Wednesday, November 28, 2018

Rusuhan Kuil Sri Mariamman, DAP Tuduh Orang Islam, Menteri Jadikan Polis Kambing Hitam

Exco DAP Tuduh Orang Islam Punca Rusuhan



Ahli Exco Selangor, V Ganabatirau menuduh sekumpulan orang Islam menyerang Kuil Seafield Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya, awal pagi tadi, hingga mencetuskan rusuhan...



Tanpa mengemukakan bukti, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Kemuning daripada parti tamak haloba dan anti-Islam DAP itu, memuatnaik tuduhan berkenaan dalam laman Facebooknya...

"Serangan sekumpulan muslim menunjukkan terdapat cubaan untuk mewujudkan ketidakharmonian di kalangan kaum yang hidup aman damai selama ini" katanya...

Dia meminta polis menjalankan siasatan dengan teliti kejadian itu dan memberi perlindungan yang di perlukan kepada orang awam mengikut Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan...

Menteri Cuba Jadikan Polis Kambing Hitam



Lima menteri dan seorang timbalan menteri menegur pihak polis yang dalam kenyataan awal pihak berkuasa menyifatkan pergaduhan di kuil lama di Subang Jaya awal pagi tadi, melibatkan 2 kumpulan bangsa India"...
Kenyataan ini palsu dan tidak bertanggungjawab...

"Ia menambahkan ketegangan antara masyarakat India, terutamanya susulan respon lambat dan tidak efektif polis Subang Jaya" kata menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waythamoorthy...

Waythamoorthy membacakan kenyataan itu yang di keluarkan bersama Menteri Sumber Manusia M Kulasegaran, Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Xavier Jayakumar dan Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar R Sivarasa...

Waythamoorthy justeru berkata polis Subang Jaya patut di siasat dan di ambil tindakan disiplin...

Waythamoorthy Sepatutnya Berterimakasih Pada Pihak Polis Bukannya Cuba Menjadikan Polis Kambing Hitam



Pihak polis mempunyai SOP sendiri di dalam membuat penyiasatan dan mengambil tindakan susulan...

Sebagai badan penguatkuasa yang profesional, pihak polis tak akan bertindak melulu macam Waythamoorthy yang bagi kenyataan tak berakal...

Kejadian di lapurkan sekitar 2.15 am dan sebaik saja pihak polis mendapat maklumat, sebuah unit peronda telah di kejar ke tempat kejadian untuk meninjau keadaan...

Dah memang betullah tindakan pihak polis tu, takkan pula dapat jer maklumat, terus nak tekan 'panic button' dan panggil satu batalion turun!!!

Nak minta bantuan pun, pasukan polis kena pastikan juga, berapa ramai anggota yang di perlukan dan dari unit apa...

Bila kereta peronda yang memantau keadaan dah melihat sendiri apa yang berlaku dan berikan maklumat semasa, barulah bantuan boleh di hantar...

Proses menghantar bantuan tentulah memakan masa sebab unit FRU bukannya kat sebelah kuil tu...

Sedangkan Waythamoorthy dan konco2nya sendiri pun malas nak turun ke tempat kejadian, tak perlulah nak alihkan perhatian tentang punca sebenar kejadian dengan mekambinghitamkan pihak polis pula!!!

Tak tahulah Waythamoorthy fikir dia tu siapa...

Tapi PDRM di bawah KDN dan bukannya Jabatan Perpaduan!!!

Tak perlulah arahkan dan campurtangan dalam urusan pihak PDRM dengan keluarkan arahan anggota Subang Jaya patut di ambil tindakan displinlah, Bukit Aman mesti ambil alih kes tu lah...

Selesaikan masaalah Jabatan Perpaduan yang banyak timbulkan ketegangan kaum sekarang nie...

Simpanlah sikap rasis dan kebodohan tu, malu anak cucu nanti...

Pihak PDRM dah cukup terlatih dan tahu buat kerja mereka...

Pada Waythamoorthy dan Ganabatirau, baca dan hadamkan 'timeline' isu kuil Sri Maha Mariamman nie...

Memahami Isu Sri Maha Mariamman Temple, Hicom



Tanah terletaknya kuil berkenaan asalnya di miliki oleh Consolidated Plantations Bhd yang merupakan adalah pemilik kepada Seafield Estate...

Ada 2 teori mengenai tarikh asal pembinaan kuil tersebut :

1974 ~ Kuil tersebut di bina pada tahun 1974 oleh seorang individu yang bernama Sabathy Perumal...

1891~ Ia di bina pada tahun 1891 di sebahagian tanah yang di dedikasikan oleh pemiliknya untuk kegunaan pekerja Hindu di estet tersebut...

