Thursday, March 7, 2019

Penyatuan Ummah Yang Di Gerakkan UMNO Dan PAS Beri Menafaat Pada Semua, Bukan Hanya Pada Masyarakat Melayu Islam Saja


UMNO dan Pas mencapai kata sepakat untuk bersetuju menjalinkan kerjasama secara formal antara kedua2 parti bagi menghadapi Pakatan Harapan dalam setiap PRK dan juga PRU 15 yang akan datang...

Pengerusi bersama Jawatankuasa Induk UMNO dan Pas, Datuk Seri Mohamad Hassan berkata, dalam perbincangan lebih dua jam di Menara Dato’ Onn di sini hari ini, kedua2 parti telah membincangkan hala tuju parti ke arah penyatuan ummah...


"Kami selesai mengadakan perbincangan di peringkat Jawatankuasa Induk UMNO dan Pas hari ini hasil daripada kerjasama tidak formal yang di lakukan selama ini"...

"Kita akan buat rangka kerja dalam menghadapi PRK masa akan datang, terutama di DUN Rantau, iaitu kawasan saya sendiri"...



"Perbincangan ini juga bersetuju untuk memantapkan kerjasama kedua parti di peringkat Parlimen, di kawasan pembangkang iaitu UMNO dan Pas sebagai semak dan imbang"...

"Kita akan jadi pembangkang yang akan bahas isu dan memberi sokongan yang memberi manfaat kepada rakyat dan negara"... 

"Kita tidak akan setuju kalau ia mendatangkan mudarat kepada rakyat dan negara," katanya...



Mohamad berkata, hasil perbincangan itu akan di bawa bersama antara UMNO dan Pas ke peringkat rakan parti masing2 iaitu bagi Barisan Nasional (BN), rakannya ialah MCA, MIC, manakala Pas pula Gagasan Sejahtera (GS) iaitu Parti Ikatan dan Berjasa...

"Yang penting, kita tidak akan pinggirkan rakan parti masing2"... 

"Kita mahu isu penyatuan ummah ini dapat di terjemahkan sebaik mungkin"...

"Kita akan terus menjadi pembela kepada kemajmukan rakyat dan negara, tanpa meminggirkan mana2 bangsa dan kaum," katanya...

Di Harap Rakan2 Cina Dan India Jangan Salah Tafsir Terhadap Usaha Penyatuan Ummah



Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan perpaduan dan kemakmuran negara, dah pasti kita akan menyokong ke arah penyatuan ummah...

Macam yang Tok Mat cakap, bila kita sebut tentang penyatuan ummah, ia bukan tertakluk pada masyarakat Melayu Islam saja, tapi dalam konteks masyarakat majmuk negara Malaysia...

UMNO dan PAS sekali2 tak akan meminggirkan, jauh sekali menindas golongan bangsa lain terutamanya Cina dan India...

UMNO dan PAS sangat2 menyedari, hasil dari sikap toleransi dan persefahaman yang kukuh dari ketiga2 bangsa ini, menyebabkan kuasa penjajah tersohor dunia tunduk pada perjuangan kemerdekaan negara...

Semangat inilah yang hendak kita hidupkan semula, kerana di bawah pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan, keutuhan dan keharmornian masyarakat berbilang bangsa di Malaysia, di lihat semakin hilang...

Menteri yang membakar sentimen perkauman dengan mengeluarkan kenyataan2 biadap seperti Waythamoorti, Kulasegaran, Ramasamy, Nga Kor Meng, Teressa Kok di biarkan berleluasa hingga menimbulkan kemarahan dan ketegangan hubungan antara kaum di Malaysia...

Bila menteri sendiri dah keluarkan kenyataan2 yang membakar semangat perkauman tanpa sebarang tindakan di ambil oleh perdana menteri, malah mempertahankannya, penyokong2 mereka akan menjadi lebih berani untuk mengeluarkan kenyataan2 yang jauh lebih biadap seperti penghinaan kepada ugama Islam dan Rasulullah saw, yang di lihat semakin berleluasa sekarang ini...



Kita mahu kembalikan semangat perpaduan antara kaum di zaman pra merdeka, di mana anak Melayu adalah juga anak Cina, anak Cina adalah juga anak India dan anak India adalah juga anak Melayu...

Inilah kenikmatan sebenar dalam kehidupan masyarakat berbilang bangsa di Malaysia dan kita telah kehilangan nikmat ini terutamanya sejak Pakatan Harapan mengambil alih pemerintahan negara...

Berhati2 Dengan Musuh Dari Dalam Dan Luar Yang Sentiasa Berusaha Menggagalkan Usaha Penyatuan Ummah Dalam Berbagai Cara



Dalam keghairahan kita melihat usaha penyatuan yang sedang subur berputik, jangan kita lupa pada musuh2 yang sentiasa menunggu peluang untuk menggagalkannya...

Musuh yang datang dari luar seperti Pakatan Harapan pasti akan menggunakan kuasa yang ada pada mereka untuk menggagalkan usaha penyatuan ummah...

Pujukan, tawaran dan ugutan adalah sangat sinonim dengan Mahathir dalam memperkukuhkan kuasanya...


Memutarbelitkan fakta, menabur fitnah untuk memecahbelahkan masyarakat adalah kemahiran yang ada pada Mahathir, Anwar dan DAP...

Sebagai masyarakat yang bijak dengan kemudahan teknologi maklumat berada di hujung jari, kita WAJIB menggunakannya dengan bijak bagi mengelakkan kita terpedaya dengan kelicikan musuh...



Selain musuh2 yang datang dari luar, kita juga mesti berhati2 dari musuh yang datang dari dalam...

Sudah jelas, bagaimana musuh2 dalam selimut ini telah menggerakkan usaha untuk menggagalkan gelombang penyatuan ummah...

Beberapa Kerajaan Negeri Di Jangka Akan Bertukar



In Sya Allah, UMNO dan PAS di jangka akan dapat menawan kembali beberapa kerajaan negeri bila dapat berkerjasama sepenuhnya...

Negeri Perak adalah antara negeri yang berkemungkinan besar akan di rampas semula oleh gabungan UMNO dan PAS berdasarkan jumlah ADUN mengikut parti :

DUN Perak

PH 30
BN 25
Pas 3
Bebas 1
Pas+BN= 28
(Dari sumber yang di percayai, ADUN Bebas berkemungkinan besar menyertai gabungan BN dan PAS, menjadikan gabungan BN dan PAS mempunyai 29 ADUN)


Kerajaan negeri Kedah juga di jangka terpaksa bubarkan Dewan Undangan Negeri kerana tak lagi mempunyai kerusi majoriti untuk bentuk kerajaan :

DUN Kedah

PH 18
BN 3
Pas 15
Pas+BN=18

Sama2 kita berdoa supaya Allah swt  permudahkan usaha penyatuan ummah yang sedang di gerakkan oleh pemimpin2 UMNO dan PAS...



Untuk rakan2 kita yang berbangsa Cina dan India, buatlah keputusan yang bijak, janganlah merasa risau kerana anda tidak akan di pinggirkan, itulah jaminan pemimpin kami dan itulah yang akan kami di peringkat akar umbi ini laksana dan pertahankan...

Tentu kita rindu dengan zaman di mana anak orang Melayu adalah anak orang Cina, anak orang Cina adalah anak orang India dan anak orang India adalah anak orang Melayu...

0 comments:

fda

Archives