIKKAN GAJI PENJAWAT AWAM!!!

Sejak PH Ambil Alih, Macam Macam 'Berita Baik' Ada Untuk Penjawat Awam


Kerajaan BN yang lepas ada ingatkan penjawat awam, kalau pemerintahan negara bertukar, nasib penjawat awam akan menjadi ibarat telur di hujung tanduk...

Ingatan BN pada penjawat awam sebelum PRU 14 dulu ada asasnya...

Sikap yang di tunjukkan PH terutamanya DAP yang secara terang-terang anti penjawat awam memang nyata, ibarat kata orang tua-tua, dah terang lagi bersuluh...


'Penjawat awam membebankan kerajaan', 'penjawat awam malas', negara ibarat menanggung bangkai hidup', 'kalau PH berkuasa, jumlah penjawat awam akan di kurangkan' dan macam-macam lagi kata-kata sindiran, kata-kata memperlekehkan penjawat awam keluar dari pemimpin-pemimpin PH terutamanya DAP, di dedahkan dan di ingatkan pada penjawat awam, tapi penjawat awam tak percaya...

'Ini kalilah', 'berani buat perubahan' antara kata-kata penjawat awam sebagai membalas balik pendedahan yang di buat...

Akibatnya, ramai penjawat awam yang berpihak pada PH dan kerajaan yang dah begitu banyak berbudi pada penjawat awam tumbang...

Sebaik saja PH ambil alih kuasa, mereka tak tunggu lama untuk bagi 'jackpot' pada penjawat awam sebagai membalas 'budi' sebab undi mereka...

'Hadiah' pertama dari PH ialah berbelas ribu di berhentikan kerja dengan notis 24 jam, ketika menjelangnya sambutan Hari Raya Aidilfitri 2018...

Walau pun netizen banyak mengecam tindakan PH yang zalim tu sebab berbelas ribu keluarga kehilangan pendapatan saat menjelang Hari Raya Aidilfitri, tapi kerajaan PH buat bodoh jer...

Sama macam penjawat awam buat bodoh jer bila di ingatkan nasib yang akan menimpa mereka sekiranya PH berkuasa...

Tak cukup dengan kejutan pertama PH yang menyebabkan belasan ribu hilang pekerjaan saat menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri 2018, datang pulak gelombang kedua...

Sebuah institut kajian dasar menyokong PH iaitu Penang Institute pula telah menyatakan bahawa Malaysia hanya memerlukan 430 ribu penjawat awam...

Mengikut Penang Institute lagi, nisbah jumlah penjawat awam kepada bilangan rakyat adalah besar di Malaysia berbanding negara2 maju yang lain...


Maksudnya apa?


Penang Institute (badan kajian yang tak di iktiraf tapi di asaskan oleh DAP), cadangkan pada kerajaan PH untuk memecat kira 1.6 JUTA PENJAWAT AWAM!!!

Gila betul, kerajaan PH di cadangkan untuk pecat lebih 300% jumlah penjawat awam sedia ada (BACA DI SINI)...

'Hadiah' ketiga yang boleh di panggil 'ole-ole' dari PH ialah bila Atok sendiri mahu penjawat awam mengikat perut sebab tak ada bonus akan di berikan oleh PH menjelang Hari Raya Aidilfirr...

Bila netizen marah, Atok dengan pantas buat U-Turn...

Bagi RM450 sorang, jadilah daripada tak ada...

Sama ada penjawat awam sedar atau pun tak, kerajaan PH betul-betul buat penjawat awam macam tikar buruk...

Masa nak PRU 14 dulu, di belai, di janjikan dengan pelbagai janji manis, tapi bila
dah menang, tikar buruk tu di perukkan atas loteng rumah...

Nak cakap banyak tak boleh, takut di buangnya tikar buruk tu nanti, jadi sabor jer lah...

Kesian, lepas ni apa lagi KEISTIMEWAAN PENJAWAT AWAM YANG AKAN DITARIK?

0 comments:

fda

Archives