Saturday, March 16, 2019

Pencemaran Toksik Sg. Kim Kim, Hampir 3,000 Nyawa Terancam, MB Johor Bercuti!!!


Rakyat Malaysia melahirkan rasa dukacita dan merakamkan ucapan takziah atas ujian yang menimpa warga Pasir Gudang, Johor akibat pencemaran toksik di Sungai Kim Kim ,Pasir Gudang 7 Mac lalu...

Kesan pencemaran toksik dari Sungai Kim Kim, Pasir Gudang ini telah telah meninggalkan implikasi buruk hingga melibatkan 2,775 orang mangsa yang terdiri dari pelajar sekolah serta warga pendidik...

Seramai 12 orang mangsa yang kritikal terpaksa di masukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICUHospital Sultan Ismail...

Sikap Kerajaan PH Negeri Johor Dan Kerajaan PH Pusat Menimbulkan Tandatanya



Apa yang sangat kita kesalkan ialah sikap Menteri Besar Johor, Osman Sapian, dalam menangani isu yang sangat berisiko kepada nyawa penduduk setempat :

》Pencemaran di kesan pada 7hb Mac tapi Jabatan Alam Sekitar negeri Johor hanya membuat kenyataan pada 12hb Mac nak buat tender untuk pembersihan?



Ketua Pengarah Bomba, Datuk Mohammad Hamdan Wahid mendedahkan, keadaan pencemaran toksik boleh di kawal sekiranya kerajaan negeri bertindak cepat mengawal keadaan...

Kelewatan kerajaan negeri mengambil tindakan segera atas alasan kos pembersihan yang tinggi memburukkan keadaan (BACA DI SINI)...



》Kegagalan kerajaan negeri Johor mengawal keadaan telah mengakibatkan seramai 2,775 orang di berikan rawatan segera, 209 orang di masukkan ke dalam wad dan 12 orang berada dalam keadaan kritikal dan di masukkan ke ICU atau Unit Rawatan Rapi (BACA DI SINI)...


Tapi Osman Sapian kata, pencemaran toksik di Sg. Kim Kim, bukan isu besar!!!


Mungkin kalau Osman Sapian sendiri yang menggelitik macam ayam kena sembelih, baru dia anggap perkara nie serius!!!



》Darurat masih enggan isytiharkan!!!

111 buah sekolah di tutup, 2,775 terpaksa mendapatkan rawatan lanjut di hospital, 12 orang di tahan di Unit Rawatan Rapi atau ICU tapi Osman Sapian masih enggan isytiharkan darurat di kawasan yang terbabit!!!



Nak tunggu sampai ada nyawa yang melayang, baru kau nak berlakun menangis dan isytihar darurat ker Man!!!



》Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) syorkan supaya kawasan dalam lingkungan pencemaran toksik di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor di kosongkan supaya komuniti di kawasan tu selamat daripada pencemaran (BACA DI SINI)...



Tapi Osman Sapian kata tak payah, duduk rumah, tutup pintu dah ok!!! (BACA DI SINI)...

Walaupun Pejabat Menteri Besar keluarkan kenyataan menafikan, admin tak kesah, sama ada betul atau tak Osman Sapian buat kenyataan bodoh macam tu, tapi persoalannya, apa alasan Osman Sapian masih tak pindahkan penduduk setempat, sedangkan KP Bomba dan Penyelamat dah gesa supaya penduduk di pindahkan?

Kalau dah Osman Sapian sendiri waktu melawat ke tempat kejadian siap bertopeng bagai, macam mana dengan keselamatan penduduk yang masih ada kat situ?



》Data penduduk terjejas yang kerajaan negeri Johor keluarkan menimbulkan tandatanya...

Dalam satu ciapan YTM TMJ, baginda merasakan ada sesuatu yang tak kena dengan data yang di keluarkan...

Apa yang baginda nyatakan ada asasnya, kerana hanya pelajar sekolah saja yang di lapurkan terkesan dari kejadian pencemaran toksik sedangkan tiada penduduk setempat yang di lapurkan terkesan sedangkan ada penempatan penduduk di sekitar kawasan kejadian...




Apa yang di suarakan oleh YTM TMJ, di sahkan oleh seorang penduduk tempatan melalui ciapan Twitter beliau!!!

Rakyat Bertarung Nyawa, MB Pergi Mana?



Kalaulah betul apa yang di katakan netizen, betul2lah Osman Sapian nie bukan pemimpin yang berjiwa rakyat tapi pemimpin yang berjiwa lahanat (BACA DI SINI)...




Admin tak faham, macam mana Menteri Besar boleh berseronok dan tinggalkan rakyatnya terkapai2 bertarung nyawa!!!


Kalau mengikut apa yang di katakan oleh Menteri Alam Sekitar, MB Johor adalah pengerusi bersama dengan beliau dalam Jawatankuasa Bertindak Pengurusan Bencana peringkat negeri Johor...

Tapi ketika nyawa rakyat Johor di Pasir Gudang terancam, di ulang lagi sekali 2,775 orang terpaksa di bawa ke hospital untuk rawatan lanjut, 209 di tahan wad, 12 kritikal dan di tahan di Unit Rawatan Rapi, tapi mana MB!!!

