Majoriti kemenangan melebihi 15 ribu undi...
Jumlah yang keluar undi 74%...
Penyandang sebelumnya dari PH/PPBM, Allahyarham Dr. Md. Farid adalah mantan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri...
Manakala pencabar dari BN/MCA, adalah seorang mantan Ahli Parlimen biasa yang tewas di tangan Allahyarham Dr. Md. Farid dengan majoriti bawah dari 1 ribu undi...
Apa Mesej Rakyat Kepada Pakatan Harapan?
Selepas PRU 14, pada tahun yang sama, 2018, sebanyak 4 PRK diadakan di Semenanjung Malaysia...
Bermula dengan PRK DUN Sg. Kandis, DUN Balakong, DUN Seri Setia dan Parlimen Port Dickson...
Keempat-empat PRK tersebut dimenangi oleh Pakatan Harapan...
Tak menghairankan, kerana ketika itu, rakyat masih lagi kuat dengan sentimen menolak Barisan Nasional...
Sisa-sisa kemarahan rakyat terhadap Barisan Nasional dan DS Najib kerana masih lagi mempercayai fitnah yang ditaburkan oleh Pakatan Harapan masih ada...
Pada tahun 2019 pula, hingga ke hari ini, terdapat pula 5 PRK...
Bermula dengan Parlimen Cameron Highland, DUN Semenyih, DUN Rantau, Parlimen Sandakan dan terkini Parlimen Tg. Piai...
Tanpa mengambil kira keputusan Parlimen Sandakan (kerana budaya politik di Sabah dan Sarawak agak berbeza dari Semenanjung Malaysia), pada keempat-empat PRK itu menyaksikan calon Pakatan Harapan tumbang pada calon Barisan Nasional...
Kenapa?
Kerana usaha kerjasama antara UMNO dan PAS mula digerakkan...
Walau pun kerjasama antara UMNO dan PAS sebenarnya mula digerakkan seawal PRK Sg. Kandis, namun ianya lebih merupakan kerjasama diperingkat kepimpinan tertinggi dan bukannya di peringkat akar umbi kedua-dua parti...
Hanya di PRK Cameron Highland, barulah ianya mula diterima sebahagian dari penyokong UMNO dan PAS walau pun tidak sepenuhnya...
Lebih menarik bila calon BN/UMNO berjaya menewaskan calon PH/PPBM di PRK Semenyih...
Semenyih berada dalam negeri Selangor dan Selangor adalah kubu kuat Pakatan Harapan sejak dari zaman Barisan Alternatif lagi...
Tumbangnya PH/PPBM di Semenyih, telah membukan ruang kerjasama yang lebih luas antara UMNO dan PAS, walau pun dalam keadaan MCA dan MIC masih ragu-ragu dengan usaha Penyatuan Ummah ketika itu...
Kemenangan BN/UMNO di PRK Semenyih, bukanlah sesuatu yang di luar dugaan kerana ianya memang telah dijangkakan...
PRK Parlimen Tg. Piai, benar-benar menjadi indikator kepada keberkesanan Muafakat Nasional tajaan UMNO dan PAS dan ianya juga menjadi satu signal yang akan menentukan sama ada masyatakat bukan Melayu Islam akan menerima atau menolak gagasan parti politik dalam Muafakat Nasional...
Kebijaksanaan kepimpinan UMNO meletakkan Datuk Seri Dr. Wee Jeck Seng, calon MCA sebagai calon dalam PRK Parlimen Tg. Piai telah terbukti sebagai satu keputusan yang tepat...
Kesungguhan jentera pilihanraya dari PAS dan UMNO yang bertungkus lumus berkerja siang dan malam untuk memastikan kemenangan calon MCA, dengan sendirinya menangkis dan menyangkal fitnah DAP yang mengatakan masyarakat bukan Melayu dan Islam akan terancam dan terpinggir dengan kerjasama antara UMNO dan PAS...
Muafakat Nasional bukan saja dapat menumbangkan ego Pakatan Harapan di Tg. Piai, malah kelebihan majoriti melebihi 15 ribu undi benar-benar menjadi aib dan beban kepada kerajaa Pakatan Harapan sekurang-kurangnya hingga PRU 15...
Parti dan NGO yang berada dalam gabungan Muafakat Nasional berada di atas landasan yang betul...
Sekiranya momentum ini dapat dikekalkan sehingga PRU 15, Muafakat Nasional bukan saja akan melangkah bergaya memasuki Putrajaya, malah In Sya Allah, akan menang bergaya dengan majoriti 2/3 kerusi parlimen di seluruh negara dan hampir pasti dapat menubuhkan kerajaan negeri sekurang-kurangnya 9 buah negeri di Semenanjung Malaysia...
