Thursday, June 27, 2019

Kencing Terbaru Guan Eng, Hancing Tahap Dewa Derrr...


Menteri Kewayangan, Lim Guan Eng semalam mengumumkan bahawa kerajaan akan mengambilalih 4 konsesi tol daripada syarikat Gamuda dengan harga RM6.2 billion...

Ini katanya untuk mengurangkan pembayaran tol oleh rakyat dan ke arah pengambilalihan semua konsesi tol oleh kerajaan pada masa akan datang...

Katanya lagi sebelum ini, dengan pengambilahan ini rakyat hanya perlu membayar tol sepenuhnya pada waktu puncak, di mana caj kesesakan akan di perkenalkan dan kadar tol adalah percuma dari pukul 11 malam sampai pukul 5 pagi...

2 perkara yang memusykilkan dari pengumuman pengambilalihan tol oleh Menteri Kewayangan ini :

Pertama


Ianya jauh tersasar dari janji PH dalam manifesto PRU 14 mereka...

Janji ke 6 dalam manifesto PH menyatakan bahawa PH akan :

"Mengkaji semula semua perjanjian konsesi lebuh raya dan berunding untuk mendapatkan harga terbaik bagi mengambil alih setiap konsesi tol dengan matlamat akhir untuk menghapuskan kutipan tol secara berperingkat"...

Maksudnya mereka berjanji untuk merunding, mengambil alih dan membayar pampasan kepada pemegang konsesi untuk HAPUSKAN KUTIPAN TOL!!!

Manifesto mereka tidak pula mengatakan apa yang mereka sebaliknya buat kini iaitu untuk merunding, mengambilalih dan membayar pampasan untuk menghapuskan kutipan tol hanya pada waktu lengang dan perkenalkan pula caj kesesakan pada waktu puncak...

Dan "penghapusan tol berperingkat" dalam manifesto mereka bermaksud, menghapuskan tol satu per satu, bukan menghapuskan tol satu per satu pada waktu lengang sahaja...

Sekarang nie, PH kata, penghapusan tol berperingkat ini adalah hapus tol pada waktu lengang, maka dah jelas lagi bersuluh, Guan Eng menipu rakyat di siang hari atau cuba menipu diri mereka sendiri...

Kedua


Menteri Kewayangan berkata kadar tol baru ini akan memberikan penjimatan RM180 juta kepada pengguna...

Siapakah yang sebenarnya untung dengan penstrukturan semula kadar tol mengikut acuan PH nie?

Sebenarnya hampir semua pengguna tol tak akan menikmati kebanyakan daripada penjimatan ini sebab hampir semua pengguna tol rutin menggunakan tol pada waktu puncak dan bukannya selepas tengah malam sehingga sebelum subuh...

Lebih 80% daripada kutipan tol harian adalah pada waktu puncak oleh pengguna tol rutin yang menggunakan tol untuk pergi dan balik kerja...

Dah tu, siapa yang untung?

Yang untung daripada kadar baru ini kebanyakannya adalah lori-lori perniagaan yang boleh menukar masa pengangkutan mereka ke waktu lengang dan bukannya pengguna rutin biasa...

Pengambilalihan dan penstrukturan semula kadar tol ini tak lain dan tak bukan merupakan suatu hiasan tingkap atau "window dressing" jer dan percubaan untuk memanipulasi rakyat oleh Kerajaan PH untuk mengelak daripada menunaikan janji mereka yang sebenar...

Sebelum ini Ahli Parlimen DAP dan juga Pegawai Khas Menteri Kewayangan, Tony Pua pernah berkata mereka hanya memerlukan RM25 billion untuk ambil alih kesemua 29 konsesi tol (BACA DI SINI)...

Kini PH dah gunakan RM6.2 billion untuk ambilalih hanya 4 tol...

Jadi, kalau ikut pengiraan asal, mereka tinggal kurang RM19 billion lagi untuk mengambilalih lagi 25 tol?

Adakah mereka akan menambah lagi hutang atau menjual lagi aset untuk membuat penstrukturan semula tol ini walaupun kesannya tol masih tidak di hapuskan seperti di janji dan ianya akan masih membebankan rakyat?

Guan Eng Gunakan Duit Rakyat RM6.2 Bilion Untuk Terus Kutip Tol Dari Rakyat!!!


Tol Kesas akan tamat dalam tempoh 4 tahun lagi dan LDP pula pada 2030...

Maksudnya, tahun 2023 tak ada lagi kutipan tol untuk Lebuhraya KESAS dan untuk Lebuhraya LDP pula, pada tahun 2030, sepatutnya dah tak ada lagi kutipan tol untuk semua pengguna...

Bila kerajaan gunakan duit rakyat RM6.2 bilion untuk ambil alih kedua-dua lebuhraya tu, dan kenakan pula caj kesesakan yang tak ada tempoh tamat, dari pukul 5.00 pagi sampai pukul 11.00 malam, bermakna rakyat akan terus di kenakan tol sampai selama-lamanya!!!

Dah lah nak ambil alih gunakan duit rakyat RM6.2 bilion, lepas tu sampai bila-bila rakyat akan di dera untuk bayar tol!!!

Sebenarnya, itulah helah kerajaan PH supaya dapat bayar balik hutang luar negara (BACA DI SINI)...

Baru setahun ambil alih kuasa, hutang luar negara dah meningkat lebih RM70 bilion, antaranya Bon Samurai yang Dr. Mahathir buat tempoh hari dan Bon Panda yang akan Guan Eng buat!!!

Pendapatan tak ada, FDI satu sen karat pun tak ada masuk, yang Guan Eng terlompat-lompat cakap kemasukan FDI tu sebenarnya adalah aset negara yang di jarah dan di jual!!! (BACA DI SINI)...

Luarannya, pengumuman Guan Eng kedengaran seolah-olah beliau berjaya meringankan beban rakyat dan menunaikan salah satu manifesto PH untuk hapuskan tol...

Hakikatnya, ianya adalah satu penipuan yang akan menyebabkan rakyat terbeban dengan hutang puluhan bilion ringgit di sebabkan kebodohan menteri-menteri Pakatan Harapan terutamanya Menteri Kewayangan, Lim Guan Eng...

Betul kata salah seorang kawan admin, tiap kali Guan Eng buka mulut, 3 perkara adalah pasti...

Pertama penipuan, kedua, menyerlahkan lagi kebodohan beliau dan ketiga, janji yang di berikan, pasti tak akan di tunaikan...

Sekiranya PH di jatuhkan dalam PRU 15, pemimpin PH pasti akan meninggalkan 2 perkara...

Pertama, mereka akan meninggalkan Putrajaya dan kedua, mereka akan tinggalkan bebanan hutang puluhan bilion ringgit kepada rakyat Malaysia dan kerajaan yang baru, semata-mata kerana kegagalan dan kebodohan mereka...

Tapi apa nak kata kerana pemimpin bodoh adalah hasil dari tangan pengundi yang bodoh!!!





Sumber :

Fb Isham Jalil

0 comments:

fda

Archives