Thursday, February 7, 2019

Kalau Benar Azmin Bakal PM Ke 8, Apa Sebab Sebenar Dr. Mahathir 'Reject' Anwar?


Gempar bukan jer kat Malaysia tapi juga kat luar negara yang Datuk Seri Azmin Ali bakal di lantik sebagai Timbalan Perdana Menteri lepas perayaan Tahun Baru Cina nie...

Walau pun pihak yang terbabit cuba nak menafikan, tapi buat kata orang tua2, tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata...


Blogger Another Brick In The Wall antara yang mula2 menulis tentang perkara ini dengan tajuk Azmin Appointed DPM After CNY (BACA DI SINI)!!!

Lu betul2 bikin panaslah bro...😂😂😂

Tulisan blogger Another Brick In The Wall bukan jer dapat perhatian dari media tempatan, malah Azmin sendiri...

Sinar Harian mengulas isu yang sama bertajuk Azmin Di Lantik TPM Selepas Tahun Baru Cina, tapi khabarnya dah di arahkan untuk delete (BACA DI SINI)...

Utusan Malaysia pula menerbitkan isu yang sama dengan tajuk Azmin TPM Selepas Tahun Baharu Cina? (BACA DI SINI)...

Laman blog Fakta TV pula menulis isu yang sama dengan tajuk yang lebih syahdu, Saya Terpaksa Tinggalkan Anwar Demi Negara, Azmin TPM Selepas Tahun Baharu Cina (BACA DI SINI)...😢😢😢

Apa Sebab Sebenar Dr. Mahathir 'Reject' Anwar Dari Dulu


Ini adalah alasan utama yang Dr. Mahathir gunakan sejak dulu, kini dan mungkin selamanya untuk 'reject' Anwar Ibrahim...

Tapi persoalannya, betulker memang tu sebabnya Dr. Mahathir 'reject' Anwar dari dulu?


Kita imbas balik hubungan antara Dr. Mahathir dan Anwar...

Sebelum jadi ahli politik, Anwar dah terkenal sebagai seorang pemimpin yang agak di segani... 

Dia merupakan salah seorang pengasas Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan juga presidennya yang kedua..


Oleh kerana perjuangan ABIM adalah berlandaskan Islam, maka Anwar selalu di kaitkan dengan PAS...


Tapi pada 29 Mac 1982, semua orang terkejut bila Anwar mengumumkan akan menyertai musuh ketat PAS iaitu UMNO, dan pengumuman ni dibuat di hadapan Tun M sendiri
 (BACA DI SINI)... 

"Saya memilih UMNO kerana ia memberi ruangan kepada saya untuk meneruskan perjuangan saya dan saya memberi sokongan penuh kepada Perdana Menteri dan parti yang beliau pimpin" kata2 Anwar Ibrahim masa umumkan untuk masuk UMNO...

Tapi dengan geng ABIM, Anwar kata dia nak bersihkan UMNO dari dalam...




Kiranya perangai lidah bercabang Anwar nie dah memang ada pada diri dia sebelum masuk UMNO lagi...


Di katakan Dr. Mahathir pun terkejut bila Anwar umumkan akan masuk UMNO dan bukannya PAS...


Anwar Ibrahim tak buang masa bila dia dah join UMNO...


Dalam tahun pertamanya, dia bertanding untuk jadi Ketua Pemuda UMNO dan menang!!!


Tapi tu baru sikit je dia tunjuk taring, sebab lepas tu Anwar naik pangkat jadi Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan, Menteri Pertaninan dan kemudiannya Menteri Pendidikan dalam masa 4 tahun jer 
(BACA DI SINI)...

Dan Dr. Mahathir masih macam tak kisah bila Anwar naik secepat nie...



Tapi Anwar tak berhenti kat situ je, sebab dia target jawatan yang lebih tinggi...


Pada tahun 1993, Anwar bertanding menentang Tun Ghafar Baba yang pada tu berumur 68 tahun, iaitu 20 tahun lebih tua daripadanya dan merupakan otai lama UMNO...


Anwar jadi TPM, dan Dr. Mahathir macam rilek jer biarkan dia ambil tempat Tun Ghafar...


Anwar telah di lantik jadi Menteri Kewangan dua tahun sebelumnya, tapi bila dia jadi TPM, Anwar jadi buah mulut orang ramai bukan je kat Malaysia, malah seluruh dunia...


Ramai yang kata Dr. Mahathir memang nak Anwar ganti dia selepas pencen, tapi semuanya berubah bila Dr. Mahathir dapat mengesan Anwar sedang melakukan sesuatu...




Rupa2nya perancangan Anwar untuk menjatuhkan Dr. Mahathir supaya dia dapat teruskan cita2 dia untuk jadi Perdana Menteri Malaysia dah kantoi...

Teringat kata2 salah seorang veteran UMNO, Dr. Mahathir ialah seorang doktor, bagi seorang doktor, punca penyakit mestilah di buang secepat mungkin supaya penyakit tak merebak ke anggota badan yang lain...


Teori nie lah yang Dr. Mahathir gunakan dalam politik...


Anwar ialah punca kepada penyakit yang boleh menjejaskan kedudukan beliau, lalu 'WAJIB' di buang segera...

Tapi apa alasan yang nak di gunakan untuk membuang Anwar sebab Dr. Mahathir tahu, masa tu pengaruh Anwar dalam parti dan luar parti sangat kuat!!!

Takkan nak gunakan alasan Anwar membahayakan kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri, malulah beb...


Jadi, inilah alasan terbaik untuk menyelamatkan kedudukan dan maruah Dr. Mahathir...

Taklah orang kata yang Dr. Mahathir takut pada Anwar...😉😉😉


Mengenali Dr. Mahathir, beliau bukanlah seorang pemaaf, dan sekali beliau rasa seseorang tu mengkhianati beliau, maka selama2nya beliau akan berdendam...

Sebagaimana Dr. Mahathir kata Anwar adalah bakal pengganti beliau kira2 30 tahun yang lalu, ayat yang sama juga beliau ulangi sekarang...



Dan sebagaimana Dr. Mahathir gunakan alasan perangai pelik Anwar untuk singkirkan beliau dari pentas politik kira2 30 tahun yang lalu, di jangkakan alasan yang sama akan di gunakan juga...

Anwar Ibrahim dan Dr. Mahathir tak pernah akan berubah...

Bagi mereka berdua, rakyat dan negara bukanlah keutamaan tapi agenda peribadi mesti di dahulukan...

Apakah kali ini, Anwar akan sekali lagi di singkirkan oleh Dr. Mahathir sebagaimana tahun 1998 dulu...

Dan apakah kali ini, Anwar akan sekali lagi kecundang di tangan Azmin Ali seperti Langkah Kajang dulu...

Sama2 kita nantikan, cuti Tahun Baru Cina pun dah habis nie...

0 comments:

fda

Archives