Tahun 1987, Hak Milik Bertukar Tangan

SIME UEP membeli tanah tersebut daripada Consolidated Plantations Bhd...

Tanah tersebut asalnya adalah di bawah status tanah pertanian namun kemudiannya SIME UEP telah menukarkannya kepada skim pembangunan perumahan...

1992 ~ 1993

Tanah kuil berkenaan telah di tuntut oleh pihak SIME UEP yang bertindak sebagai pemilik tanah setelah membeli tanah tersebut daripada pemilik estet pada tahun 1987...

Maka di tubuhkanlah Komiti Pengurusan Kuil berkenaan di bawah ROS dan Chellappa a/l K. Kalimuthu telah di lantik sebagai presiden mana kala Nagaraju a/l Merganathan telah di lantik sebagai setiausaha komiti tesebut...

1996

Tuntutan pertama melalui saman sivil : No.MT1-21-353-1996 di antara Chellappa a/l K.Kalimuthu (mendakwa sebagai Pegawai Awam Kuil Sri Maha Mariamman, Hicom Shah Alam Selangor sejajar dengan Seksyen 9 @ Akta Pertubuhan 1966) dan Sime UEP Properties Sdn Bhd, Pengarah Perancang Bandar dan Desa Negeri Selangor Darul Ehsan, Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan, One City Development Sdn Bhd, Merganathan a/l Nallo (Defendants) dan Nagaraju a/l Merganathan (perayu/pencelah)...

Kes ini juga sebenarnya pernah di wakili oleh mendiang Karpal Singh...

2001

Berlakunya salah faham di antara Chellapa dan Nagaraju...

Chellapa telah menuduh Nagaraju telah 'red caught handed' mencuri duit dan barang dapur kuil...

Nagaraju kemudiannya meletakkan jawatan sebagai setiausaha, namun kemudiannya kembali bersama Mohan dan Vijayakumar dan memaksa ahli komitee termasuklah Chelappa untuk mengosongkan kuil dengan cara paksaan dan ugutan...

2007

One City Development telah membeli tanah itu dan telah ada rancangan untuk memindahkan kuil itu telah bermula sejak saman sivil pertama iaitu No. MT1-21-353-1996 untuk menuntut hak kuil tersebut di teruskan dan akhirnya dapat di selesaikan pada tahun 2014...

2012

Kira2 50 penganut Hindu mengadakan protes aman di hadapan bangunan Sekretariat Negeri Selangor...

Mendesak kerajaan negeri untuk menghalang perobohan kuil berkenaan dan menyatakan bahawa mereka tidak bersetuju dengan ura2 cadangan pemindahan kuil berkenaan di Persiaran Harmoni di Putra Heights...

2014

Mac 2014

Kedua2nya Chellapa dan Nagaraju telah bersetuju untuk menyerahkan tanah tersebut kepada One City selepas syarikat itu bersetuju :

》Menyediakan 2 tanah lain yang terletak berhampiran kuil yang ada untuk di berikan kepada persatuan kuil berkenaan sebagai pampasan...

》Mendermakan RM1.5 juta untuk membina kuil baru di salah satu daripada dua bidang tanah yang di berikan oleh One City...

》Mahkamah mengarahkan tapak di mana kuil itu terletak untuk di serahkan kepada One City dalam masa dua bulan selepas pembinaan kuil baru oleh pemaju...

Julai 2014

Sebuah lagi saman sivil yang melibatkan pertelingkahan di antara Chellapa dan Nagaraju telah di failkan : No. MT1-22-491-2001 (MT5) di antara Chellappa a/l K. Kalimuthu (mendakwa sebagai Pegawai Awam Kuil Sri Maha Mariamman, Hicom Shah Alam Selangor sejajar dengan Seksyen 9 @Akta Pertubuhan 1966) (as Plaintiff) and Merganathan a/l Nallo, Nagaraju a/l Merganathan, Sangguletchumi isteri kepada Sanggu, Thanabalan a/l Murugiah, Low Kok Beng, Mohan a/l Muniandy, Subramaniam, Subramaniam a/l Sarangabani, Sarathy a/l Muthan, and Vello s (as Defendants).  

Saman ini telah di dengar dan Orders telah di masukkan pada 25 Julai 2014...

2016

Berdasarkan keputusan mahkahmah pada 2014, Chellappa telah di nobatkan sebagai pengurus kuil yang sah...

Persatuan kuil berkenaan juga secara sukarela melepaskan hak mereka ke salah satu tanah yang di janjikan dan di bayar ganti rugi RM1 juta oleh One City sebagai pampasan...

2017

May 2017

Pihak One City telah menghantar Notis Pengusiran (Eviction Notice) kepada pihak kuil...

