Wednesday, March 27, 2019

'Jasa' Kerajaan Pakatan Harapan Kepada Rakyat Malaysia Selepas 10 Bulan Memerintah

Malaysia Baru, Selamatkan Malaysia ; Apa Yang Baru Dan Apa Yang Dah Selamat?


Dalam kempen PRU 14 untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Najib Razak, puak2 Pakatan Harapan jadikan slogan Malaysia Baru dan Selamatkan Malaysia...

Keadaan ekonomi dan kewangan negara pada waktu tu di gambarkan berada dalam keadaan yang cukup tenat...

Tanpa ragu2, puak2 Pakatan Harapan melaungkan, sekiranya Malaysia tak di selamatkan, krisis ekonomi akan berlaku, rakyat akan menderita dengan kos kehidupan yang akan melambung dan paling dahsyat, Malaysia akan bankrap...

Pemimpin2 Barisan Nasional, terutamanya Datuk Seri Najib di gambarkan sebagai penjarah harta negara!!!

Kerajaan Barisan Nasional di gelar kerajaan kleptokrasi!!!

Jadi untuk selamatkan Malaysia, kerajaan Barisan Nasional MESTI di tumbangkan untuk membawa pemimpin2nya ke muka pengadilan...

Setiap sen duit negara yang di jarah, MESTI di tuntut balik...

Negara mesti di selamatkan, rakyat di tuntut supaya berani buat perubahan...

Itulah laungan kempen2 PRU 14 yang jadi zikir semua puak2 Pakatan Harapan...

Untuk menambah lunak kempen PRU 14, Pakatan Harapan menaburkan janji2 yang lebih manis dari gula...


"Hari nie kita menang, besok, petrol turun harga"...

"Hari nie kita menang, besok TOL seluruh negara percuma"...

"Hari nie kita menang, besok kita hapuskan hutang PTPTN, kita hapuskan hutang peneroka FELDA"...

Sekarang dah 10 bulan Pakatan Harapan memerintah, jom kita edisi siasat, dah baru ker negara Malaysia nie, apa yang dah selamat atau yang dah memang selamat dah jadi Kassim Selamat yang hilang dari pandangan...

'Pencapaian' 10 Bulan Pemerintahan Pakatan Harapan


Pencapaian 1 : JUAL ASET NEGARA


Satu skil yang tak dapat di nafikan ada pada Tun Mahathir dan Lim Guan Eng ialah menjual aset negara...

Asal jual aset negara, mesti Tun Mahathir dengan Lim Guan Eng, bila sebut nama Tun Mahathir dengan Lim Guan Eng, mesti teringat pada aktiviti jual aset negara!!!

Macam tu lah, jual aset negara memang tak dapat di pisahkan dari Tun Mahathir dengan Lim Guan Eng, ibarat irama dan lagu, tak boleh di pisahkan, kalau di pisahkan, aset negara tak akan dapat di jual nanti...

Tun Mahathir dengan pengalaman jadi Perdana Menteri ke 4 dan Lim Guan Eng dengan pengalaman menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, memang serasi dan memang ngam!!!

Kita tenguk betapa 'BERJAYANYA KEDUA2 PENJARAH NIE JUAL ASET NEGARA' :

》IHH Health di jual dengan 'HARGA RUNTUH' pada kroni Jepun...
》Menara Annexe TM1, TM2, di jual pada kroni dengan harga 'Go Back To School' pada kroni...

》Menara Felcra di jual, juga pada kroni...

》M1 Axiata di jual, juga pada kroni Singapura...

》Legoland di jual, juga pada kroni...

》Menara 28 tingkat di Hong Kong, di jual, juga pada kroni...

》Hotel Royal Chulan di jual, juga pada kroni Singapura...

》MAS bakal di jual, juga pada kroni...
Saham Bank Filipina di jual, juga pada kroni...

》Menara Felda di jual, pada kroni...

》Aset TH di bawa keluar, serah pada SPV milik Kementerian Kewangan, jadi senanglah Lim Guan Eng  nak gunakan sbb kuasa Menteri Kewangan pada SPV...

》Di jangka 5 - 10 lagi aset negara akan di jual juga...

Rakyat Malaysia relaks jer, tahulah Tun Mahathir dengan Lim Guan Eng buat kerja tu nanti...

