Saturday, November 3, 2018

'Belanjawan Rakyat' : Sengsarakan Petani, Peneroka, Nelayan Dan Orang Kampong Tak Di Sebut

Bajet Kerajaan Pakatan 2019


Buat pertama kalinya, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, membentangkan BAJET PAKATAN HARAPAN 2019...

Buat kali pertama juga,  Guan Eng dalam pembentangannya menyebut, HUTANG DAN LIABILITY NEGARA adalah sebanyak RM 1 trillion...


Guan Eng mengaku bahawa RM1 trillion bukan sahaja hutang tapi termasuk liabiliti negara...

Yang sepatutnya tidak di kira sebagai hutang...

Perincian 'Belanjawan Rakyat'


Belanjawan 2019 PH akan memperuntukan RM 314.5 billion ringgit. RM 259.8 billion ringgit untuk mengurus...

RM 54.7 billion ringgit untuk perbelanjaan pembangunan...

RM 2 billion ringgit untuk simpanan luar jangka...

Bukan Belanjawan Untuk Golongan B 40


Bajet 2019 PH ini tidak melihatkan sebarang INISIATIF BARU untuk rakyat terutama rakyat luar bandar dan rakyat miskin bandar...

Tiada TOUCH POINT yang khusus untuk rakyat luar bandar...

Bantuan Sara Hidup @ Copy & Paste BR1M


Kerajaan PH akan memberi Bantuan Sara Hiidup iaitu bayaran copy & paste BR1M Kerajaan BN :

》Pendapatan isi rumah bulanan RM2,000 ke bawah akan menerima bantuan RM1,000...
》Pendapatan isi rumah RM2,001 hingga RM3,000 akan menerima bantuan RM750...
》Pendapatan isirumah RM3,001 hingga RM4,000 akan menerima bantuan RM500...
》Kadar tambahan BSH :

  • RM120 untuk setiap anak berumur 18 tahun kebawah...
  • Contoh pendapatan RM2,000 ke bawah dan ada 4 orang anak akan menerima bantuan RM1,480...

Guan Eng dalam ucapan beliau di Dewan Rakyat cakap jumlah nie lebih tinggi dari yang di beri oleh Kerajaan BN terdahulu iaitu RM1,200 sahaja...

Sah Guan Eng malas membaca dan tak buat penyelidikan yang menyeluruh...

Sebab tu selalu sangat buat silap...

Sebenarnya dalam JANJI MANIFESTO KERAJAAN BN sekiranya BN di beri peluang memerintah semula selepas PRU 14, jumlah pembayaran bantuan BR1M akan di naikkan pada RM2,000...

Jauh lebih tinggi dari yang Guan Eng umumkan tu...😂😂😂

2.4 Juta Rakyat Menderita

Guan Eng dengan bangganya mengumumkan bahawa 4.1 juta rakyat akan menikmati Bantuan Sara Hidup ini...

Ketika BN memerintah seramai hampir 6.5 juta rakyat dapat menikmati BR1M. Ini bermakna hampir 2.4 juta Rakyat tidak akan dapat BSH. Ini sungguh mengecewakan...

Subsidi Petrol


Kerajaan PH akan memberi subsidi petrol kpd pemilik kereta di bawah enjin 1,500 cc dan motor di bawah 125 cc...

Dan akan mengapungkan semula harga petrol RON 95 di pasaran berdasarkan Automatic Price Mechanism (APM)...

Ini amat berbeza dengan janji Pakatan Harapan yang berjanji akan menurunkan harga Petrol sekiranya Putrajaya milik mereka...

Petani, Nelayan Dan Pekebun Kecil Tiada Pembelaan

Petani, nelayan dan pekebun kecil tiada sebarang pembelaan di dalam Bajet PH 2019 ini...

Tiada sebarang bantuan one off kepada mereka walau pun harga getah dan kelapa sawit merudum jatuh...

