Wednesday, March 13, 2019

Ucapan Tun Mahathir Tunjuk Kerajaan Tiada Integriti, Menyamun Dan Susahkan Rakyat


11 Mac 2019, SPB YDP Agong ke 16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah, merasmikan Mesyuarat Kedua Parlimen Siri 14...

Ada beberapa perkara yang menarik perhatian umum pada sidang parlimen kali ini...

Pertama, inilah kali pertama YDP Agong ke 16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah merasmikan mesyuarat Dewan Negara sejak di tabalkan menjadi Yang Di Pertuan Agong Malaysia Ke 16...

Kedua, sudah pasti ramai yang menunggu jawapan dari Tun Mahathir, Perdana Menteri ke 7, atas beberapa isu2 panas terkini yang berlaku sebelum bermulanya Sidang Dewan Rakyat Penggal Kedua Siri Ke 14...

Integriti Kerajaan Malaysia Di Mata Dunia Akibat Terbongkarnya Sijil Palsu Menteri2 Termasuk Menteri Kanan



Satu Malaysia terkejut dengan isu timbalan menteri, menteri dan menteri kanan kerajaan PH memiliki sama ada SIJIL PALSU (BELI) atau menipu kerana tak memiliki ijazah seperti yang mereka dakwa (BACA DI SINI)...

Malah, ada yang lebih melucukan, bila salah seorang Timbalan Menteri mendakwa, beliau di fitnah kerana memiliki ijazah...😂😂😂

Isu nie kedengarannya melucukan tetapi hakikatnya memberikan imej yang begitu buruk kepada Malaysia di mata dunia...

Sangat jelas isu ini menjejaskan integriti kerajaan Malaysia, bila dunia menganggap kerajaan Malaysia di anggotai oleh barisan menteri penipu sedangkan dalam masa yang sama mereka berkokok melaungkan prinsip Rule of Law...

Lebih2 lagi bila Timbalan Menteri Luar sendiri terlibat dengan membeli ijazah yang tidak di iktiraf...

Dunia sedang mentertawakan kita...

Medan yang paling baik untuk kerajaan PH menjelaskan isu ini atau membersihkan imej mereka ialah dalam Dewan Rakyat...

Tapi apa yang menimbulkan keresahan bila Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri, di lihat secara sengaja enggan menjawab soalan berkaitan sijil palsu ini di Dewan Rakyat, bila ahli parlimen Pontian, meminta penjelasan...

Apakah sikap Tun Mahathir ini boleh di anggap sebagai tanda beliau setuju mempunyai barisan kabinet penipu...

Kalau benar, amat malang kepada rakyat Malaysia kerana telah memberi mandat kepada si penipu untuk menjadi menteri dan menikmati gaji berpuluh ribu ringgit hasil dari penipuan mereka...

Hakikat yang kita kena terima ialah, apalah yang kita boleh harapkan dari seorang penipu...

Pantun bangsa ada menyatakan :

Siakap, Senohong, Gelama, Ikan Duri,
Bercakap Bohong, Lama Lama Jadi Pencuri aka Menteri!!!

Kenapa Tun Mahathir Bersungguh2 Mahu Kecilkan Saiz Penjawat Awam


Semasa menjadi Perdana Menteri Ke 4, Tun Mahathir memperkenalkan Dasar Penswastaan Negara...

Alasan Tun Mahathir ialah pengurangan jumlah kakitangan kerajaan boleh menjimatkan kos pengurusan kerajaan...

Jabatan2 kerajaan terutamanya yang memberikan perkhidmatan membekalkan tenaga telah di swastakan...

Antara yang terlibat Lembaga Letrik Negara (LLN) di swastakan menjadi Tenaga Nasional Berhad (TNB)...

Benar, kerajaan dapat menjimatkan kos pengurusan, pekerja2 asal jabatan kerajaan tersebut mendapat kenaikan gaji...

Tapi yang menjadi mangsa akhirnya ialah rakyat...

Berbeza dengan jabatan kerajaan yang berorientasikan perkhidmatan, syarikat2 swasta menjalankan perniagaan yang berorientasikan keuntungan...

Kos pengambilalihan aset, kos penawaran gaji yang tinggi kepada kakitangan serta kos pengurusan akan di serapkan pada bayaran perkhidmatan yang di kenakan kepada pengguna akhir, iaitu rakyat!!!

Yang akan mendapat keuntungan sebenarnya ialah syarikat2 swasta yang terdiri dari kroni2 dan keluarga Tun Mahathir yang kaya raya (BACA DI SINI)...


