Saturday, November 3, 2018

ICERD : Apakah Mempertahankan Hak Dalam Perlembagaan Boleh Di Anggap Rasis!!!


Menteri Luar Malaysia, Saifuddin Abdullah mengatakan golongan yang membantah persetujuan menandatangani retifikasi ICERD 'tak faham' perlembagaan...


Jadi kita bawakan apa yang ulasan dari mantan Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid bin Haji Omar...

Takkan mantan Ketua Hakim Negara pun Saifuddin nak kata tak faham perlembagaan...

Hakikatnya, Saifuddin sendiri yang tak tahu apa yang dia cakap...

Kenyataannya, Saifuddin hanya jadi pembaca skrip pihak2 tertentu...

Jadi memang patut Saifuddin kena 'sekolah' dengan mantan Menteri Luar dalam Dewan Rakyat hari tue...

Kita tinggalkan 'kebebalan' Saifuddin sebab mungkin dia dah rasa yang dia bukan lagi Melayu...

Yelah, bila dah dapat pegang jawatan menteri, j
nasib anak bangsa bukan lagi masaalah dia...

Bukan 'level' dia nak semakkan kepala memikirkan apa yang akan jadi pada generasi Melayu akan datang!!!


Rakyat Malaysia MESTI menghantar mesej yang jelas kepada kerajaan PH dalam menzahirkan rasa tidak bersetuju dengan rancangan untuk meratifikasikan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum atau ICERD...

Bersama2 kita mendesak agar kerajaan membuat penelitian lebih terperinci dan mempertimbangkan semula keputusan itu...


Lebih2 lagi sekiranya di dapati bahawa kesan meratifikasi ICERD akan memaksa Malaysia mengubah apa juga perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, peruntukan undang2 sedia atau mana2 program rekayasa sosial yang di jalankan selama ini...


Umno, khususnya melalui Majlis Dasar Awam, akan terus memperhalusi perkara ini dan melakukan kerjasama dengan pelbagai pihak dari semasa ke semasa untuk mendapatkan input serta kefahaman yang lebih luas berkenaan ICERD dan kesan2nya...


Terlajak perahu boleh kita undur... 


Tersalah langkah dalam menerima konvensyen antarabangsa yang tidak sesuai dengan konteks dan keperluan tempatan, pasti akan mengundang sesalan...


Mahathir berkata kerajaan hanya akan meretifikasi ICERD selepas berbincang dengan semua kaum...


Meratifikasi konvensyen itu bukan tugas mudah kerana Malaysia adalah negara berbilang kaum...



Waythamoorthy Mengajar Kita Cara Terbaik
Menghormati Sensitiviti Kaum Lain

ICERD menjadi isu hangat sejak beberapa minggu lalu selepas menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waythamoorthy berkata kerajaan akan memeterai konvensyen itu pada suku pertama tahun depan...


Ini mencetuskan bantahan termasuk Pemuda Umno dan PAS...


ICERD jelas bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan khususnya bercanggah dengan hak istimewa Bumiputera dan meminggirkan Majlis Raja-raja Melayu...



Tindakan Membantah ICERD Bukan Tindakan Rasis Tetapi Tindakan Mempertahankan Hak Yang Termaktub Dalam Perlembagaan Persekutuan



Dalam usaha membangunkan negara, kita perlu mengimbau sejarah bagaimanapun kita menubuhkan negara... 

Ada banyak sejarah di sebaliknya, khasnya berhubung Islam, kontrak sosial dan hak istimewa orang Melayu...

Perkara 32 & Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang memberi hak istimewa kepada SPB YDP Agong dan Bumiputera tidak boleh di kompromi kerana ia akan mengugat kestabilan negara...

Suatu ketika dulu, British cuba memberi kewarganegaraan kepada orang Cina dan India dengan mengginakan prinsip Jus Soli dalam cubaan pembentukan Malayan Union...



Ianya di tentang kerana pada hakikatnya bangsa Cina dan India TIDAK BERHAK di berikan kewarganegaraan kerana mereka adalah BANGSA PENDATANG namun atas dasar tolak ansur kaum pribumi yang terdiri dari bangsa Melayu dan Bumiputera telah bersetuju memberikan taraf kewarganegaraan kepada mereka berdasarkan prinsip Jus Soli...

Dengan menghormati Perlembagaan Persekutuan,  kita hidup dengan aman untuk sekian lama... 

Bangsa Melayu tidak pernah mendiskriminasi hak bangsa lain dalam mengamalkan budaya dan ritual agama mereka...

Jadi tidak timbul isu penentangan terhadap ICERD di lihat sebagai mendiskriminasi kaum lain atau bersifat rasis...

Tetapi ianya adalah satu gerakan mempertahankan hak Bumiputera dan kuasa Yang Di Pertuan Agong sebagaimana yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan...

Hakikatnya, usaha mendesak kerajaan supaya menandatanganj persetujuan retifikasi ICERD adalah usaha yang di lakukan oleh golongan yang rasis serta bersifat TAMAK kerana ingin MERAMPAS hak kaum lain walau pun hak2 tersebut telah di nyatakan dengan jelas dalam Perlembagaan Persekutuan...

Apa Akan Berlaku Sekiranya Kerajaan Bersetuju Meritifikasikan ICERD



Raja2 bukan lagi Ketua Negara...

Perdana Menteri boleh di sandang oleh semua kaum...

Agama Islam bukan lagi Agama Rasmi...

Tak ada lagi diskaun 10% beli rumah...

Tanah adat di mansuhkan termasuk di Sabah dan Sarawak...

Askar Melayu Di Raja, MARA, UiTm, MRSM, ASB di mansuhkan dan di jenamakan semula serta di buka pada semua kaum...

Lot2 Bumiputra dan Malay Rezab di hapuskan...

*Secara automatik Perkara 153 Perlembagaan tidak lagi di guna pakai dan di pinda*...

Program memperkasakan ekonomi bumiputra akan terbatas ia akan di anggap satu bentuk diskriminasi kepada kaum lain2...

semua isu berkaitan kebajikan dan bantuan kepada bangsa Melayu dan Bumiputera akan di kaikan dengan ICERD oleh pihak tertentu yang berkepentingan...

ICERD adalah Malayan Union versi alaf baru yg di tentang oleh orang2 terdahulu cuma namanya di ubah...


Maka segala perjuangan dan pengorbanan hingga mengalirkan keringat dan airmata nenek moyang kita hanya tinggal sebagai sejarah dan kita cucu cicit mereka merosakan perjuangan dan pengorbanan mereka...

0 comments:

fda

Archives