Lokasi baru itu juga telah di wartakan oleh kerajaan negeri sebagai tempat ibadat...

Kawasan tanah untuk lokasi baru adalah satu hektar, dan ruang tambahan 0.86 ekar di sebelah kuil akan membolehkan para penganut memarkir kenderaan mereka...

Jun 2017

Isu menjadi panas semula apabila, Nagaraju bersama  beberapa NGO telah menolak untuk mematuhi penghakiman persetujuan untuk berpindah, walaupun beliau telah menyetujui keputusan mahkhamah pada 2014...

Nagaraju dan NGO seperti Malaysian Indian Progressive Association (Mipas),Malaysian Indian Education Transformation Association (Mieta) telah menggunakan beberapa hujah untuk menolak cadangan pemindahan kuil berkenaan ke tapak baru (2.7 KM) dari tapak lama, berikut adalah hujah mereka :

》Sebuah pokok Ara yang berusia 140 tahun ada di tanah tersebut yang di anggap keramat kepada masyarakat Hindu...

》Mempunyai merit sejarah bahawa kuil berkenaan adalah berusia lebih 140 tahun dan perlu di kekalkan...

》Tapak baru bagi kuil adalah di kawasan Muslim yang mana acara sambutan di kuil mungkin akan menggangu masyrakat setempat dan mewujudkan racial-tension...

Mereka juga memberi amaran kepada kerajaan negeri Selangor untuk menyelesaikan masalah ini jika tidak mahu menerima 'political backlash'...

Jun 2017

Dato Seri Azmin (MB Selangor ketika itu) telah menasihatkan dan memujuk pemaju untuk meletakkan notis eviction mereka sebagai on-hold...

Disember 2017

Isu ini 'panas' sebentar apabila di bangkitkan semula oleh Sivarasa and Santiago yang mana mana kuil tersebut harus di kekalkan berdasarkan sejarah yang panjang sebagai kuil di tanah bekas estet tersebut...

2018

September 2018

Isu menjadi panas semula apabila satu notis pengosongan di keluarkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam yang mengarahkan penghuni kuil mengosongkan tapak pada atau sebelum 15 Oktober lalu...

Oktober 2018

Menteri Perpaduan YB Senator P.Waytha Moorthy menasihatkan masyarakat India untuk bertenang dan menegaskan bahawa beliau sedang menghubungi kesemua pihak taruh yang terlibat untuk menyelesaikan masalah tersebut...

Menerusi hantaran yang tular di laman Facebook, kira2 300 individu yang tidak bersetuju kuil itu di pindahkan bertindak berkumpul di kuil berkenaan semasa urusan pemindahan di jalankan menyebabkan kesesakan teruk di LDP...

Seramai kira2 300 orang anggota polis di tempatkan di lokasi terlibat bagi mengawal sebarang situasi tegang yang tercetus...

Selepas perbincangan, pemaju (One City) bersetuju untuk menangguhkan perobohan sehingga 22 November iaitu selepas perayaan Deepavali...

Pengurusan kuil itu akan di ambil alih oleh pasukan petugas khas yang diketuai oleh aktivis Hindraf 'Ramaji', yang nama sebenarnya M Ramachandran...

YB Sivarasa berjanji untuk bertemu dengan MB Selangor sebelum 22 November untuk mencari penyelesaian isu tersebut...

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemberdayaan dan Pembangunan Sosio Ekonomi dan Kerajaan Prihatin, V. Ganabatirau menasihatkan kepada pihak yang membantah untuk mengikut keputusan dan perjanjian di mahkahamah pada 2014...

Beliau juga mengingatkan bahawa arahan untuk kuil itu di pindah atas arahan mahkamah bukan arahan kerajaan negeri...

November 2018

Kumpulan yang membantah persetujuan antara jawatankuasa kuil dan pemaju untuk berpindah merancang satu tunjuk perasaan di luar Parlimen minggu depan bagi meminta campurtangan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, walaupun mahkamah sudah membuat keputusan pada 2014...

Malah ada 2 orang penganut Hindu dikalangan jawatankuasa juga telah memulakan mogok lapar menentang pemindahan kuil tersebut...

Kumpulan Save Seafield Sri Maha Mariamman Temple berkata kuil itu, yang di bina lebih 40 tahun lalu, adalah warisan sejarah dan tidak patut di pindahkan...

Ketua kumpulan itu, S Ramaju, menuduh kerajaan tidak peduli akan bantahan mereka...

"Ini adalah kerajaan baharu, tetapi tidak menawarkan penyelesaian dan tidak proaktif" katanya...

Beliau menambah mereka akan berhimpun di luar Parlimen pada 21 November ini, sehari sebelum perpindahan kuil itu...

