Harga komoditi Malaysia macam getah dan sawit jatuh bukan sebab harga komoditi dunia jatuh...
Punca utama harga komoditi Malaysia jatuh sebab dasar luar Malaysia yang suka cari gaduh dan perangai menyibuk serta mulut longkang Perdana Menteri Malaysia ke 7, Dr. Mahathir...
Kalau kuta masih ingat, mula-mula jadi Perdana Menteri ke 7 tahun lepas, Dr. Mahathir membangkitkan kemarahan negara China dalam lawatan rasmi beliau ke nagara China (BACA DI SINI)...
Mana negara China tak marah, dah lah projek-prijek mega kerjasama Malaysia-China macam ECRL, HSR dibatalkan, Mahathir tuduh pula kerajaan China sebagai mengamalkan penjajahan dalam bentuk perdagangan...
Bila China marah dan kurangkan impot sawit Malaysia, tu yang keluar teori suruh rakyat Malaysia minum satu sudu minyak sawit tiap-tiap hari, konon nak bantu stabilkan harga sawit Malaysia...🤦♂️🤦♂️🤦♂️
Sebab tu bila Menteri Industri Utama, Teresa Kok datang ke Tg. Piai, kena maki hamun dengan penduduk Tg. Piai...
Bila dapat tahu Teresa Kok kena maki, calon PRK Tg. Piai, Wak Karmane keluarkan idea yang lagi canggih dari Teresa Kok!!!
Kata Wak Karmaine, petani-petani kat Tg. Piai sepatutnya bersyukur sebab harga sawit hari nie bukanlah harga yang terendah dalam sejarah...
Harga sawit pernah jatuh sampai RM87 satu tan sedangkan harga sawit sekarang melebihi paras RM200 satu tan...
Jadi petani-petani patutnya kena bersyukur, yelah, harga sawit hari nie 3 kali ganda lebih tinggi dari harga sawit satu masa dulu...
Waduh Wak, mau hantam siapa sebenarnya Wak...
Barisan Nasional memerintah lebih dari 60 tahun dan kalau Wak Karmaine ada masaalah ingatan, admin cuba nak bantu untuk sambungkan balik sel-sel otak Wak Karmaine yang banyak dah terputus mungkin akibat dari faktor usia...
1/3 dari tempoh 60 tahun tu, yang jadi Perdana Menteri waktu Barisan Nasional memerintah ialah Dr. Mahathir, Wak Karmaine punya bos sekarang nie...
Dan waktu harga sawit berada di paras bawah RM100, memang bawah pemerintahan Barisan Nasional tapi Perdana Menteri waktu tu ialah Perdana Menteri yang sama sekarang nie, iaitu Dr. Mahathir (BACA DI SINI)...
Berani Wak Karmaine kondem Atoq, tak takut nanti disejuk bekukan ker Wak...😉😉😉
Lagi 'win' bila Wak Karmiane cakap, penduduk Tg. Piai nie nak belanja apalah sangat...
Cuma yang perlu disediakan duit ialah untuk beli minyak...
Yang lain tu boleh usaha sendiri...
Nak makan sayur, tanamlah sendiri...
Nak makan ikan, pergilah ke laut sendiri...
Lebih kurang macam tu lah maksud Wak Karmaine...
Lagi apa lagi, dan pastinya apa yang Wak Karmaine maksudkan dengan minyak tu semestinya minyak petrol, sebab kalau nak minum minyak sawit, kan Tg. Piai banyak kebun sawit, jadi boleh usahakan sendiri...
Pendek kata, dengan pendapatan RM1,000++ tu, bagi rakyat Tg. Piai dah kira mewahlah...
Dengar sendiri apa yang petani kat Tg. Piai cakap...
Yang harga sawit RM87 setan tu zaman bila tu Wak, ada tanya dengan adik Wak tak...
Tu awal tahun 80'an Wak...
Harga barang masa tu tak sama dengan harga barang hari nie Wak...
