Sunday, June 23, 2019

Tekanan Baru Mahathir Kepada UMNO Melalui SPRM Supaya UMNO Tunduk

Kunjungan Hormat Atau Terima
'Wahyu' Pertama?

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya, mengumumkan mereka telah failkan permohonan untuk lucut hak ke atas 41 individu, kumpulan, dan entiti untuk mendapat balik wang yang di dakwa dari 1MDB berjumlah RM270 juta yang di beri sebelum PRU13...

Perlu ingat bahawa semasa perbicaraan kes SRC, pegawai bank telah mengesahkan kepada mahkamah bahawa dana dari putera Arab termasuk sekurang-kurangnya RM304 juta (iaitu lebih dari RM270 juta yang di tuntut oleh SPRM) yang didepositkan dalam akaun Dato' Seri Najib pada 2011 oleh Kementerian Kewangan Arab Saudi (BACA DI SINI)...

Pegawai bank juga mengesahkan bahawa dana yang di sebut sebagai RM2.6 bilion, yang di terima pada bulan April 2013 sebelum PRU14 itu telah di hantar balik kepada penghantar beberapa bulan kemudian...

DS Najjb di beri kebebasan penuh oleh Raja Saudi untuk mengendali dana ini...

Dan beliau memilih menggunakannya untuk projek kebajikan rakyat secara terus, melalui NGO dan melalui parti politik yang menganjurkan program-program kebajikan mereka...

Dana itu bukan di gunakan untuk peribadi atau keluarga beliau seperti yang di fitnah selama ini...


Kalau kita semak senarai yang di beri oleh SPRM, 2 dari 41 nama itu ialah syarikat Jakel Trading dan Jakel Trading Sdn. Bhd...

Selama ini, media barat dan PH pernah tuduh bahawa syarikat Jakel adalah gedung pakaian mewah...


Mereka juga memfitnah bahawa DS Najib telah berbelanja sebanyak RM55 juta untuk membeli pakaian mewah dan kain mahal dari syarikat ini...

Tetapi kebenarannya ialah, ini adalah bayaran kepada Jakel untuk membekal kain pelikat, jubah serta bekalan lain melalui NGO dan parti kepada lebih dari 7,000 masjid di seluruh negara sempena Ramadhan untuk beberapa tahun berturut-turut (BACA DI SINI)...

Ini termasuk pemberian kepada 14,254 imam dan 138,746 ahli jawatankuasa 7,261 masjid di seluruh negara (BACA DI SINI) dan (DI SINI)...

Ianya amat janggal bahawa syarikat Jakel pun di dakwa menerima dana haram kerana mereka cuma membekal kepada parti UMNO dan NGO untuk program kebajikan...

Dana tidak di sumbang kepada Jakel tetapi ianya adalah bayaran kepada mereka untuk pembelian...


Dan untuk imam2 dan siapa saja yang pernah di taja menunaikan fardu haji, di arahkan untuk memulangkan semula duit tajaan itu dalam tempoh 30 hari!!!

Kegilaan dan kezaliman apakah ini???

Oleh itu, sangat jelas, langkah SPRM terbaru ini adalah bermotifkan politik untuk melemahkan parti pembangkang...

Setelah SPRM siasat selama 1 tahun, mereka tidak dapat mendakwa sebarang penerima dengan kes jenayah...

Oleh itu, kerajaan PH terpaksa menggunakan saman sivil...

Kenapa Ada 41 Senarai Jer
Bukan 100?

Antara senarai individu dan entiti yang akan di lucutkan harta mereka adalah :

𝗔𝗹𝗮𝗿𝘆𝗮𝗵𝗮𝗺 𝗗𝗮𝘁𝗼' 𝗦𝗿𝗶 𝗛𝗮𝗷𝗶 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹 𝗠𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗯𝗶𝗻 𝗜𝘀𝗺𝗮𝗶𝗹 



Alaryaham adalah bekas Ahli Parlimen Paya Besar dan telah kembali ke Rahmatullah pada bulan Februari 2018...

Orang yang telah meninggal, kerajaan PH pun nak saman dan lucut hak...

𝗣𝗲𝗿𝗺𝗮𝘁𝗮 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮



Yayasan ini dijaga oleh Pejabat Perdana Menteri dan ditugaskan untuk menjalankan program-program PERMATA untuk pendidikan awal kanak-kanak...

