Tun Musa Hitam dalam satu wawancara dalam program Diskusi, pernah membangkitkan sikap jahat Mahathir yang di anggap sebagai satu dosa besar...
Dalam video yang di terbitkan dalam YouTube atas nama Warta Malaya News merakamkan wawancara tersebut...
Kata Tun Musa, "Mahathir nak blackmail saya, kau berhenti, kalau tidak aku akan dedahkan aktiviti kau dengan seorang perempuan bawah umur"...
"Dia berdosa"...
"Biarlah dia berdosa besar, dia punya cerita, punya kotor" tambah Tun Musa...
Walau bagaimanapun Tun Musa Hitam terpaksa tunduk dengan tekanan Mahathir kerana dia berpendapat sekiranya dia melawan diktator zalim itu, dia juga akan mengalami kezaliman sebagaimana yang di alami oleh DS Anwar Ibrahim...
Tun Musa Hitam Akui Datuk Seri Najib Lebih Bersih Dari Dr. Mahathir
Dengan itu juga Tun Musa Hitam menegaskan, "Tun Dr Mahathir Mohamad tidak boleh merasakan dirinya lebih bersih daripada Datuk Seri Mohd Najib Razak"...
Najib ada kekuatan tersendiri tetapi Najib tidak berjuang secara diktator...
Mengakui kebijaksanaan Najib dalam menghadapi serangan bertubi2 daripada Mahathir itu, Musa berkata kesempatan untuk di asak dengan lebih teruk akan berlaku jika Najib tunduk pada kehendak Mahathir...
Jika Najib mengaku salah, maka ia akan menunjukkan kelemahan Najib sekaligus tidak boleh di biarkan berlaku bila berhadapan dengan seorang diktator...
"Tidak mengakui kesilapan adalah tanda keberanian, di situlah kekuatan Najib"...
Namun hanya Najib yang tahu dia tidak bersalah dan mahkamah akan membuktikannya...
Itupun sekiranya mahkamah tidak di kawal oleh kuasa diktator...
"Mengakui kesilapan menunjukkan kamu lemah dan dia akan mengeksploitasi kamu" kata bekas Timbalan Perdana Menteri...
Namun hari ini, dia bukan sahaja mengeksploitasi, tetapi dia akan seksa sebagaimana dia menyeksa Anwar Ibrahim...
Melihat kepada sejarah kepimpinan Dr Mahathir pada 1981, beliau tidak mudah mengakui kesilapan, malah mengenakan tindakan kepada mana2 pihak dengan menggunakan kuasa vetonya sebagai Perdana Menteri...
"Beliau rasa sendiri akibat daripada tindakannya sebelum ini dengan cara Najib buat sekarang ni"...
Dr. Mahathir Seorang Yang Angkuh
"Dia (Mahathir) tidak akan sekali2 mudah mengaku kesilapannya, malah dia akan menyalahkan orang lain jika berlaku kesilapan atas arahannya"...
"Tapi saya akui satu perkara, walaupun sesetengah orang tidak menyukainya, sangat menakjubkan bagaimana Najib menghadapinya dengan tenang, ia sangat menakjubkan" tambah Musa...
Mahathir sebelum ini menyatakan kepimpinan beliau tidak sama dengan Najib dengan mendakwa bahawa beliau lebih mementingkan rakyat khususnya masyarakat luar bandar dengan membuat jalan, sekolah dan klinik...
Mahathir sebaliknya menyamakan kepimpinan beliau dengan Tun Abdul Razak Hussein dan bukan anaknya...
Namun dia butakah dengan sumbangan besar Najib kepada rakyat selama ini terutamanya rakyat miskin tegar dan rakyat miskin bandar?
Nasihat Tun Musa Pada Datuk Seri Najib
Menurut Musa, perkara paling mudah untuk di lakukan Najib kini adalah dengan memandang ke hadapan demi memperbaiki diri dan parti...
Jika ada yang salah, jangan sekali2 berkata "saya minta maaf", ia satu kesilapan jika mahu menentang seorang diktator...
"Najib mesti ada keberanian" ujar Musa lagi...
Dalam perjuangan dengan manusia firaun yang terkenal kerana kediktatorannya, Najib tidak boleh sekali2 'mengaku salah'...
Lawanlah habis2an kerana asas senjata diktator hanyalah fitnah dan kedengkian...
Setakat ini, jelaslah bahawa DS Najib telah menunjukkan keberanian dan keperwiraan untuk menentang pemimpin tamak haloba yang pandai menangis di pentas tetapi penuh hasad dengki di dalam kamar...
Dr. Mahathir Is The Greatest Liar Malaysia Has Ever Seen
Sebagaimana kata The Third Force, 'Mahathir is the greatest liar Malaysia has ever seen'...
Akhirnya dia telah tunduk pada Anwar dan kemudian memberitahu media, "Anwar tidak bersalah, Anwar di zalimi, maafkan dosa silam saya"...
Namun kenyanyukan diktator itu juga sudah beberapa kali tertonjol akhir2 ini...
Bukan salah dia, tetapi itulah ketentuan Tuhan, setiap yang bermula akan berakhir juga nanti...
Setiap yang sihat akan sakit, setiap yang sempurna akan rosak juga pada penghujung usia...
0 comments:
Post a Comment