Updated 11:43 am
Kenyataan salah seorang ahli MPT Bersatu, Dr. Muhammad Fa'iz mengenai skandal video lucah yang di percayai melibatkan salah seorang menteri menimbulkan tanda tanya...
Apakah beliau sedang cuba melindungi Mahathir dari di kaitkan dengan skandal terbaru yang membabitkan Azmin atau sedang menyerang Mahathir?
Sesuatu yang sangat2 menarik ialah yang di tuduh meliwat ialah pemimpin PKR...
Yang kelam kabut melatah ialah PPBM...
PKR pula 'terkezut' hingga 'purak purak pingsan'...
DAP pulak 'Yam Seng"...
PAN pulak, dah dapat 'wahyu' dari DAP, baru boleh 'bersabda' melalui Wakanda, si Menteri Agama...
Tapi, bak kata pepatah 'semburit', kalau tak ada tangan yang letak kamera, takkan boleh terakam aksi2 panas tu...
Persoalannya, TANGAN SIAPA YANG LETAKKAN KAMERA TU?
Apa motifnya?
Betulker 'mangsa' utamanya adalah Azmin?
Atau macam yang orang tua2 cakap, 'marah anak, sindir menantu'!!!
Cuba baca dan fahamkan mesej yang cuba di sampaikan oleh Ahli MPT Bersatu, Dr. Faiz...
Politik Machiavelli Di Malaysia
Negara di gegarkan lagi dengan berita jijik pengakuan bersumpah seorang lelaki yang mendakwa dirinya terlibat dalam video lucah yang di sebarkan sejak 2-3 hari lalu di media sosial...
Video itu di dakwa melibatkan seorang menteri kanan dalam kabinet yang turut di tularkan sekali dengan gambar kertas dokumen palsu kenyataan bank yang memaparkan pemindahan wang dalam jumlah yang besar ke luar negara...
Ia mengingatkan masyarakat Malaysia terhadap apa yang pernah terjadi hampir sedekad lalu apabila kes yang hampir sama telah berjaya memenjarakan tokoh pembangkang ketika itu...
Sejujurnya rakyat Malaysia telah muak dengan cara berpolitik bunuh karakter dengan menyebarkan aib peribadi seperti perlakuan seksual di ranjang tersebut...
Seolah2 politik Malaysia ini hanya berkisar tentang liwat, rasuah dan tikam belakang serta khianat semata2...
Realitinya kita sedang menuju ke arah politik terdesak lagi jijik yang di namakan sebagai MACHIAVELLIANISM atau Politik Machiavelli...
Dalam bidang sains politik, Machiavellianism di takrifkan sebagai teori politik yang di asaskan oleh seorang warga Itali zaman Renaissance yang juga merupakan seorang diplomat dan penulis bernama Niccolo Machiavelli (1469-1527)...
Pada pandangan tokoh sejarah ini, apa jua cara boleh di gunakan untuk mencapai atau mempertahankan kuasa politik...
Tiada konsep halal haram atau dosa pahala dalam pemahaman teori politik ini...
Ia berbeza sedikit dengan konsep 'Realpolitik' yang berasal dari Jerman zaman Otto Von Bismarck menyatukan negara tersebut menjadi sebuah empayar di mana dalam konsep tersebut, pendekatan politik serta diplomasi bergantung kepada keperluan semasa berbanding tuntutan etika atau pegangan rigid tertentu...
Secara peribadi saya menganggap pendekatan politik Mahathir mirip kepada konsep 'Realpolitik' itu tadi dalam skala yang minimal...
Sungguhpun Machiavellianism itu merupakan teori politik silam yang berasaskan undang2 rimba pra zaman tamadun moden, namun ia masih merupakan salah satu kaedah popular bagi sesetengah ahli politik yang terdesak...
