Friday, November 1, 2019

Jangan Melatah Dengan Provokasi Pakatan Harapan, Datuk Wee Jeck Seng Adalah Pilihan Calon Terbaik Di PRK Tg. Piai


Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Ir. Hasni Mohamad, telah mengumumkan calon Barisan Nasional, Datuk Wee Jeck Seng, untuk PRK Tg. Piai...

Ramai juga yang tak bersetuju bila Pengerusi Barisan Nasional merangkap Presiden UMNO, DS Zahid Hamidi bersetuju dengan pemilihan calon dari MCA untuk PRK Tg. Piai...

Seharusnya kita jangan terlalu emosi dan kita mestilah bersikap rasional...


Portal ini mendedahkan, cadangan meletakkan calon UMNO untuk PRK Tg. Piai sebenarnya adalah satu provokasi yang dimainkan oleh Dr. Mahathir untuk memerangkap UMNO dan Barisan Nasional (BACA DI SINI)...

Kita mempunyai agenda yang jauh lebih besar dari PRK Tg. Piai, dengan itu, jangan mudah melatah dan masuk ke dalam perangkap Dr. Mahathir...

Kenapa Perlu Meletakkan Calon MCA Di PRK Tg. Piai


》PRK Tg. Piai adalah pilihanraya kecil pertama yang pertama kita hadapi lepas Piagam Muafakat Nasional antara Barisan Nasional dan PAS...

Usaha menjayakan Muafakat Nasional mendapat serangan hebat dari DAP dan macai-macai mereka dari PAN, PKR dan juga PPBM...

Pelbagai tohmahan dan fitnah yang tidak berasas dilemparkan ke atas Muafakat Nasional untuk menakut-nakutkan masyarakat Cina dan India...

Penyatuan Ummah di bawah Muafakat Nasional difitnah sebagai mewujudkan negara Taliban di Malaysia...

Penyatuan Ummah di bawah Muafakat Nasional difitnah sebagai mengisytiharkan perang antara Islam dan bukan Islam di Malaysia...

Kita berkerja keras menafi dan menangkis fitnah-fitnah yang dilemparkan...


Berbagai penjelasan kita berikan kepada masyarakat bukan Islam untuk meyakinkan mereka, Muafakat Nasional TIDAK akan meminggirkan atau meninggalkan mana-mana kaum di Malaysia...


'Action speaks louder than words', inilah masanya untuk kita buktikan kepada masyarakat bukan Islam, bahawa, walau pun Piagam Penyatuan Ummah di bawah Muafakat Nasional telah ditandatangani oleh 2 parti Melayu Islam terbesar di Malaysia, tapi kami mempunyai sifat dan semangat toleransi yang sangat tinggi kepada masyarakat bukan Islam...

Tidak timbul isu UMNO terpaksa tunduk pada tekanan dari MCA...

Ianya cuma provokasi yang cuba Pakatan Harapan cuba spin untuk melemahkan semangat jentera pilihanraya PRK Tg. Piai...

Malah Pengerusi Badan Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh (Ku Li) sendiri membuat kenyataan bahawa pemilihan MCA sebagai calon Barisan Nasional di PRK Tg. Piai adalah satu pilihan yang bukan saja strategik tetapi juga tindakan yang bijak (BACA DI SINI)...


Benar, majoriti pengundi di Tg. Piai adalah Melayu, namun demi menghormati tuntutan masyarakat Cina melalui MCA, UMNO dan PAS bukan saja setuju menyerahkan kerusi parlimen yang punyai potensi untuk menang dalam pilihanraya kecil, malah pemimpin dan jentera pilihanraya UMNO dan PAS akan berkerja keras untuk memastikan kemenangan calon BN/MCA tanpa prejudis...

》Benar, pengundi Melayu adalah pengundi majoriti di parlimen Tg. Piai, tapi sekiranya kita meletakkan calon UMNO, maka sudah tentu undi Melayu akan berpecah dua, kepada PPBM dan juga UMNO...

Maka undi pengundi bukan Melayu akan menjadi undi penentu di PRK Tg. Piai...


Pengundi bukan Melayu terutamanya Cina di Tg. Piai menunjukkan tanda-tanda yang jelas mereka menolak Pakatan Harapan, apa lagi bila Pakatan Harapan meletakkan calon Melayu dari PPBM...

Maka dengan undi dari pengundi Melayu yang sememangnya masih setia dengan UMNO, dicampur undi dari pengundi Melayu dari PAS, dicampur dengan undi dari pengundi Melayu yang dah meluat dengan Pakatan Harapan serta dicampur dengan undi dari pengundi bukan Melayu yang dah bosan dengan Pakatan Harapan terutamanya DAP, maka Barisan Nasional mempunyai peluang yang besar untuk menang bergaya di PRK Tg. Piai...

PRK Tg. Piai Bukanlah Matlamat Utama Muafakat Nasional Tapi Kita Ada Agenda Yang Lebih Besar


Dengan senario sedemikian, adalah satu tindakan yang sangat tidak bijak sekiranya penyokong pemimpin UMNO tempatan tertentu sabotaj Wee Jeck Seng yang dah berkhidmat dengan baik di situ...

Calon PH/PPBM, Karmaine adalah dari team Din Pagoh...

Dia condong kepada Anwar dan Anwar adalah boneka DAP...

Selepas segala bentuk penindasan terhadap bangsa Melayu oleh DAP sejak mereka mendapat kuasa, apakah kita masih perkukuhkan lagi cengkaman DAP di dalam kerajaan persekutuan?

Janganlah pula kita menuding jari pada Presiden UMNO, DS Zahid, dengan menuduh beliau telah tunduk pada tekanan dari MCA dan MIC...

Adakalanya dalam perjuangan, kita perlu melangkah setapak ke belakang untuk memperkukuhkan langkah ke hadapan yang akan kita atur nanti...

Ingatlah, kita bukan lagi menjadi kerajaan...

Tiada rotan atau gula-gula untuk selesaikan isu konflik kepentingan dengan mudah...

Sekali lagi admin merayu, janganlah kita menjadi seperti Pak Kadok, yang menang bersorak, tetapi akhirnya kampung halaman tergadai...



Tulisan Asal :

Fb Salahuddin Hisham

0 comments:

fda

Archives