Tuesday, March 26, 2019

Rakyat Dan Bumi Libya Sedang Menerima Kifarah Dari Allah SWT Atas Kezaliman Yang Di Lakukan, Mengapakah Kita Tidak Mahu Mengambil Iktibar?


Sebelum perang saudara tahun 2011, Libya adalah negara kaya raya, negara terbesar yang ke-4 di Afrika ini adalah satu²nya negara termaju di benua Afrika...

Libya menjamin pendidikan percuma, biasiswa ke luar negara, kesihatan percuma, elektrik dan air percuma, bantuan wang pernikahan, faedah bank tanpa bunga, bantuan dari hasil keuntungan minyak diagih sama rata untuk rakyatnya (BACA DI SINI)...

Ghadafi banyak menaikkan taraf pendidikan wanita...

Melepasi tradisi kuno yang tidak membenarkan wanita belajar dan bekerja...

Ghadafi berjaya menjadikan kaum hawa celik ilmu...

87% dari kaum hawa ketika itu sudah pandai membaca...

Ghadafi juga menyerapkan wanita dalam ketenteraan...

Begitulah beliau membantu rakyatnya...

Bila Rakyat Libya Mula Di Pengaruhi Fitnah


Namun tengoklah apa jadi sekarang?

Apa sudah jadi dengan Libya setelah Ghadafi di gulingkan...

Rakyat marah dengan Ghadafi kerana pemerintahannya yang di katakan diktator yang zalim lagi kejam...

Di katakan Ghadafi menyekat kebebasan suara rakyat...

Rakyat di larang mengkritik kerajaan...

Rakyat yang berdemonstrasi akan di pukul dan di tangkap oleh kerajaan pimpinan Ghadafi...

Ada sahaja rakyat Libya terutama golongan muda tidak puas hati dengan Ghadafi...

Anak muda Libya mula inginkan kebebasan mutlak sebagaimana negara² lain, terutamanya cara Barat, padahal Barat pun tidak sebebas mana...

Kemuncaknya apabila Saddam Hussein jatuh...

Mereka melaungkan slogan "Saddam Hussein sudah, Ghadafi bila pula"...

Slogan yang sama seperti di Malaysia - "Jom Ubah"...


Jika DS Najib di Malaysia di lukis karikatur sebagai Kleptokrasi, Ghadafi di Libya pula di lukis sebagai "The Killer"...

Sewaktu kerajaan Ghadafi di jatuhkan oleh rakyat, Ghadafi di jumpai sedang menyorok di dalam lubang paip dan di tarik keluar oleh rakyatnya...

Sebaik beliau di tarik keluar, kaki beliau di tembak...

Belakang badan beliau di tembak...

Hingga beliau tidak mampu bergerak...


Ghadafi merayu kepada rakyatnya ketika itu :

"Jangan bunuh saya"...

"Kasihani saya"...

"Saya tidak bersalah"...

Rakyat yang sedang di rasuk nafsu syaitan ketika itu langsung tidak mengendahkan rayuan beliau...

Anak² muda memukul beliau seperti beliau tidak mempunyai jasa sedikit pun...

Hinanya sehingga mayat Ghadafi di usung dan di heret merata ceruk bandar...

Anak² muda sempat berselfie dengan mayat Ghadafi...

Ianya bagai suatu keseronokkan bagi mereka...

Satu kemenangan besar bagi mereka iaitu mereka telah BEBAS!!!

Namun, setelah 7 tahun revolusi Libya...

Keadaan politik Libya tidak lagi stabil...

Masing² berebut jawatan...

Tiada lagi pendidikan percuma...

Tiada lagi elektrik percuma...

Tiada lagi air percuma...

Rakyat hilang pekerjaan...

Rakyat terpaksa migrate ke luar negara untuk mencari pekerjaan...

Kos sara hidup mereka meningkat melampau...

Tidak tahu ke mana perginya hasil kekayaan negara mereka...

Kini ISIS dan Al-Qaeda mula memasuki Libya dan menjadi sarang mereka...

Banyak negara mula menyekat kerjasama ekonomi dan politik...

Libya kini tidak seperti dulu...

Sekurang²nya, hasrat rakyat untuk bebas dari cengkaman kuku besi dan memperjuangkan kebebasan suara BERJAYA...

Namun, sejauh mana suara mereka pergi?

Mereka terlepas dari cengkaman kuku besi Ghadafi, tapi mereka berhadapan sebuah ketidaktentuan politik yang lebih buruk...

Ramai rakyat Libya sudah mulai menyesal (BACA DI SINI)...

Saat tulisan ini, mereka memperjuangkan agar anak Ghadafi diberikan keampunan...

Alhamdullilah telah dapat...

Sekarang mereka menawarkan anak Ghadafi sebagai Presiden Libya yang baru...

Dengan harapan dapat membawa kembali legasi bapa beliau...

Namun, itu sudah terlambat...

Nasi sudah menjadi bubur...

Rakyat Malaysia Harus Bertanya Kepada Diri Sendiri, Apakah Dosa DS Najib Pada Rakyat Dan Negara Ini Sehingga Beliau Di Perlakukan Dengan Begitu Kejam


DS Najib sudah beri yang terbaik untuk rakyat yang tidak mampu di beri oleh Perdana Menteri terdahulu mahupun kini (BACA DI SINI)...

DS Najib tidaklah sekejam Ghadafi...

Namun rakyat Malaysia dari golongan Liberalis ini sangat kejam malah jauh lebih kejam dari rakyat Libya sendiri...

Hanya dengan persepsi dan fitnah, mereka jatuhkan kerajaan yang sedia ada dengan HARAPAN mereka mendapat kerajaan baru yang lebih baik...

Sama sahaja sangkaan mereka ini dengan sangkaan rakyat Libya dahulu ketika beriya2 mahu menjatuhkan kerajaan diktator Ghadafi...

Malangnya, kerajaan baru yang di harapkan ini jauh lebih teruk daripada kerajaan DS Najib...

Mungkin sebab itu, Allah tarik pentadbiran kepimpinan DS Najib...


Allah gantikan dengan pentadbiran yang lebih kejam sesuai dengan kekejaman rakyatnya...

Namun kita bernasib baik kerana DS Najib masih lagi ada bersama2 kita...

Janganlah kita teruskan kesilapan dan kezaliman ke atas pemimpin yang telah banyak berjasa pada rakyatnya...

Sama2lah kita berdoa muga balasan yang Allah SWT turunkan kepada rakyat dan negara Libya tidak berlaku di bumi ini...

Kerana sekiranya berlaku, takut kita tak tertanggung akibat kemusnahan yang kita sendiri buat...






Petikan dari tulisan asal :

FB Nabeel Naqie II

0 comments:

fda

Archives