Jelas, strategi menggula-gulakan rakyat dengan menjanjikan bulan dan bintang, yang pernah digunakan oleh Pakatan Harapan semasa kempen PRU 14, telah membuatkan rakyat loya dan muntahnya dilambakkan pada Pakatan Harapan pada PRK Tg. Piai...
Rakyat tidak mahu lebih, rakyat cuma mahukan kehidupan yang selesa seperti yang pernah rakyat jalani di zaman pemerintahan kerajaan Barisan Nasional...
Janji bulan bintang Pakatan Harapan tidak akan dapat mengenyangkan perut anak-anak yang menangis kelaparan!!!
Janji bulan bintang Pakatan Harapan tidak akan dapat membayar hutang PTPTN anak-anak muda!!!
Janji bulan bintang Pakatan Harapan tidak akan dapat membantu penjawat-penjawat awam dan pekerja swasta yang diberhentikan kerja menyara keluarga mereka!!!
Strategi membakar sentimen perkauman dan politik kebencian yang dimainkan oleh DAP selama ini telah menyebabkan mereka sendiri terbakar dengan api kemarahan rakyat yang sudah muak dengan isu perkauman...
Rakyat berbilang bangsa mahukan kehidupan yang selesa dalam keadaan harmoni dalam negara berbilang kaum dan ugama dan bukannya hidup dengan perasaan berprasangkan dan penuh kebencian antara satu sama lain...
Bagi pihak Muafakat Nasional pula, janganlah merasa terlalu selesa dengan perubahan sokongan rakyat...
Gandakan usaha supaya momentum yang sama dapat dikekalkan...
Mesej rakyat kepada pemimpin Muafakat Nasional ialah kepada mereka rakyat sandarkan harapan supaya apabila mandat baru diberi dalam PRU 15 nanti, usahakanlah yang terbaik untuk ugama, bangsa dan tanah air...
Rakyat faham sekiranya ekonomi negara dan kehidupan rakyat tidak dapat dipulihkan sepenuhnya dalam jangkamasa yang pendek kerana terlalu banyak kemusnahan yang telah ditinggalkan oleh Pakatan Harapan, tapi jangan diulangi 'blaming game' Pakatan Harapan...
Pada wakil rakyat Barisan Nasional yang telah diberikan mandat oleh rakyat dalam PRK, berusahalah dengan lebih gigih untuk membantu rakyat, pasti rakyat akan menterjemahkan usaha kalian di peti undi ketika PRU 15 nanti...
Yang paling penting, jangan kita lupakan faktor yang paling utama, iaitu, pertolongan dari Allah SWT...
Cuba kita renungkan, kuasa siapakah yang membuatkan Syed Saddiq tersilap meng'arwah'kan Hj. Karmaine, bukan sekali tapi dua kali ketika kempen PRK Tg. Piai hingga menyebabkan kemarahan penyokong Hj. Karmaine sendiri...
Kuasa siapakah yang membuatkan Menteri Besar Perak terelepas cakap hingga mendedahkan pekong DAP di Perak?
Dan kuasa siapakah yang menggerakkan hati pengundi untuk menolak Pakatan Harapan di PRK Tg. Piai?
Semuanya adalah kuasa dan pertolongan Allah SWT...
Kita berusaha dan selepas itu kita berdoa agar Allah SWT menurunkan pertolongan dari langit...
Pemimpin UMNO bimbinglah pemimpin PAS untuk mentadbir negara dengan baik dan bagaimana menjalinkan hubungan diplomatik yang baik dengan negara luar supaya keyakinan pelabur kembali ke Malaysia...
Pemimpin PAS tegur dan bimbinglah pemimpin UMNO dalam sudut kepimpinan Islam...
Bila rahmat Allah SWT turun mencurah-curah dari langit, pasti negara akan makmur dan rakyat akan bersyukur...
Pemimpin MCA dan MIC, kekalkan semangat setiakawan dalam Barisan Nasional supaya semua kaum, penganut semua ugama mendapat hak masing-masing seperti yang tercatit dalam Perlembagaan Persekutuan...
Untuk pemimpin Pakatan Harapan, sudah tiba masanya untuk memikirkan apa yang perlu dilakukan selepas PRU 15 dan hadapilah dengan senyuman...
Tahniah dan terima kasih pada pengundi Tg. Piai, tahniah pada jentera pilihanraya UMNO, PAS dan NGO-NGO yang bertungkus lumus di PRK Tg. Piai...
Mari raikan kemenangan kita di Tg. Piai sebelum kita berkerja keras semula...
Benda boleh gelak, buat apa tahan...
0 comments:
Post a Comment