Sunday, November 3, 2019

#APAMauTipuLagi : Dr. Mahathir Sahkan Janji Pakatan Harapan Di PRK Tg. Piai Adalah Sekadar Janji PRK


Yahoooo, ya beda beduuuuu....

PRK datang lagi...

Masa untuk kita dengar janji-janji dari kerajaan Pakatan Harapan...

Yey na deyyy...

#ApaMauTipuLagi

#ApaMauTipuLagi (Hospital Tg. Piai)



Din Pagoh kata, dia dapat laporan penduduk perlu lebih banyak bantuan untuk merawat dan meningkatkan mutu kesihatan...

Sama ada membabitkan kemudahan hospital atau klinik, selain bantuan pemeriksaan dan lain-lain untuk tingkatkan kualiti hidup mereka...

Kekiranya, rakyat Tg. Piai sangat-sangat perlukan hospital ler sekarang nie...

Tetiber jer, Din Pagoh teragak nak buat hospital kat Tg. Piai...

Ada ker peruntukan?

Kementerian Kesihatan dah bagi kelulusan ker?

Ye lah, kalau pun 'Hospital Mudah Alih' waktu PRK Semenyih tu boleh dipikul ke Tg. Piai, mesti nak ada doktor, jururawat, kakitangan pentadbiran, takkan nak letakkan Mat Bangla atau Mat Nepal jadi doktor, lepas tu jururawat nak letakkan Minah Indon dengan Minah Filipina ker?

Jangan nanti Menteri Kesihatan pulak cakap, tak ada perancangan sebab tak ada keperluan mendesak nak buat hospital kat Tg. Piai, macam kat Semenyih dulu...

Tapi admin betul-betul kecik hati kat kengkawan yang ada kat Tg. Piai sekarang nie, sikit pun korang tak nak roger yang SEPITAL Semenyih dah sampai kat Tg. Piai...

Kalau tak cayer, cuba tenguk gambar hospital yang dia orang tengah pikul tu, SEJIBIK hospital yang tak jadi buat kat Semenyih tu, betul tak!!!

Wahai Din Pagoh, rakyat Tg. Piai TAK BODOH!!!

#ApaMauTipuLagi

#ApaMauTipuLagi (Kos Sara Hidup)



Tambah Din Pagoh lagi, selain kesihatan, Pakatan Harapan juga akan memberi tumpuan terhadap isu kos sara hidup rakyat...

Menyedapkan cerita, menambah perisa, Din Pagoh kata, bagi aspek kos sara hidup, kita akan berusaha membantu penduduk supaya dapat tingkatkan pengeluaran makanan dan tanaman...

Jom kita tenguk camner cara kerajaan Pakatan Harapan bantu isu kos sara hidup rakyat, terutamanya di Tg. Piai...

Majoriti penduduk di Tg. Piai adalah petani dan nelayan...

Sektor pertanian adalah sumber pendapatan utama rakyat di Tg. Piai...

Baru-baru nie, kerana keceluparan dan perangai menyibuk Dr. Mahathir yang kononnya nak jadi hero, dalam ucapan di UNGA, Dr. Mahathir telah membuat kritikan pedas terhadap India atas konflik antara India dan Pakistan (BACA DI SINI)...

Dr. Mahathir MAHU India dan Pakistan adakan rundingan untuk mencari penyelesaian...

Adoi hai, bukan kata masaalah dalaman Malaysia, masaalah dalam parti kau sendiri pun kau tak mampu nak selesaikan, ada hati nak beritahu kuasa besar ekonomi dunia apa yang dia orang kena buat!!!

Sebagai tindakbalas, India, pengimpott kedua terbesar sawit Malaysia, yang mengimpot 500,000 tan sebulan telah mengumumkan kenaikan duti impot sawit dari Malaysia...

Akibatnya, syarikat-syarikat pengimpot sawit dari India beralih mengimpot sawit dari Malaysia...