Objektif utama mereka yang menggunakan cara politik Machiavelli ini tadi adalah untuk menjatuhkan lawan politiknya tanpa mengambil kira faktor kerosakan sampingan terhadap imej pihaknya sendiri, persepsi umum, reputasi negara, malah stigma moral bangsanya yang sedang di nilai oleh masyarakat di luar sana...
Di zaman teknologi media sosial dan telefon pintar pada hari ini, karakter seseorang itu mampu di burukkan sekelip mata, manakala kebenaran juga mampu muncul dalam waktu terdekat kerana kecanggihan rangkaian perkongsian maklumat...
Lagi cepat serangan peribadi di buat, lagi pantas jugalah rakyat menilai niat sebenar si pelakunya...
Maka tiada keuntungan politik yang nyata di situ...
Hanya keaiban serta kebebalan yang di kongsi kepada dunia luar melalui media sosial...
Hakim sebenar di zaman ini ialah masyarakat, atau secara spesifiknya warganet...
Persepsi yang cuba di cipta melalui pendedahan hal2 peribadi hanya mengundang perasaan simpati serta kemarahan warganet jika seseorang itu di hentam atau di aibkan melampaui batas...
Maka sudah tiba masanya Malaysia yang sering di sajikan dengan pendedahan skandal seks ahli2 politik ini mencegah fenomena politik kotor tersebut dari terus berkumandang di dada2 akhbar hingga memalukan anak cucu kita sendiri...
Kerajaan Malaysia wajar mengambil langkah proaktif untuk mewujudkan atau menguatkuasakan sebarang akta bagi menghukum serta mencegah serangan bunuh karakter mana2 individu di negara ini dengan menggunakan isu2 peribadi sebagai modal menarik emosi dan sensitiviti majoriti rakyat Malaysia seperti skandal hubungan songsang...
Yang patut di tekankan ialah isu2 salah guna kuasa, rasuah, kezaliman terhadap rakyat marhaen, sabotaj ekonomi, sentimen perkauman, ekstremisme agama serta hasutan pemisahan dari Persekutuan...
Jika perbuatan seseorang ahli politik itu di anggap mampu merugikan kewangan kerajaan, merosakkan hubungan kaum, mengkhianati amanah rakyat atau mendatangkan ancaman terhadap kedaulatan negara, maka wajarlah perbuatan sedemikian di laporkan terlebih dahulu kepada pihak berwajib sebelum ianya mahu di dedahkan kepada media...
Dr. Muhammad Faiz Bin Na'aman
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi
Parti Pribumi Bersatu Malaysia
Kenyataan yang di buat oleh Muhammad Faiz adalah gambaran yang cukup jelas pada kita semua akan keadaan yang cukup kritikal di dalam Pakatan Harapan sekarang...
Tikam menikam, pancung memancung dan fitnah memfitnah adalah amalan 'WAJIB' bagi pemimpin Pakatan Harapan...
Tiada agenda untuk memperkasakan rakyat...
Tiada agenda untuk membaik pulih keadaan ekonomi negara yang semakin parah...
Setiap pemimpin di dalam Pakatan Harapan mempunyai kepentingan dan agenda peribadi yang menjadi keutamaan...
Ramai yang beranggapan bahawa dunia politik adalah dunia yang sangat kotor...
Tapi ramai yang tidak tahu bahawa kekotoran politik telah di bersihkan sebersih2nya oleh baginda Rasulullah SAW...
Buka kitab sirah, hayati bagaimana baginda Rasulullah SAW dengan jayanya menyatukan puak Muhajirin dan Ansar di Madinah melalui seni politik yang cukup bersih...
Dan melalui seni politik yang sangat bijak, baginda Rasulullah SAW berjaya menawan kota suci Mekah tanpa menumpahkan walau setitik darah...
Hakikatnya, seni politik warisan baginda Rasulullah SAW adalah sangat bersih dan suci...
Tapi wajah2 inilah yang menjadikannya kepada seni yang sangat2 kotor dan menjijikkan...
Apakah rakyat Malaysia masih lagi mahu di pimpin oleh mereka?
0 comments:
Post a Comment