Sunday, March 3, 2019

Guru Pula Akan Jadi Sasaran Bila Kerajaan PH Kecilkan Saiz Penjawat Awam


Baru2 nie perdana menteri dan kerajaan PH mengatakan akan mengurangkan jumlah penjawat awam di Malaysia...

Menurut Mahathir, masa beliau meletakkan jawatan sebagai perdana menteri ke 4 dulu jumlah penjawat awam hanya 1 juta..

Tapi kini ianya dah meningkat kepada 1.7 juta...

Oleh itu beliau berkata jumlah ini terlalu besar dan perlu di kecilkan...


Sebuah institut kajian dasar menyokong PH iaitu Penang Institute pula telah menyatakan bahawa Malaysia hanya memerlukan 430 ribu penjawat awam...

Mengikut Penang Institue lagi, nisbah jumlah penjawat awam kepada bilangan rakyat adalah besar di Malaysia berbanding negara2 maju yang lain...

Ada beberapa perkara yang janggal dalam saranan dan hujah Tun Mahathir dan Kerajaan PH ini :


》Masa Mahathir jadi perdana menteri ke 4 dulu, jumlah rakyat Malaysia adalah 25 juta tapi kini bilangan rakyat Malaysia adalah 32 juta...

Oleh itu, dalam tempoh 15 tahun kebelakangan ini sejak tahun 2003, nisbah peratusan penjawat awam berbanding rakyat Malaysia adalah tidak banyak berubah sebenarnya iaitu daripada 4% ke 5%...

》 Bagi negara2 maju, pengiraan nisbah penjawat awam kepada bilangan penduduk tidak mengambil kira bilangan penjawat2 awam dalam perkhidmatan wajib atau 'mandatory service' seperti polis, askar, bomba dan guru seperti di Malaysia...

Dan kalau penjawat awam dalam perkhidmatan wajib ini tidak di kira dalam pengiraan tersebut, maka nisbah penjawat awam kepada rakyat di Malaysia adalah jauh lebih rendah...

》 Saiz ekonomi Malaysia pada tahun 2003 hanyalah RM500 billion...

Kini saiz ekonomi Malaysia adalah RM1,300 billion atau RM1.3 trillion!!!

Ini adalah peningkatan sebanyak 160% dalam saiz ekonomi dalam tempoh 2003 ke 2018, berbanding peningkatan sebanyak 70% dalam jumlah penjawat awam dalam tempoh yang sama!!!

Oleh itu kadar peningkatan jumlah bilangan penjawat awam di antara tahun 2003 sehingga tahun 2018 adalah sebenarnya jauh lebih kecil jika di bandingkan dengan kadar peningkatan saiz ekonomi Malaysia...

Dan kadar peningkatan bilangan penjawat awam ini juga adalah sejajar dengan peningkatan produktiviti...


Mengikut data dan kajian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan World Bank, sejak tahun 2003, Malaysia mempunyai perkhidmatan awam antara yang paling cekap dan berkesan di dunia iaitu pada kadar 85 percentile jika di bandingkan dengan negara2 lain termasuk negara2 maju...

Maklumat kajian ini juga menunjukkan yang selepas tahun 2003, penjawat awam di Malaysia adalah cekap, telah pun menggunakan teknologi, berkesan dan mempunyai produktiviti yang tinggi dan bukan malas seperti yang di tohmah...

》Jumlah terbesar penjawat awam kini adalah dari kalangan guru iaitu seramai 430 ribu orang...

Pertambahan guru berlaku selepas tahun 2003 terutama semasa zaman Dato’ Seri Najib menjadi Perdana Menteri...

Ia bertujuan untuk meningkatkan kualiti pendidikan anak2 dengan mengurangkan nisbah jumlah murid kepada guru dalam setiap kelas...

Jika kini jumlah penjawat awam mahu di kurangkan oleh kerajaan PH kepada 430 ribu orang, seperti yang di cadangkan oleh mereka, maka boleh di bayangkan seolah2 yang hanya akan tinggal berkhidmat dalam perkhidmatan awam adalah guru sahaja untuk mengekalkan nisbah murid kepada guru seperti di atas...

Sebaliknya penjawat2 awam yang lain seperti polis, bomba dan askar serta perkhidmatan pentadbiran dan sokongan akan di buang...

Ini tidak masuk akal!!!

Apa yang berkemungkinan besar akan berlaku adalah sebaliknya, iaitu sebahagian besar penjawat awam yang akan di buang adalah guru dan perkhidmatan sokongan seperti kerani, pembantu pejabat dan pegawai2 rendah...

Ini akan menjejaskan tahap keberkesanan perkhidmatan awam termasuk kualiti pendidikan kepada anak2 di samping memburukkan lagi masalah pengangguran di Malaysia...

》Sebab utama kerajaan PH ingin mengecilkan saiz penjawat awam bukanlah kerana soal kecekapan atau produktiviti, alasan ini tidak boleh di pakai seperti yang telah di buktikan di atas...

Sebab utama adalah kerana kegagalan kerajaan PH menguruskan kewangan yang menyebabkan ekonomi merudum dan kelompongan bajet berpuluh billion akibat ketirisan SST...

Sebelum ini pernah di anggarkan bahawa ketirisan SST berjumlah lebih RM10 billion setahun yang memberikan kesan negatif kepada bajet kerajaan...

Lebih kurang separuh daripada bajet kerajaan setiap tahun di gunakan untuk membayar gaji, elaun dan pencen penjawat awam...


Sebelum ini, semasa zaman kerajaan BN, kita tak pernah mempunyai masalah untuk membayar gaji penjawat awam, malah setiap tahun menambah bilangan mereka serta meningkatkan gaji mereka lagi...

Namun kini, bawah kerajaan PH, untuk menutup kelompongan bajet akibat kegagalan mereka mentadbir ekonomi dan kewangan negara, mereka mahu buang penjawat awam pula...

Akibat dasar mereka ini, yang untung adalah pihak2 yang lari dari bayar cukai akibat ketirisan SST berbillion ringgit setiap tahun...

Yang rugi adalah penjawat2 awam dan seluruh rakyat Malaysia...


Bangsa apakah yang banyak menyertai sektor perkhidmatan awam di Malaysia?

Di manakah asasnya dakwaan presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, bahawa hanya Bersatu yang akan mempertahankan kepentingan bangsa Melayu bila ratusan ribu bangsa Melayu akan kehilangan pekerjaan nanti?

Hakikatnya, DAP telah menyuarakan hasrat mereka untuk mengecilkan bilangan penjawat awam, sebelum mereka berjaya menjadi kerajaan lagi...


Pasti kita masih ingat sikap pemimpin DAP yang anti penjawat awam sejak sebelum merrka memenangi PRU 14 lagi...

Berbagai2 kata cacian dan hinaan mereka lemparkan kepada penjawat awam!!!

Kini, kuasa di tangan mereka, Mahathir cuma menyuarakan arahan mereka...






Kredit :

FB ISHAM JALIL
Presiden SUKARELAWAN MALAYSIA

No comments:

Post a Comment

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.