Dahlah sebab perangai berlagak Dr. Mahathir tu buatkan China, pengimpot terbesar sawit Malaysia tarik brake dan alih perhatian pada Indonesia, sekarang India pula!!!

Kesannya harga sawit yang dah memang rendah sekarang nie, akan jadi jauh lebih rendah, atau mungkin tak laku langsung...

Tapi rakyat Tg. Piai jangan risau, kerajaan Pakatan Harapan awal-awal lagi dah dapat jalan keluar...


Ingat tak kempen minum minyak sawit satu hari satu sudu?

Haa sekarang nie, bila India dah tak nak beli sawit Malaysia, kira kena minum satu hari, satu botol, lagi cantik kalau satu hari satu tong dram, kalau sakit, kan 'SEPITAL Mudah Alih' Semenyih, Din Pagoh dah ke Tg. Piai!!!

Wahai Din Pagoh, rakyat Tg. Piai TAK BODOH!!!

#ApaMauTipuLagi

#ApaMauTipuLagi (Peluang Pekerjaan)



Din Pagoh tambah lagi bahawa kerajaan Pakatan Harapan akan berusaha menambah peluang pekerjaan dengan menarik lebih banyak pelaburan dan mengembangkan sektor ekonomi...

Yang pastinya, dah lebih setahun setengah kerajaan Pakatan Harapan memerintah, pelabur bukan makin banyak masuk tapi makin banyak cabut disebabkan hilang keyakinan pada kerajaan Pakatan Harapan...

Bila pelaburan luar tak masuk tapi banyak keluar, macam mana pulak Din Pagoh nak kembangkan sektor ekonomi, makin kuncup adalah...

Bila ekonomi tak berkembang, nilai matawang ringgit pula makin jatuh, maka rakyat akan makin sengsara...

Itulah kenyataan yang rakyat Malaysia sedang hadapi sekarang, peluang pekerjaan di sektor swasta makin berkurangan sebab banyak syarikat-syarikat asing dan tempatan terpaksa menutup perniagaan mereka dan pendapatan kerajaan akan berkurangan sebab kutipan cukai korperat dah tak ada, dan bila ini berlaku, kerajaan terpaksa mengurangkan kos pentadbiran dan pengurusan, dengan cara memberhentikan penjawat-penjawat awam...

Sebab itulah janji 1 juta peluang pekerjaan yang Pakatan Harapan janjikan di PRU 14, GAGAL ditunaikan!!!



Atas asas apa Din Pagoh berani nak janjikan menarik pelaburan untuk mewujudkan peluang pekerjaan di Tg. Piai?

Wahai Din Pagoh, rakyat Tg. Piai TAK BODOH!!!

#ApaMauTipuLagi


Kesimpulannya, Dr. Mahathir sendiri cakap, apa yang Pakatan Harapan lakukan semasa berkempen di PRU 14, adalah perkara yang sama sedang mereka lakukan dalam kempen PRK Tg. Piai...

Apa yang Pakatan Harapan lakukan masa kempen PRU 14?


Itu kata-kata dari Dr. Mahathir sendiri, janji atau manifesto pilihanraya hanyalah Sandiwara Semasa jer...



Kalau ditakdirkan Pakatan Harapan menang PRK Tg. Piai nanti dan bila rakyat Tg. Piai tuntut Pakatan Harapan untuk tunaikan janji, Dr. Mahathir akan jawab, kita tak pernah buat janji macam tu!!!

Wahai Pakatan Harapan, rakyat Tg. Piai TAK BODOH!!!

#ApaMauTipuLagi

Jadi untuk pengundi Tg. Piai, takkan tak serik kena tipu dengan Pakatan Harapan lagi?

Mari kita ajar pemimpin Pakatan Harapan yang kuat kencing tu...


Admin belanja satu lagu yabg paling hot dalam carta sekarang...

Muga terhibur dan jangan lupa keluar mengundi yer dan pastikan undi calon nombor 1, calon Barisan Nasional, Datuk Wee Jeck Seng...

No comments:

Post a Comment

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.