"Kami mahu perdana menteri campurtangan dan bantu kami cari satu penyelesaian"... 

"Tiada orang dengar rayuan kami" katanya...

21 November

Sekumpulan penganut Hindu berdemonstrasi di depan bangunan parlimen bagi mempertahankan kuil tersebut daripada di robohkan pada tarikh akhir iaitu 22 November 2018...

Mereka telah menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad supaya segera memberi perhatian kepada isu Kuil Sri Sakthi Maha Mariamman di Ladang Seafield itu...

Memorandum tersebut di terima oleh seorang pegawai tugas2 khas di Jabatan Perdana Menteri yang berjanji akan membawa isu itu ke perhatian Mahathir...

23 November

Sekali lagi memorendum cuba di bawa ke parlimen oleh Ramaji, yang juga Pengerusi Badan Bertindak Kuil Sri Sakthi Maha Mariamman namun telah di halang masuk kira2 jam 5.50 petang semalam ketika ingin menghadiri perjumpaan bersama Menteri Perpaduan, P Waythamoorthy berhubung isu kuil...

Beliau mendakwa telah di larang masuk parlimen kerana berpakaian Hindu...

Pada hari yang sama juga pihak pemaju dari One City telah menafikan bahawa mereka telah menangguhkan tarikh akhir 22 November kepada 29 November...

25-26 November

Telah diadakan mesyuarat tergempar bahawa akan ada usaha daripada pihak pemaju untuk datang menghalau orang-orang di dalam kuil dan memulakan kerja pembersihan kuil mulai Isnin (26 November)...

Maka ramailah telah turun tunggu di kuil sejak dari pukul 10 malam lagi...

Siapa Di Belakang Lelaki Melayu Yang Serang Kuil Sri Maha Mariamman

Pada pukul 2 pagi, sekumpulan lelaki Melayu (50-100 orang) berpakaian hitam telah tiba2 datang menyerbu kuil dan mengarahkan semua orang untuk keluar, keadaan menjadi tidak terkawal dan perkara ini telah di viralkan di media sosial menggunakan fungsi live facebook...

Unsur2 orang Melayu vs India, dan kononnya jeritan Allahu Akbar di jerit oleh kumpulan berkenaan telah di dendangkan di dalam seruan meminta bantuan oleh pihak dari dalam kuil berkenaan...

Maka ramailah dari kalangan orang India yang turun ke kuil berkenaan dan berlakulah pertempuran dan pergaduhan diantara kumpulan lelaki Melayu tadi dengan orang yang turun memberi bantuan kepada persatuan kuil, ada yang cedera parah akibat dipukul secara beramai-ramai dari kedua2 belah pihak...




Siapakah kumpulan lelaki Melayu nie???

Apakah motif mereka menyerang kuil tersebut???

Atau siapakah yang arah @ upah mereka untuk buat kerja bodoh tu???

Apakah ada kaitan dengan parti PPBM kerana baju PPBM adalah antara bahan bukti yang di jumpai dalam kereta yang di katakan terlibat dalam serangan awal ke atas kuil tu???

Pertempuran tersebut akhirnya telah berjaya di kawal oleh LPF dan FRU dan beberapa orang telah berjaya di gari dan di tangkap oleh pihak polis...

Di dalam kekecohan tersebut, beberapa buah truck pickup telah di terbalikan dan beberapa buah kereta juga telah di bakar...

Sebagai kesimpulan, isu ini bukanlah isu 'planted' yang di rancang secara tiba2... 

Isu ini adalah isu lama yang sudah berpanjangan sejak bertahun2 walaupun sepatutnya telah di selesaikan dengan cara mahkahmah...

Namun mungkin kerana ada agenda daripada pihak2 tertentu isu ini menjadi panas dan semakin 'complicated'...

Di harapkan, kita sebagai rakyat Malaysia juga tidak termakan akan provokasi atau hasutan yang tidak sepatutnya seperti kejadian semalam adalah kejadian rusuhan di antara kaum Melayu dan India, orang Melayu nak robohkan kuil Hindu, ekstrimis Melayu atau Muslim dsbnya...

Walhal ianya adalah pergeseran di antara pihak pengurusan kuil yang mempunyai 2 puak dan juga pihak pemaju yang telah memakan masa hampir 20 tahun (lebih kalau di kira dari tahun 1992), namun tidak selesai2 lagi...

Anyway, biarlah mereka selesaikan polemik di antara mereka dan usahlah di curah lagi minyak dalam bara kecil, kelak marak api membakar...

Dan jujurnya saya rasa, kesemua pihak yang terlibat termasuklah pemaju harus di panggil dan di siasat sebelum benda ni jadi lebih merebak dan tidak terkawal...

0 comments:

fda

Archives