Pencapaian 2 : TAMBAH HUTANG NEGARA


Kalau ikut amalan biasa, orang jual harta untuk bayar hutang, macam tu lah juga dengan pentadbiran sesuatu negara, untuk kurangkan hutan, jual aset dan hasil jualan aset tu di kontrakan dengan hutang...

Dalam keadaan nie, memang aset akan berkurangan tapi hutang negara pun SEPATUTNYA berkurangan, jadi faedah yang negara perlu bayar dari hutang, juga akan berkurangan, bolehlah duit tu di gunakan untuk tanggung kos pentadbiran negara...

Tapi strategi Tun Mahathir dengan Lim Guan Eng spesel, aset negara di jual tapi dalam masa yang sama, hutang negara bertambah!!!

》Hutang Negara di sahkan oleh BNM, Kementerian Kewangan dan BANK DUNIA hanya sekitar RM686.8 bilion hujung tahun Disember 2017, bila Pakatan Harapan memerintah jer, terus menyalak kata hutang bukan RM686.8 bilion tapi RM1 trilion!!!
(Fitnah dari PH kata RM1Trillion tidak benar)

》Kenaikan dari Mei 2018 - Februari 2019, meningkat sebanyak RM768.7 bilion, kenaikan RM81.9 billion...

》Jika di campur dengan duit Petronas sebanyak RM82 bilion yang di jarah, kerajaan Pakatan Harapan, maka hutang negara naik terkini ialah RM850.8 bilion!!!

Pencapaian 3 : NILAI RINGGIT (RM) MERUDUM


Kekukuhan nilai duit sesuatu negara, akan menjadi asas kepada indikator kekukuhan dan kestabilan ekonomi sesebuah negara...

Kekukuhan dan kestabilan ekonomi pula sangat penting kerana ianya menjadi sama ada pemangkin atau penebat kepada pelaburan asing ke dalam negara...

Kemasukan pelaburan asing pula sangat penting kerana ianya bukan saja akan menjana pendapatan negara dari sudut cukai yang di kenakan, tapi negara juga akan mendapat menafaat dari sudut kemasukan teknologi yang di serapkan kepada pekerja2 tempatan...

Rakyat tempatan pula akan mendapat menafaat terus dari kemasukan pelaburan asing melalui peluang2 pekerjaan yang di tawarkan dan dengan sendirinya akan merancakkan ekonomi domestik kerana rakyat mempunyai kuasa membeli yang lebih kukuh dan ini akhirnya akan memberi menafaat kepada kerajaan melalui cukai barangan dan perkhidmatan yang di kenakan...

Namun atas 'kebijaksanaan' Tun Mahathir dan Lim Guan Eng, nilai Ringgit bukan saja tidak stabil malah semakin merudum...

Ini dengan sendirinya membuatkan semua hutang luar negara yang berasaskan matawang asing melonjak naik...

Keadaan ini menyebabkan keyakinan pelabur asing terhadap ekonomi Malaysia hancur lodoh dan rakyatlah yang menanggung kesengsaraan bila syarikat2 asing yang membuat pelaburan sebelumnya terpaksa memberhentikan pekerja...

》Ringgit merundum jatuh ke paras USD1.00 bersamaan RM4.20 nilai pertukaran...

Fitnah Pakatan Harapan bahawa kalau Najib turun, Ringgit naik terbukti hanya retorik politik kerana Datuk Seri Najib dah 10 bulan turun dari menjadi perdana menteri tapi nilai Ringgit (RM) bukan saja lebih rendah dari era Barisan Nasional iaitu RM3.80 malah mencecah RM4.20, antara nilai terburuk dalam ekonomi Malaysia!!!

Pencapaian 4 : Penjawat Awam


Sebuah negara yang melangkah untuk menjadi negara maju, mestilah mempunyai pentadbiran yang bukan saja cekap tetapi juga mencukupi...

Seorang pemimpin yang berwawasan, akan menyediakan bilangan penjawat awam berkemahiran yang mencukupi untuk melancarkan pentadbiran dan pembangunan yang di rangka kerajaan...

Untuk mempunyai penjawat awam yang berkemahiran dan cekap, tidak akan dapat di lakukan dalam masa satu hari...

Sebab itu, kerajaan Barisan Nasional membuat pelaburan yang besar dengan mengembangkan saiz penjawat awam, terutamanya di dalam bidang pendidikan...

Ini adalah pelaburan jangka panjang negara di dalam pembangunan modal insan yang akhirnya akan mendatangkan menafaat yang besar kepada ekonomi negara...

