Wednesday, June 19, 2019

Bumi Melayu Untuk Bangsa Melayu Berpijak, Bukan Untuk Di Pijak!!!


Bangsa Melayu bukanlah satu bangsa yang lemah...

Para pengkaji sejarah bersependapat, bangsa Melayu berasal dari keturunan Nabi Ibrahim AS bersama isteri ketiga baginda, Siti Qaiturah @ Keturah (BACA DI SINI)...

Sebagaimana Allah SWT memperuntukkan bumi Arab untuk orang Arab, bumi China untuk orang Cina, bumi India untuk orang India, bumi Eropah untuk orang Eropah, begitu juga sebenarnya Allah SWT telah meletakkan bumi Melayu untuk orang Melayu...

Asal perkataan Melayu ialah dari bahasa Sanskrit, Malai iaitu tanah yang bergunung ganang...

Sebab itu, kerajaan Melayu Islam lama, pengaruhnya berada di tulang belakang benua Asia iaitu dari Vietnam, menjalur ke bawah melalui Sumatera dan naik ke atas hingga ke Filipina...

Itulah Kepulauan Melayu pada asalnya...

Tetapi di sebabkan kelekaan kerana berada di puncak kuasa, akhirnya legasi Melayu semakin lenyap di telan masa...

Mari kita telusuri sejarah bangsa kita dari dahulu hingga sekarang...

Apa Dah Jadi Kepada Filipina?

Dulunya pernah di kuasai dan di perintah oleh 2 Kesultanan Melayu Islam, Kesultanan Maguindanao dari 1515 hingga 1675 (BACA DI SINI) dan bahagian selatannya di kuasai dan di perintah oleh Kesultanan Sulu dari 1457 hingga 1917 (BACA DI SINI)...

Di bawah Kesultanan Sulu, Islam adalah agama rasminya dan Bahasa Arab serta Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi...

Sekarang dah jadi negara Kristian... 

Di samping puluhan agama lagi di dalamnya...

Apa Dah Jadi Kepada Vietnam?



Dulu namanya kerajaan Melayu Islam Champa (Panduranga, Kauthara, Vijaya, Inderapura, Simhapura)...

Melayu Champa memerintah selama 1,643 tahun sebelum jatuh di awal abad ke 19 (192 Masihi hingga 1822 Masihi) (BACA DI SINI)...

Mula menerima pengaruh Islam di sekitar abad ke 10...

Dan Islam bertapak kukuh di bumi Melayu Champa (Vietnam) lebih kurang 700 tahun...

Sekarang dah jadi negara Buddha...

Bayangkan bangsa Melayu Champa yang dulunya sebagai bangsa yang memerintah ketika kerajaan Melayu Champa selama lebih 16 abad di bumi Vietnam, kini menjadi bangsa minoriti yang di perkotak-katik oleh bangsa Vietnam moden yang asalnya adalah pendatang...

Malah anak2 muda Melayu Champa sekarang, ada yang langsung tidak tahu berbahasa Melayu, dan hanya sebahqgian kecil yang beragama Islam!!!

Ramai orang Malaysia tak tahu pun Vietnam tu dulu kerajaan Melayu Islam...

Apa Jadi Kepada Thailand?


 

Sejarah awal masyarakat Islam di Selatan  Thailand merujuk kepada negeri Patani...

Negeri Patani mempunyai sejarah yang lama dan lebih awal daripada sejarah negeri2 lain di Semenanjung Tanah Melayu seperti Melaka, Johor, Selangor dan lain-lain adalah  kesinambungan kerajaan Langkasuka...

Negeri Patani adalah sebuah kerajaan Melayu  Tua (BACA DI SINI)...

Apabila Raja Tu Naqpa, raja negeri Patani yang pertama menganut agama Islam, namanya di tukar kepada Sultan Ismail Shah Zillullah Fil A'lam serta nama negeri Patani di berikan gelaran Patani Darussalam...

Negeri Patani telah mencapai kemuncak sebagai  pusat perdagangan yang terpenting di rantau  ini pada zaman pemerintahan raja2 perempuan  iaitu Raja Hijau, Raja Biru, Raja Ungu dan Raja  Kuning (1584-1686)...

Pada pemerintahan Raja Hijau (1589-1616), negeri Patani berada dalam kemuncak kemajuan dan kemakmuran...

Negeri Patani menjadi pusat perdagangan yang  pesat...

Pada ketika ini, kerajaan Siam Dinasti Ayudhya  pun tidak dapat menandingi kemajuan perdagangan seperti negeri Patani...

Pada zaman Raja Kuning (1635-1686) pula, negeri Patani mengendalikan perdagangan yang  besar di peringkat antarabangsa...

Negeri Patani pada ketika itu sudah berdiri sama tinggi dengan negeri2 besar seperti China, Jepun, Belanda dan England...

Negeri Patani bukan sahaja menjadi pusat perdagangan yang terkenal di Asia Tenggara, bahkan ia juga terkenal menjadi pusat dan gedung Islam yang menyampaikan Islam di  seluruh pelosok Asia Tenggara pada pertengahan abad ke-18 dan awal abad ke-19...

Sebahagiannya dulu wilayah Melayu Islam dan tempat lahir ulamak Islam Nusantara...

Sekarang dah jadi negara Buddha...

Orang Melayu dah tak reti cakap Melayu dan tak tahu tulisan jawi...

Budak sekolah rendah Melayu dah percaya bahawa Kedah / Kelantan adalah asal Thailand yang di jajah oleh Malaysia!!!

Apa Dah Jadi Kepada Singapura?



Dulunya di beri nama Temasek (BACA DI SINI)...

Tempat berdagang pelbagai rumpun Melayu...

Tempat berlabuh Sultan-Sultan Melayu Riau Lingga...

Sekarang jadi negara apa entah... 

Anak kita kat Johor pun tak tahu Singapura negeri Melayu Islam dulunya...

Apa Pula Akan Jadi Kepada Pulau Batam Dan Banyak Lagi Wilayah Di Indonesia?

Bukan ke gerakan Kristianisasi di sana dah masuk gear 5?

Masihkah Kita Mahu Tidur Lagi?



Jadi apa mustahilnya Malaysia kalau satu hari nanti, Melayu Islam di Malaysia juga akan menerima nasib yang sama seperti nenek moyang mereka di Kesultanan Melayu Islam Maguindo dan Kesultanan Sulu (Filipina) atau seperti Kerajaan Melayu Islam Champa (Vietnam), atau seperti Kerajaan Melayu Islam di Pattani (Thailand) atau seperti Melayu Islam di Temasik?

Depa acah kita dengan isu kalimah Allah...

Ada dah orang Melayu yang murtad!!!

Depa tuntut perlembagaan yang halang penganut agama lain sebar agama depa pada orang Islam di mansuhkan...

Depa minta anak2 lahir tak der status agama...

Kita berlonggar, semakin rancak depa langgar...

Kita mati dalam iman, tapi cucu cicit kita belum tentu lagi...

Sedikit sikap hazar (berhati-hati) lebih baik dari selamba selamanya...

0 comments:

fda

Archives