Dia sulah pergi Batamlah Ah Soh...


Dahlah MB lambat bertindak, lepas 6 hari pencemaran toksik di kesan, baru kerja2 pembersihan di buat, buat sidang media pun macam sidang media umumkan pemenang Maharaja Lawak, bukanlah admin kata mesti menangis, tapi sesuai ker bergurau, gelak ketawa dalam keadaan nyawa rakyat terancam, tu nyawa rakyat Johorlah s**l!!!

Bukan nyawa ayam itik kat Johorlahhh!!!

Kemampuan Kerajaan PH Menangani Krisis Di Persoalkan



Kelewatan bertindak, mengambil sikap sambil lewa ketika nyawa rakyat berada dalam risiko membuatkan orang ramai mempersoalkan kemampuan kerajaan Pakatan Harapan menguruskan bencana alam...

Apa dah jadi dengan pengurusan bencana kerajaan Pakatan Harapan?

Apakah masih wujud dan berfungsi atau masih wujud tapi tidak berfungsi...




Rakyat tak faham, kenapa kerajaan PH terlalu susah untuk mengisytiharkan darurat di kawasan Pasir Gudang...

Apakah kerajaan PH tak mahu mengisytiharkan darurat kerana tak mahu dunia luar melihat ini sebagai satu kegagalan kerajaan PH menangani krisis bencana di Malaysia?


MP Pasir Gudang dari PH sendiri dengan tegas meminta agar usul tergempar untuk isytiharkan darurat di lakukan pada hari Khamis dan bukannya hari Isnin...

Tak bolehkah di ketepikan segala protokol dalam usaha menyelamatkan nyawa rakyat!!!

Apakah protokol lebih penting dari nyawa rakyat!!!

Seperti yang di nyatakan MP Pontian, Datuk Ahmad Mazlan, pada 2014, DS Najib segera mengisytiharkan darurat bila IPU udara di Ledang melebihi paras merbahaya yang di tetapkan...

Lebih menimbulkan kemarahan orang ramai ialah kenyataan2 bodoh menteri2 Pakatan Harapan dalam mengulas tragedi pencemaran toksik di Sungai Kim Kim...

Din Pudu (Kementerian Pertanian)



Adaker kebun sayur atau sawah padi kat Pasir Gudang tu?

Kan Pasir Gudang tu kawasan perindustrian!!!

Bila buat statement tu, biarlah bijak sikit, awak tu menteri!!!

Maszlee Kasut Hitam (Pendidikan)



Gas mana pulak yang bocor nie?

Admin tak tahulah apa yang Maszlee Kasut Hitam nie fikir masa buat kenyataan nie!!!

Dr. Dzulkefly (Kesihatan)



Menganggap kejadian ini tidak membahayakan sebab belum sampai tahap membunuh (BACA DI SINI)!!!

Mungkin nie salah satu sebab kenapa kerajaan PH masih tak nak isytiharkan darurat...

Makcik Jijah Kipas (TPM)



Keadaan kat tempat kejadian memang dah panik...

Ada melawat tempat kejadian ker tidak makcik nie...

Kalau nak datang melawat, jangan lupa bawak kipas yer!!!



Untuk pengetahuan makcik Jijah Kipas, darurat tak boleh di isytiharkan segera sebab belum ada permohonan Usul Darurat dari Kerajaan Negeri Johor, jadi macam mana parlimen nak luluskan!!!



Sebenarnya, usul tergempar mememinta pengisytiharan darurat bencana di Pasir Gudang di tolak kerajaan kerana tidak mengikut ketetapan arahan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN)...

Mengikut Arahan 20 Akta MKN, sesebuah kerajaan negeri perlu mengemukakan permohonan kepada Kerajaan Persekutuan jika berkehendaki sesuatu kawasan itu di isytiharkan darurat.


Dan MB Johor sekarang nie, katanya ada kat Batam sebab BERCUTI, jadi kena tunggulah Osman Sapian balik cuti...

Sebenarnya bukan akan cetuskan panik tapi kerajaan PH pusat sekarang nie yang panik sebab parlimen tak dapat isytiharkan darurat, sebab kena tunggu MB balik bercuti!!!

Hakikatnya, semua kenyataan yang di buat PH, hanya untuk menutup cerita, kerajaan tak boleh isytihar darurat sebab MB tengah syok kat Batam, Indonesia!!!

Bukan tujuan admin nak politikkan isu nie, tapi kerajaan Pakatan Harapan jelas gagal menangani isu pencemaran toksik Sungai Kim Kim dengan baik dan membiarkan nyawa kanak2 sekolah, warga pendidik dan penduduk setempat dalam bahaya...

Sekiranya isu yang sebegini dah gagal di tangani dengan cekap oleh kerajaan Pakatan Harapan, berapa banyak nyawa yang akan terkorban sekiranya berlaku bencana alam yang lebih besar dan dahsyat seperti banjir besar yang pernah melanda negara!!!

0 comments:

fda

Archives