Saturday, November 2, 2019

Ahli UMNO Mesti Contohi Sikap Dan Semangat Ketua Bahagian UMNO Tg. Piai Yang Ketepikan Kepentingan Diri Demi Kepentingan Parti


Admin tertarik dengan sikap berjiwa besar yang ditunjukkan oleh Ketua UMNO Bahagian Tg. Piai, Dato' Jefridin bin Atan...

Dato' Jefridin sudah diarahkan untuk bersiap sedia sebagai calon oleh pucuk pimpinan parti...

Malah beliau telah disahkan sebagai calon untuk mewakili Barisan Nasional di PRK Tanjung Piai...

Dia juga telah diarahkan ke Kuala Lumpur untuk menyelesaikan beberapa perkara peribadi...

Namun tidak sampai 5 jam, dia dipanggil semula oleh Pengurusan Tertinggi UMNO untuk keputusan sebaliknya...

Dato' Jefridin tenang dan menerima keputusan parti dengan berlapang dada setelah diterangkan beberapa perkara yang memungkinkan Barisan Nasional menghadapi masalah atau implikasi undang-undang jika UMNO tetap menerima keputusan yang secara tegas mahukan UMNO bertanding...


Walaupun pahit, beliau menerima keputusan parti dengan berlapang dada dan tetap memberikan sokongan yang tak berbelah bagi kepada calon MCA demi survival Barisan Nasional yang sedang ditekan hebat oleh kerajaan Pakatan Harapan hari ini (BACA DI SINI)...

Dato' Jefridin lebih utamakan semangat parti dan akur dengan keputusan parti...

Seorang pemimpin yang wajib diangkat di PRU akan datang sebagaimana janji MCA bahawa mereka hanya mahu penggal ini sahaja di Tanjung Piai dan menyerahkan kepada UMNO di PRU 15 nanti...

Tahniah Dato' Jefridin dan seluruh jawatankuasa UMNO Tg. Piai yg membuktikan UMNO bukan parti rasis...


Gabungan Umno dan PAS dalam Penyatuan Ummah juga bukan Taliban dan tidak akan mengambil hak orang lain secara paksa dan tidak sah serta kekal menghormati semangat setiakawan dalam Barisan Nasional...

Untuk merealisasikan kejayaan Penyatuan Ummah, diharapkan janganlah lagi pemilihan Datuk Wee Jeck Seng sebagai calon BN bagi PKR Tg. Piai dijadikan isu lagi...

Ada kalanya kita perlu melangkah setapak ke belakang sebelum kita boleh mengatur langkah yabg lebih mantap dan tegap ke hadapan...

Demi merealisasikan kejayaan Penyatuan Ummah, demi Agama, Bangsa dan Tanah Air tercinta, ketepikan bisikan-bisikan kecil yang mahu menerbitkan rasa tidak puas hati di jiwa kita...

Marilah kita bersama-sama berjiwa besar dengan menjadikan semangat dan pengorbanan yang dilakukan oleh Dato' Jefridin sebagai contoh tauladan untuk kita contohi...


Mungkin kita di akar umbi hanya membuat keputusan berdasarkan sentimen emosi, tapi pucuk pimpinan kita membuat keputusan setelah mengkaji di setiap sudut dan sisi...

Bersama-sama kita pastikan kemenangan bergaya Barisan Nasional di PRK Tg. Piai...

In Sya Allah, sekiranya Barisan Nasional berjaya merampas kembali kerusi parlimen Tg. Piai, ianya merupakan kemenangan berganda untuk kita semua...

Pertama, kita berjaya merampas kembali kerusi parlimen yabg dulunya milik kita dan membuktikan kekalahan Barisan Nasional semasa PRU 14 bukanlah kerana kelemahan Barisan Nasional tetapi kerana rakyat terpedaya dengan fitnah dan penipuan Pakatan Harapan dan kini bila rakyat mula sedar, maka rakyat kembali ke pangkuan Barisan Nasional...

Kedua, dengan sendirinya kita dapat menangkis fitnah dan tohmahan DAP dan macai-macai mereka bahawa Penyatuan Ummah antara UMNO dan PAS akan membentuk kerajaan yang akan meminggirkan dan menindas kaum lain...

Dalam keadaan kita mempunyai peluang yang besar untuk memenangi PRK Tg. Piai, tapi atas semangat Muafakat Nasional, kita memberi peluang kepada MCA meletakkan calon mereka, bukti apa yang DAP mahu kita buktikan lagi bahawa bila Islam memimpin, tiada siapa yang akan dizalimi...

Ianya juga dapat memberikan keyakinan kepada pengundi bukan Islam dan bukan Melayu bahawa apa yang dikatakan oleh DAP mengenai Penyatuan Ummah hanyalah fitnah jahat semata-mata...

Ketiga, kita akan buktikan kepada rakan-rakan kita di Sabah dan Sarawak, dalam keadaan gabungan parti dalam Muafakat Nasional ditekan, difitnah dan dizalimi, tapi rakyat tetap menolak Pakatan Harapan dan masih mempunyai kepercayaan dan menaruh harapan kepada gabungan parti dalam Muafakat Nasional dan ini akan membuatkan mereka mesra kepada kita dan In Sya Allah akan memudahkan mereka membuat keputusan untuk bersama-sama dalam gabungan parti dalam Muafakat Nasional...

Satu kemenangan PRK, memberikan kita 3 kejayaan sekali gus, bukankah manis begitu...






Tulisan asal :

Fb Rafi Awang Kechik

0 comments:

fda

Archives