Dengan bilangan tenaga mahir tempatan, negara tidak lagi perlu menggunakan tenaga mahir dari luar...

Ini akan dapat mengawal kadar aliran pengeluaran Ringgit...

Tapi sekali lagi, 'kebijaksanaan' Tun Mahathir dan Lim Guan Eng telah merosakkan perancangan yang rapi kerajaan Barisan Nasional...

Berdasarkan 'kajian' yang di buat oleh Penang Institue, institusi yang bertunjangkan DAP dan tidak di iktiraf bukan saja di peringkat antarabangsa malah di peringkat kebangsaan, kerajaan Pakatan Harapan telah merangka dasar penguncupan penjawat awam...

Penjawat awam bukan saja berhadapan kehilangan pekerjaan malah mereka di hina dan di keji dengan kata2 penjawat awam pemalas dan menjadi beban mati kerajaan...

Begitulah 'penghargaan' kerajaan Pakatan Harapan kepada jasa2 penjawat awam selama ini, malah majoriti dari penjawat awam yang akan kehilangan pekerjaan nanti adalah pengundi Pakatan Harapan yang memberikan mereka kemenangan dalam PRU 14!!!

Kita tenguk bagaimana dasar penguncupan penjawat awam akan dan telah di laksanakan oleh kerajaan Pakatan Harapan...

》Sebaik menang PRU14, di anggarkan 20,000 telah di buang kerja akibat penutupan jabatan2 yang di anggap bagi Pakatan Harapan tidak relevan...

》Di jangka 80,000 penjawat awam akan di buang secara berperingkat mulai 2019 hingga 2021...

》Manifesto 1 juta peluang pekerjaan sekali lagi menjadi retorik politik kerana bukan saja 1 juta peluang pekerjaan yak dapat di wujudkan malah ratusan ribu pula yang akan kehilangan pekerjaan!!!

Pencapaian 5 : LAWATAN LUAR NEGARA


Kita akui amat penting untuk pemimpin2 utama negara melakukan lawatan ke luar negara...

Ianya di harapkan bukan saja dapat mewujudkan hubungan diplomatik yang baik dengan negara luar, malah di harapkan dapat memberi pulangan yang besar kepada negara dengan kemasukan pelabur asing setelah di buat penerangan dan promosi oleh pemimpin2 negara...

'Kebijaksanaan' Tun Mahathir dan menteri2nya dalam lawatan ke luar negara telah memberikan hasil sebaliknya...

Setelah puluhan juta ringgit duit rakyat di belanjakan untuk menampung lawatan pemimpin kerajaan Pakatan Harapan, hubungan yang baik antara Malaysia dengan negara luar menjadi tegang kerana sikap keras kepala dan besar kepala menteri2 Pakatan Harapan terutamanya Tun Mahathir...

Contohnya adalah hubungan dua hala antara Malaysia dan China...

Sikap mulut laser tak der insuran dan keras kepala serta besar kepala Tun Mahathir telah membuatkan negara China marah kepada Malaysia...

Apabila sebuah negara kuasa besar ekonomi marah, yang menanggung akibat secara langsung ialah rakyat marhaen...

Bila China menghentikan pembelian komoditi dari Malaysia, yang menderita adalah pekebun2 kecil dan peneroka Felda...

Harga getah dan sawit Malaysia jatuh merudum, sedangkan pekebun kecil dan peneroka Felda bergantung hidup atas hasil jualan getah dan sawit!!!

Pelaburan asing yang di harapkan dapat di bawa balik, bertukar menjadi mimpi ngeri kepada semua rakyat Malaysia bila bukan pelaburan yang di bawa balik tapi hutang (Bon Samurai) yang di rayu oleh Tun Mahathir kepada kuasa besar Jepun!!!

Siapakah yang akan melunaskan hutang2 tersebut nanti, sudah tentulah rakyat marhein melalui cukai2 yang akan di kenakan...

Jadi tak hairanlah, bila berbagai2 cukai telah di perkenalkan oleh kerajaan Pakatan Harapan!!!

Pencapaian 6 : KEAMANAN DAN KETENTERAMAN TERGUGAT


Islam ialah ugama rasmi Malaysia dan ini telah di persetujui dan di hormati lebih 6 dekad di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional...

Selama 6 dekad, rakyat Malaysia hidup secara harmoni dengan perasaan saling menghormati kepercayaan ugama masing2...