Harga minyak petrol masa tu tak sampai RM1.50 SATU LITER, tapi hari nie, harga minyak Petrol, RM2+++ untuk SATU LITER!!!
Kerajaan Pakatan Harapan janji nak turunkan harga minyak RM1.50 satu liter, sampai hari nie tak turun-turun lagi, kalau pun turun, harga RM1.50 satu LITER masih jauh lebih tinggi dari harga awal tahun 80'an yang harganya tak sampai RM1.50 SATU LITER!!!
Wak Karmaine betul-betul buat Din Pagoh pening kepala, sampai kena 'cover line' apa yang Karmaine cakap (BACA DI SINI)...
Nasib kau lah Din Pagoh, kat Semenyih dulu kena 'cover line' Aiman atas isu, hari ini menang, besok saya selesaikan semua masaalah di Semenyih...😂😂😂
Dan berita buruk terkini untuk petani-petani di Malaysia terutamanya di Tg. Piai, ialah India pula akan sekat impot sawit Malaysia dengan menaikkan duti impot sawit HANYA dari Malaysia...
Maksudnya, harga sawit Malaysia akan jadi lebih tinggi dari harga sawit dari negara lain, terutamanya dari Indonesia...
Kenapa India buat macam tu?
Sebab perangai penyibuk Dr. Mahathir yang suka masuk campur urusan orang lain sedangkan hal dalaman PPBM sendiri tak mampu nak selesaikan (BACA DI SINI)...
Jawabnya makin jatuhlah harga sawit Malaysia dan tak mustahil akan jatuh ke paras bawah RM100 setan macam yang Wak Karmaine cakap tu!!!
Tapi Teresa Kok cakap, 'jangan lisau maa' (BACA DI SINI)...
Aiyoo nyonya, yang membimbangkan ialah keputusan India nak boikot sawit Malaysia, bila China dah tarik brake, harga sawit dah menjunam jatuh, bila sampai masa India pula boikot sawit Malaysia, lagilah menjunam harga sawit...
Petani nak makan apa, kalau dengan harga sekarang nie petani dah menderita, bila harga menjunam lagi, makin teruklah kehidupan petani, sedangkan kerajaan Pakatan Harapan tak ada buat apa-apa dasar untuk bantu petani!!!
Kesimpulannya, selagi Pakatan Harapan memerintah, selagi itulah rakyat akan semakin menderita...
Semakin lama, kita biarkan Pakatan Harapan di Putrajaya, semakin diabaikan kebajikan rakyat...
Yang mampu dan memang telah terbukti benar-benar ikhlas dan jujur membantu rakyat ialah kerajaan Barisan Nasional...
Benar, kalau Barisan Nasional menang di PRK Tg. Piai, kerajaan negeri atau kerajaan pusat tidak bertukar, tapi dengan merampas kerusi parlimen Tg. Piai, pengundi Tg. Piai skan menghantar mesej yang cukup jelas kepada kerajaan Pakatan Harapan bahawa kami rakyat Malaysia tak bodoh jadi jangan cuba perbodoh-bodohkan kami!!!
Kami hukum kamu di Tg. Piai dan kalau kerajaan Pakatan Harapan teruskan dengan sikap mengabaikan dan menipu rakyat, seluruh rakyat Malaysia akan menghukum Pakatan Harapan di PRU 15...
Jangan takut dengan ugutan Pakatan Harapan kononnya kalau Pakatan Harapan tewas di Tg. Piai, rakyat Tg. Piai akan susah kerana diwakili oleh pembangkang sebab selama dia orang memerintah pun, rakyat Malaysia dah memang makin susah, tak kira sama ada Ahli Parlimen dari pembangkang atau dari kerajaan Pakatan Harapan...
#ApaMauTipuLagi
Admin payung satu lagu wajib PRK Tg. Piai yang tengah meletop kat Malaysia sekarang nie, khas untuk pengundi Tg. Piai...
0 comments:
Post a Comment