𝗬𝗮𝘆𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗧𝘂𝗻 𝗛𝘂𝘀𝘀𝗲𝗶𝗻 𝗢𝗻𝗻



Yayasan di bawah kerajaan untuk menjaga kebajikan guru-guru yang telah bersara...

𝗬𝗮𝘆𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝘀𝗮𝘁𝘂𝗮𝗻 𝗕𝗲𝗸𝗮𝘀 𝗔𝗻𝗴𝗴𝗼𝘁𝗮 𝗞𝗲𝗺𝗮𝘀 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮



Yayasan untuk menjaga kebajikan bekas penjawat awam dari Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)...

𝗬𝗮𝘆𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗥𝗮𝗵𝗮𝗵



Yayasan yang di tubuhkan untuk melaksanakan pelbagai program-program kebajikan dan masyarakat termasuk membina masjid-masjid seperti Masjid Ar-Rahah di Lembah Pantai...

Timbul beberapa persoalan yang meragukan dengan tindakan terbaru SPRM setelah mendapat 'wahyu' :

》'Pink Diamod' yang di kaitkan dengan 1MDB tak pula di senaraikan, apakah ianya dah 'di halalkan' oleh Mahathir?

》Apakah kerana Shukri Abdull gagal atau enggan melaksanakan perintah terbaru ini menyebabkan beliau telah di gantikan serta merta dengan Latheefa Koya?

》Kalau benar alasan Mahathir melantik Latheefa Koya adalah kerana Latheefa Koya adalah seorang yang tegas dan telus, apakah benar cuma ada 41 individu dan entiti saja yang akan di tuntut perlucutan harta?

》Dari sumber mengatakan, pada asalnya terdapat 100 individu dan entiti yang tersenarai, apakah baki 59 tu dah di sucikan oleh Mahathir?

》Kenapa perlucutan harta tidak menggunakan saman jenayah, tetapi menggunakan saman sivil, apakah SPRM ketandusan atau tak ada bukti yang kukuh?

Tekanan Mahathir Supaya Tidak Di Pandang Beliau Memerlukan UMNO Tapi UMNO Memerlukan Beliau


Apakah ini satu lagi tekanan Mahathir kepada UMNO supaya pemimpin UMNO tunduk kepada kehendak Mahathir yang terdesak mahukan sokongan Ahli Parlimen UMNO untuk tidak bersetuju dengan undi tidak percaya ke atas beliau bila Dewan Rakyat mula bersidang tidak lama lagi...

Kepada pemimpin UMNO, kami di akar umbi menyeru dan merayu, bukalah mata hati, jangan terus tunduk pada tekanan Mahathir...


Mahathir pernah memanggil kepimpinan tertinggi PAS sebelum Dewan Rakyat sebelum ini bersidang...

Mahathir tagihkan sokongan dan jaminan PAS supaya tidak bersetuju dengan undi tidak percaya terhadap beliau dengan janji memberikan royalti minyak kepada kerajaan PAS di Terengganu dan Kelantan...

Tapi menipu dengan mengatakan PAS berjanji tidak akan menyokong UMNO dalam PRK Semenyih, dengan tujuan melaga2kan PAS dan IMNO!!!

Tapi selepas terlepas dari undi tidak percaya, bukan saja janji tak di tunaikan, malah PAS terus di kecam Mahathir!!!

Itulah perangai bangsat manusia yang bernama Mahathir!!!

Selagi pemimpin UMNO berani menentang kepimpinan zalim Mahathir, selagi itu kami di akar umbi akan setia pada UMNO dan kepimpinan UMNO...

Kita akui, UMNO mengalami zaman sukar dengan akaun yang masih di bekukan dan berkemungkinan akan di lucut hak oleh Mahathir...

Tapi yakin dan percayalah pada ketaatan dan kesetiaan akar umbi sebagaimana akar umbi meletakkan kepercayaan pada kepimpinan UMNO...

Demi Agama, Bangsa dan Tanah Air, beban yang berat, sama2lah kita pikul dan beban yang ringan, sama2lah kita jinjing...

Buka kembali lembaran pengorbanan akar umbi terhadap parti waktu Al Marhum Tunku Abdul Rahman ingin menuntut kemerdekaan...


Mereka sanggup melurutkan barang kemas di leher dan di dada demi satu perjuangan ugama, bangsa dan tanah air (BACA DI SINI)...

Dengan tegas dan berpadu suara dan bersatu hati kita mesti mengatakan TIDAK pada manusia pengkhianat bernama Mahathir!!!

0 comments:

fda

Archives