Tuesday, March 5, 2019

Apa Muslihat Sebenarnya Di Sebalik Kisah Buloh Dan Sawit Teressa Kok


Pekebun kecil, peneroka Felda 'bernasib baik' sebab dapat Menteri Industri Utama yang sel2 otak dia terlebih bersambung macam Teressa Kok...



Apa taknya, sebelum nie, masa Teressa Kok hentikan bantuan sara hidup musim tengkujuh pada petani, pekebun kecil dan nelayan, Teressa bagi idea 'canggih' yang tak pernah terfikir oleh mana2 pekebun kecil, terutamanya penoreh getah, menoreh getah waktu musim tengkujuh!!!



Tentu korang ingat lagikan, camner Teressa dengan bersungguh2 tunjukkan macam mana mangkuk getah tu di pakaikan payung...

Nasib baik pokok getah tu Teressa Kok tak cadangkan supaya pakai 'rain coat'...😂😂😂

Super Sawit Teresa Kok



Lepas tu, Teressa Kok meneruskan 'usaha gigih' dengan mengumumkan pendapatan baru pengusaha ladang sawit...

Teressa Kok umumkan dalam Dewan Rakyat, 1 ekar tanaman kelapa sawit, boleh menghasilkan sampai 12 tan kelapa sawit...😮😮😮

Bila Datuk Ahmad Maslan sindir, terus isu 1 ekar sawit boleh hasilkan 12 tan kelapa sawit senyap!!!

Lepas Getah Dengan Sawit, Tiba Giliran Buloh


Dan yang terkini, idea canggih dari menteri yang berguru dengan Google nie ialah tukarkan ladang2 sawit dengan ladang buloh...

Tak tahulah, jin mana yang dah merasuk Menteri Industri Utama nie...

Bercakap betul2 dah macam orang tak ada otak...

Memanglah buloh ada pasaran yang baik kat Jepun sana tu...



Tapi pasaran tu cuma pasaran bermusim, sebab industri yang menggunakan buloh sebagai bahan asas cuma industri hiliran dan bukannya industri utama!!!

Apa jaminan dari kerajaan, kalau pekebun2 kecil nie bertukar pada tanaman buloh, pendapatan mereka, kalau pun tak lebih baik, tapi sekurang2nya sama dengan pendapatan waktu usahakan tanaman kelapa sawit?

Dan pertukaran dari ladang sawit kepada ladang buloh, bukanlah semudah yang di sangkakan oleh Teresa Kok..

Siapa yang nak tanggung kos penebangan kelapa sawit dan kos tanaman buloh di peringkat permulaan tu?

Kerajaan nak tanggung ke?

Bantuan petani musom tengkujuh pun kerajaan tak mampu nak bayar, inikan pula nak bagi subsidi pada kos pertukaran tanaman!!!

Siapa pula nak sediakan keperluan harian keluarga tersebut dalam menunggu hasil buloh tu matang?

Bercakap biarlah gunakan akal!!!

Tapi kira ok lah juga, sebab Pak Wan sibuk umumkan kereta terbang, tapi Pak Wan kata kereta tu untuk pantau ladang...

Maksudnya nanti, Teressa jual buloh pada Pak Wan untuk buat kereta terbang dan Pak Wan gunakan kereta terbang tu untuk pantau ladang buloh Teressa Kok!!!

Tapi tu lah level menteri Pakatan Harapan dan macam2 ada dalam kabinet Mahathir nie :

Menteri Buluh 》ada...
Menteri Kasut Itam 》ada...
Menteri Air Mata 》ada...
Menteri Tisu Koyak 》ada...
Menteri Tukang Masak 》ada...
Menteri Tipu Sijil 》ada...
Menteri Nobita 》ada...
Menteri LGBT 》ada...
Menteri Kilang Carlsberg 》ada...
Menteri Kereta Terbang 》ada...

Menteri AES Maqasid Syariah 》ada...

Tapi semua menteri2 tu, sel otak tak bersambung!!!

Pusing2, Kroni Juga Yang Untung!!!



Petang tadi, Teressa Kok umumkan bahawa Malaysia-China telah tanda tangan beberapa deal berjumlah US$891 juta yang melibatkan 1.62 juta tan kelapa sawit dari Malaysia ke China...

Ianya melibatkan 4 deal :

i) Yantai Tianmao Edible Ltd Co dengan Sime Darby Plantation Bhd, 100,000 ton...

ii) Yizheng Fangshun Industry Ltd Co dengan SOP Edible Oils Sdn Bhd , 100,000 ton...

iii) Yizheng Fangshun Industry Ltd Co dengan Cacao Paramount Sdn Bhd (a subsidiary of Teck Guan Group), 120,000 ton...

iv) Yang terbesar adalah di antara Yihai Kerry (Shanghai) International Trade Co Ltd dengan PGEO Marketing Sdn Bhd 1.3 juta ton...

Menariknya, umum tahu bahawa Yihai Kerry adalah sebuah perusahaan pelaburan oleh Wilmar International Limited di China...

Manakala PGEO Marketing Sdn Bhd yang berada di bawah PGEO Group pula adalah sebuah perniagaan agribusiness terbesar di Asia yang juga di miliki oleh Wilmar International Limited...

Dan umum juga tahu pemilik Wilmar International Limited yang berpengkalan di Singapura adalah tidak lain dan tidak bukan adalah Tan Sri Robert Kuok yang merupakan ahli di dalam Council of Elders...

Wilmar buying from Wilmar?

Robert Kuok buying from Robert Kuok?

Fikir-fikirkan.

Rujukan:

Malaysia, China sign palm oil purchase deals worth US$891 mil (BACA DI SINI)... 

Yihai Kerry Introduction (BACA DI SINI)...

PGE Group Company Profile (BACA DI SINI)...

Wilmar who are we? (BACA DI SINI)...



Memang dari awal2 lagi sangsi tentang Robert Kuok ni...

Yang untung bagi pada Robert Kuok yang dah kaya raya tu...

Melayu di suruh tanam buloh!!!

Dan ratusan ribu peneroka Felda serta pekebun kecil akan menjadi hamba tebusan pada Robert Kuok, kroni Mahathir (BACA DI SINI)...

0 comments:

fda

Archives