Wednesday, November 27, 2019

Dr. Mahathir Dan Lim Kit Siang Semakin Terdesak Untuk Menekan Antara Satu Sama Lain


Keputusan PRK Tg. Piai memang memeranjatkan semua pihak, sama ada kerajaan, mahu pun pembangkang sendiri...

Apa yang ramai tak sedari ialah, keputusan PRK Tg. Piai membuatkan baik Dr. Mahathir, mahu pun Lim Kit Siang semakin terdesak untuk mencantas antara satu sama lain...

Dr. Mahathir Tertekan Dengan Desakan Untuk Berundur


Bagi Dr. Mahathir, kekalahan calon PH/PPBM dalam PRK Tg. Piai dengan majoriti 15,068 merupakan satu petanda yang cukup buruk bukan hanya pada PPBM, malah yang lebih merisaukan Dr. Mahathir ialah kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri...

Dr. Mahathir selalu mengulangi ucapan bahawa beliau akan terus menjadi Perdana Menteri selagi rakyat mahu...

Dengan kekalahan yang memalukan bukan sahaja kepada PPBM malah juga kepada Pakatan Harapan, jelas rakyat memberikan referendum menolak kerajaan Pakatan Harapan malah rakyat juga memberi signal menolak kepimpinan Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri...

Apa lagi alasan yang Dr. Mahathir ada untuk terus memegang jawatan sebagai Perdana Menteri...

Dr. Mahathir seperti telah terbelit dengan kenyataan beliau sendiri...

Sebab itu, untuk memastikan kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri masih selamat, beliau telah mengarahkan Azmin supaya segera membuat 'head count' sokongan dari Ahli Parlimen pembangkang yang akan berikan sokongan kepada beliau sekiranya sesuatu...


Setiausaha Agong UMNO, TS Annuar Musa menjelaskan, kesemua 17 Ahli Parlimen UMNO yang pergi ke rumah Azmin malam itu sebenarnya telah ditipu dengan jemputan dibuat oleh Azmin kerana kononnya ingin membincangkan tentang projek di kawasan masing-masing...

Hakikatnya, Dr. Mahathir sudah merasakan adanya tekanan untuk beliau bertanggung jawab atas kekalahan PH/PPBM di PRK Tg. Piai dengan melepaskan jawatan Perdana Menteri dengan segera...

Lim Kit Siang Tertekan Untuk Memaksa Dr. Mahathir Berundur


Seperti yang kita ketahui, 'Superman Hew' dan Nga Kor Meng dari DAP, selalu memberitahu masyarakat Cina dalam kempen PRU 14, bahawa tujuan DAP menerima Dr. Mahathir adalah untuk menggunakan beliau untuk mendapatkan undi dari masyarakat Melayu...


Tawaran yang DAP berikan kepada Dr. Mahathir ialah, beliau akan dilantik sebagai Perdana Menteri tapi cuma dalam tempoh hanya 2 tahun dan selepas dari tempoh itu, Dr. Mahathir mesti menyerahkannya kepada Anwar Ibrahim selepas beliau dibebaskan dan diberikan pengampunan sepenuhnya oleh SPB YDP Agong...

DAP semakin tersepit untuk mengekalkan keyakinan masyarakat Cina pada mereka bila dilihat Dr. Mahathir sering berdolak dalih mengenai tempoh peralihan kuasa...

Kemarahan masyarakat Cina kepada DAP semakin memuncak bila sepanjang pentadbiran Pakatan Harapan, keadaan ekonomi semskin teruk dan menjejaskan perniagaan mereka...

Untuk memulihkan kepercayaan masyarakat Cina, DAP mesti mendesak Dr. Mahathir supaya meletak jawatan dengan segera, supaya dapat membuktikan bahawa DAP berupaya menunaikan janji yang mereka buat kepada masyarakat Cina sewaktu kempen PRU 14...

Semakin lama Dr. Mahathir memegang jawatan Perdana Menteri, maka semakin sukar DAP mendapatkan kembali kepercayaan masyarakat Cina...

Gagal mendesak Dr. Mahathir meletak jawatan, maka DAP akan menemui jalan mati dalam pentas politik tanah air...

Bijaknya DAP, mereka tidak menggunakan pemimpin-pemimpin utama mereka untuk melakukan desakan secara terbuka...

Anwar Ibrahim Ibarat Orang Lemas Di Berikan Pelampung


Melalui Anwar Ibrahim dan PKR, DAP mengenakan tekanan berterusan kepada Dr. Mahathir....

Bagi Anwar Ibrahim pula, ibarat mendapat tonik baru, semakin lantang dan terbuka mendesak supaya peralihan kuasa dilakukan segera...

Kepercayaan dan kesabaran Anwar kepada Dr. Mahathir semakin tercabar, bila dilihat Dr. Mahathir berjaya merobek dan pecah belahkan parti PKR hingga terjadinya konflik kepimpinan yang semakin meruncing dalam PKR...

Kekalahan PH/PPBM di PRK Tg. Piai membuka peluang dan ruang kepada Anwar untuk terus memberikan tekanan kepada Dr. Mahathir supaya cita-cita menjadi Perdana Menteri tercapai...

Tapi Anwar masih tidak berani untuk menggerakkan undi tidak percaya terhadap Dr. Mahathir kerana baik di pihak Dr. Mahathir atau pun di pihak Anwar/DAP, masih lagi tidak mempunyai jumlah sokongan ahli parlimen yang mencukupi di dalam Dewan Rakyat (BACA DI SINI)...

Kepada parti yang berkerjasama dalam Muafakat Nasional, kita adalah 'king maker' dalam permainan antara Dr. Mahathir vs DAP/Anwar Ibrahim...

Untuk menyelamatkan Malaysia dari terus dihancurkan oleh DAP, kita boleh berikan sokongan supaya Dr. Mahathir kekal sebagai Perdana Menteri hingga akhir penggal...


Tapi untuk kita berkerjasama dengan PPBM supaya menubuhkan kerajaan dari pintu belakang, kita MESTI tolak kerana kita ada maruah perjuangan kita sendiri dan seorang pejuang TIDAK sekali-kali akan masuk melalui pintu belakang, kerana yang masuk dari pintu belakang bukan pejuang tetapi pengkhianat!!!

0 comments:

fda

Archives