Laman blog ini adalah menyiarkan, dari 1.7 penjawat awam, sektor yang paling besar adalah dalam sektor perkhidmatan wajib (mandatory service), seperti kesihatan, pendidikan, perguruan dan lain2...

Kajian yang di lakukan oleh Penang Institute (sebuah badan penyelidikan yang tidak di iktiraf mana2 pihak dan di bawah naungan DAP) adalah kajian yang sangat dangkal kerana mereka mengambilkira bilangan di dalam sektor perkhidmatan wajib, sedangkan negara2 maju sekali pun tidak mengambilkira bilangan penjawat awam di dalam kategori perkhidmatan wajib (BACA DI SINI)...

Apakah 16,000 penjawat awam yang akan di buang oleh Mahathir termasuk dalam sektor perkhidmatan wajib ini?

Kegilaan apakah ini, tidak ada satu negara pun di dunia ini akan mengecilkan bilangan penjawat awam dalam sektor ini kerana itu adalah tanggungjawab kerajaan kepada rakyat!!!
langan penjawat awam dalam sektor ini kerana itu adalah tanggungjawab kerajaan kepada rakyat!!!


Penjawat Awam Hanya Di Hargai Oleh PH Semasa Sebelum PRU 14, Selepas PRU 14, Penjawat Aqam Di Pandang Seperti Sampah Oleh PH



Satu kenyataan yang sangat pahit untuk di telan oleh penjawat awam...

PH hanya perlukan undi 1.7 juta penjawat awam supaya mereka mendapat kuasa tetapi mereka setelah PH berkuasa, nasib penjawat awam hanya di ibaratkan seperti sampah yang tiada harga!!!


Inilah bonus yang di janjikan oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi...

Surat penamatan kontrak atau pun surat perberhentian kerja...


Jabatan Perkhidmatan Awam ( JPA ) dalam proses untuk mengurangkan saiz perkhidmatan pada tahun 2019 mengikut kadar berikut peratus dari keseluruhan jumlah 1.62 juta kakitangan awam...

2019

1% bermakna 16,200 orang akan di tamatkan kontrak, pemberitahuan pemberhentian bekerja...

2020

2% bermakna 32,400 orang lagi akan di kurangkan...

2021

2% lagi bermakna 32,400 lagi akan di kurangkan...

Nisbah ini untuk 3 tahun awalan dari 2019 - 2021 dahulu...

Jumlah keseluruhan 80,000 ribu orang untuk tempoh 3 tahun ini...

Yang kena berhenti ucaplah tahniah pada kerajaan PH jangan sesekali merungut dan marah...

Harap senyum...

Anda yang pilih sendiri wahai kakitangan awam...

Dan untuk yang terselamat dari di buang kerja pada tahun 2018, janganlah terlalu cepat menarik nafas lega...

Apakah persediaan kerajaan untuk menangani masaalah sosial yang PASTI akan timbul dari pembuangan penjawat awam dalam skala besar ini?

Semudah menambah pendapatan negara dengan menjual aset2 berharga orang2 Melayu, begitu jugalah mudahnya cari jalan penyelesaian untuk menjimatkan kos pentadbiran dengan membuang penjawat awam yang juga terdiri dari orang Melayu!!!

Apakah ini caranya parti Bersatu menjaga kepentingan bangsa Melayu seperti yang mereka laungkan, kerana lebih 90% penjawat awam di Malaysia adalah orang Melayu?

Apakah tidak terfikir pada kerajaan PH, cara terbaik memulihkan ekonomi negara adalah dengan menjana aktiviti ekonomi negara ke tahap optima...

Dengan itu, saiz ekonomi negara akan menjadi lebih besar dan penjawat awam yang ada tidak perlu di buang tapi dapat di optimakan fungsi dan peranan mereka...

PH Menang, Rakyat Senang


Rupa2nya PH menang rakyat kena ganyang dan penjawat awam ramai yang tak tenang!!!

Apakah nasib mereka nanti?

Bagaimana kehidupan anak isteri mereka nanti?


Pada pemimpin2 PH yang masih ada sebesar zarah keimanan, yang masih ada sebesar zarah perikemanusiaan, janganlah terlalu banyak membuat U-Turn atau memungkiri janji atau menipu rakyat, kerana satu U-Turn yang di buat, satu janji yang di mungkiri, satu penipuan yang di buat, akan mendekatkan diri kepada sifat orang munafik (BACA DI SINI)...

0 comments:

fda

Archives