Friday, March 22, 2019

Selepas 10 Bulan Memerintah, Dah Berapa RCI Yang PH Tubuhkan?


Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Di Raja atau RCI adalah sebahagian dari 10 Janji 100 Hari Pakatan Harapan...


Menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) 1MDB, FELDA, MARA dan Tabung Haji merupakan antara 10 Janji-Janji yang akan di laksanakan oleh kerajaan Pakatan Harapan semasa kempen PRU 14 lalu...

Apakah RCI 1MDB sudah di tubuhkan?

Apakah RCI FELDA sudah di tubuhkan?

Apakah RCI MARA sudah di tubuhkan?

Apakah RCI Tabung Haji sudah di tubuhkan?

Agensi dan syarikat yang di nyatakan di atas merupakan antara entiti kerajaan Barisan Nasional yang sering di serang Pakatan Harapan atas pelbagai dakwaan penyelewengan, rasuah dan salah tadbir urus sebelum PRU 14 lalu...

Tempoh 100 hari Pakatan Harapan memerintah sudah lama berlalu dan kini sudah menjangkau 10 bulan, namun RAKYAT MALAYSIA tidak melihat adanya keazaman dari kabinet Malaysia untuk menubuhkan RCI bagi entiti2 di atas...

Penubuhan RCI bagi menyiasat apa2 skandal, penyelewengan dan rasuah yang melibatkan kepentingan awam adalah LEBIH TELUS dan mempunyai NILAI INTEGRITI yang lebih tinggi berbanding siasatan pihak berkuasa, samada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Di Raja Malaysia (PDRM) atau Pejabat Peguam Negara (mengarahkan siasatan) itu sendiri...

Apakah Pakatan Harapan berasa bimbang hasil dapatan RCI tidak memihak kepada kerajaan?

Atau mereka tiada mempunyai bukti2 kukuh untuk di ketengahkan bagi membenarkan pelbagai dakwaan mereka sepanjang kempen PRU 14 lalu takut menubuhkan RCI bagi entiti2 di atas?


Bukankah Menteri Kewangan, Joseph Lim Guan Eng sering membuat siaran media menyatakan menemui banyak fail pelbagai warna bagi menggambarkan kerajaan Barisan Nasional sebuah kerajaan yang korup dan penuh dengan penyelewengan?

Satu2nya perkara yang kerajaan Pakatan Harapan dapat buktikan ialah pentadbiran mereka jauh lebih menjijikkan dari apa yang mereka dakwa berlaku dalam kerajaan Baridan Nasional dulu...


Menggugurkan kes rasuah dan salah laku Lim Guan Eng terhadap pembelian banglo yang harganya berada jauh lebih rendah dari nilai pasaran, walau pun kes itu sudah berjalan di mahkamah!!!

Bersikap membisu terhadap tuntutan di lakukan siasatan terhadap projek Terowong Bawah Laut Pulau Pinang...

Penjualan aset2 bernilai negara atas alasan membayar hutang negara...

Isu kehilangan duit Tabung Harapan yang di kutip dari rakyat marhein dengan alasan kononnya mahu membayar hutang negara...

Sikap tamak pemimpin2 tertentu di dalam parti komponen Pakatan Harapan...

Pemimpin Pakatan Harapan boleh mendabik dada dengan mengatakan bahawa mereka mengamalkan pentadbiran yang bersih, pentadbiran mereka bebas dari segala amalan rasuah dan salah guna kuasa yang menjijikkan namun RAKYAT MALAYSIA memantau dan menilai sejauhmana kerajaan Pakatan Harapan mampu membuktikan bahawa ia lebih baik dari kerajaan Barisan Nasional...

Sekurang2nya terdapat seorang dua menteri yang berjaya di sabitkan oleh RCI untuk membolehkan suatu siasatan dan pendakwaan di jalankan...

Barulah di katakan kerajaan Pakatan Harapan 'cakap serupa bikin' terhadap JANJI dan MANIFESTO mereka sendiri...

Jika TIDAK, apa pandangan RAKYAT MALAYSIA dan negara2 lain mengenainya?

0 comments:

fda

Archives