Keadaan ini tidak terhasil dengan sendiri tetapi melalui sikap toleransi dan dasar2 tegas kerajaan Barisan Nasional ke atas isu2 yang menyentuh sensitiviti ugama dan peradaban bangsa...

Dasar kerajaan Barisan Nasional ialah kebebasan bersuara BUKAN lesen untuk menghina ugama dan bangsa orang lain...

Namun sikap cauvanis DAP dan sikap lembu di cucuk hidung pemimpin2 Melayu Islam yang membiarkan malah ada yang mempertahankan perbuatan penghinaan ugama dan bangsa antara rakyat Malaysia telah beberapa kali menimbulkan ketegangan kaum di Malaysia...

Isu penghinaan kepada baginda Rasulullah SAW, isu penghinaan bangsa oleh pemimpin DAP terhadap bangsa Melayu dengan mengatakan penyatuan bangsa Melayu akan melahirkan negara yang di perintah oleh Taliban, lambat di tangani oleh kerajaan Pakatan Harapan...

Keadaan ini sangat merbahaya kepada keamanan negara...

Kenapakah seorang Perdana Menteri yang mengaku dirinya Melayu Islam, Menteri Agama yang bukan saja mengaku dirinya Melayu Islam malah berbangga berketurunan ulamak tetapi membisu bila perkara2 tersebut berlaku!!!

Malah ekoran dari kejadian pembunuhan umat Islam di Masjid Christchurch, arahan di berikan kepada PDRM untuk menjaga keselamatan gereja dan kuil!!!

Negara2 luar keluarkan arahan supaya masjid2 di negara mereka di kawal keselamatannya oleh pihak berkuasa tapi di Malaysia sebaliknya pula yang berlaku!!!

Apa relevannya arahan seperti ini di keluarkan kepada PDRM?

Yang terbunuh di New Zealand ialah orang Islam dan yang membunuhnya adalah pengganas bukan Islam tapi mengapa di Malaysia kerajaan Pakatan Harapan mengarahkan PDRM untuk mengawal keselamatan gereja dan kuil...

Apakah kerajaan Pakatan Harapan ingin memberikan gambaran kepada dunia luar bahawa masyarakat Melayu Islam di Malaysia adalah pengganas!!!

Berapa banyak gereja dan kuil di Malaysia yang telah di serang selepas kejadian pembunuhan umat Islam di New Zealand?

Tidak ada walau satu pun gereja atau kuil di Malaysia di serang oleh orang Melayu Islam selepas kejadian serangan di New Zealand!!!


Jelas kerajaan Pakatan Harapan ialah kerajaan yang gagal...


Menteri2 Pakatan Harapan hanya berminat mempolitikkan apa saja isu dari memikirkan tentang kesengsaraan rakyat...


Di saat rakyat Johor bertarung dengan maut, Menteri Besar Johor dengan senang hati pergi ke Batam...


Di saat rakyat Pulau Pinang di halau dari rumah, menteri2 berseronok berjoget...


Di saat rakyat Malaysia terutamanya keluarga Allahyarham Mohd. Adib bersedih dan mengharapkan keadilan dan pembelaan di atas kematiannya, Menteri Undang2 dan Peguam Negara seronok ber'twist' macam Yahudi mabuk!!!

Mereka yang berada di tampuk kuasa sekarang ini, tidak ada masa memikirkan masaalah rakyat...

Mereka yang mendapat mandat dari rakyat, sekarang ini sedang sibuk berseronok dengan keluarga dan kroni2 mereka...

Kalau rakyat nak hidup, pandai2lah...

Takkan segala2nya nak bergantung pada kerajaan!!!

Sabarlah rakyat Malaysia, akan tiba masanya nanti, kita tunjukkan pada mereka, apa yang kita boleh lakukan...

Tumbangkan kerajaan sepenggal Pakatan Harapan di semua PRK, terutamanya di PRU 15 nanti...

Rakyat Malaysia di pihak yang teraniaya...

Rakyat Malaysia di pihak yang tertipu...

Allah SWT pasti akan bersama2 rakyat Malaysia kerana itu adalah janji Allah SWT...

DAN JANJI ALLAH SWT ADALAH MAHA BENAR TIDAK SEPERTI JANJI PAKATAN HARAPAN PENIPU BESAR!!!




0 comments:

fda

Archives