Tol Akan Di Hapuskan...🤔🤔🤔


Kepada rakyat yang menunggu berita tol akan di hapuskan, mereka terkejut dengan pembentangan BAJET PH 2019...

Kerajaan PH akan memansuhkan tol motosikal di Jambatan Pertama dan Kedua Pulau Pinang dan tol motor di Jambatan Kedua Johor Singapura...

Rakyat Tertipu Lagi

Rakyat masih lagi tertipu dengan pengumuman ini...

Kerajaan PH hanya akan membekukan semua kenaikan tol untuk tahun 2019...

TIADA SESUATU YANG BARU UNTUK MENAIKKAN HARAPAN RAKYAT...

Bajet 2019 tak membawa sesuatu yang baru untuk di jadikan harapan kepada rakyat...

Tiada sesuatu yang baru yang boleh menurunkan KOS SARA HIDUP RAKYAT...

Lim Guan Eng Berkata :

"Malaysia umpama seekor Harimau Asia yang selama ini tidur lena, sekarang bangkit mengaum semula"...

Hakikatnya :

Malaysia umpama seekor kuching siam yang tidur lena dan kini semakin terasing dari negara luar!!!

Rujukan :

DSBA



KENYATAAN MEDIA
KETUA PEMBANGKANG

1. Bajet 2019 tidak ada garis panduan untuk wujudkan  lebih banyak peluang kerja. Bajet hanya sebut rancangan latihan dan bimbingan. Ia mengambil masa sedangkan rakyat mahu penyelesaian segera.

2. Bagaimanapun, ada yang boleh dianggap baik, khasnya penerima BR1M dan bantuan lain. Apapun, ia tidak menyeluruh.

3. Tidak ada yang istimewa untuk rakyat, terutama bagi mengatasi isu kos sara hidup mereka. Banyak berkisar pada skim kesihatan dan dividen yang longgar.

4. Ada berita baik mengenai pengguna pengangkutan awam tetapi ia lebih kepada pengguna di tempat--tempat yang ada LRT dan MRT.

5. RM314.5 bilion akan diperolehi dari mana jika kerajaan berkata hutang negara berjumlah RM1 trilion? Mana perkiraan fiskalnya?

6. Walaupun ada kebaikan, seperti RM1.2 bilion untuk kemajuan Islam, tidak ada pengkhususan langsung bagi menarik dan meningkatkan semula pelaburan asing. Dari mana kita akan dapat hasil?

7. Secara umum, ia adalah bajet yang diubahsuai daripada kerajaan terdahulu. Asasnya sudah tersedia. Tetapi tidak ada yang menarik untuk rakyat secara keseluruhan.

8. Ini bajet untuk mempopularkan kerajaan, untuk kerajaan dan bukan untuk rakyat.

Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Kuala Lumpur
2 November 2018

Ini belanjawan rakyat atau apa sebenarnya?

Ekonomi BN: Pertumbuhan lebih 5%
Ekonomi PH: Pertumbuhan bawah 5%

Defisit fiskal BN: 2.8%
Defisit fiskal PH: 3.7%

Dividen Petronas: BN hanya perlu RM16-19b
Dividen Petronas: PH perlu RM30b

PTPTN BN: Diskaun, tangguh bayaran
PTPTN PH: Tiada diskaun, potong gaji terus

Cukai BN: Hanya GST, cukai pendapatan turun
Cukai PH: SST, banyak cukai baru

Tol BN: Mansuh beberapa tol untuk semua kelas kenderaan
Tol PH: Mansuh 2 tol terpilih untuk motosikal sahaja

BR1M BN: RM1,200 (2017), RM2,000 (jika BN memimpin)
BR1M PH: RM1,000 (2019)

Penjawat awam BN: Bonus RM1500, kenaikan gaji khas
Penjawat awam PH: RM500

Oh. Tidak lupa, harga minyak akan naik.

Ini bukan belanjawan rakyat sejahtera. Ini belanjawan rakyat sengsara.

Najib Razak FB

0 comments:

fda

Archives