Kecoh satu Malaysia bila tiba2 meletop2, video lucah aksi seks luar tabiee dua manusia...
Aktor2nya macam pernah ku lihat, tapi di mana yaa...🤔🤔🤔
Bila dah tersebar, maka aktornya keluarkan kenyataan yang klise, macam CD rosak!!!
"Bukan saya, walau pun mirip saya"...
"Bertujuan jahat untuk mengaibkan saya"...
"Di sebarkan oleh musuh politik saya dengan tujuan untuk menjatuhkan saya" (BACA DI SINI)...
Dan kenyataan2 yang sewaktu dengannya...
Dan yakinlah, Azmin TIDAK AKAN mengambil apa2 tindakan undang2...
Apa yang Azmin akan buat ialah duduk ontok2 sambil mengharap orang ramai akan lupakan isu nie...
Dah Game Over, Mesra2kanlah Diri Dengan Dunia Pencen
Isu skandal seks yang lama masih tak berjawab, timbul pulak yang kedua...
Selain dari skandal seks yang bertali arus, penyelewengan kuasa dan rasuah yang terpalit pada Azmin pun masih jadi tandatanya...
Dah jumpa ker belum blogger Toyol of Selangor tu Min?
Dulu kemain kecoh nak saman blogger Toyol of Selangor...😜😜😜
Sekarang nie dah senyap...ðŸ¤ðŸ¤ðŸ¤
Terpalit dengan macam2 skandal, rasanya, dah boleh ler Azmin isi borang pencen...😂😂😂
Jadi Menteri Hal Ehwal Ekonomi dah setahun, tapi hapah pun tak ada...
Felda makin telongkop, aset Felda nak di jual!!!
GLC pulak dah macam hidup segan, mati tak mahu!!!
Tabung Haji kekal bawah kuasa Guan Eng!!!
Siapa Mastermind Video Lucah
Gambar Hiasan...😉😉😉 |
Ada yang kata video tu datangnya dari PKR sendiri, sebab nampak2 seakan2 Atok akan ketepikan Anwar dari jawatan PM dan lebih selesa kalau Azmin yabg gantikan Atok...
Ada teori lain pulak kata, tak mustahil kalau video klip tu datangnya dari kem Atok sendiri sebab kecewa dengan Azmin...
Dah lah tak tahu buat kerja, asyik nak sakau duit negara, beh tu master plan Atok supaya Azmin lawan Anwar dalam jawatan Presiden PKR untuk singkirkan Anwar pun Azmin takut...
Dalam ertikata lain, pada kaca mata Atok, Azmin nie apa pun tak boleh, menghabiskan beras jer...
Daripada lagi banyak beras habis, lagi baik simpan dia dalam peti sejuk...
Siapa pun mastermind video klip tu, yang pastinya, politik dalam PH sendiri sangat2 menjijikkan...
Hari ini kalau musuh boleh di munafaatkan, maka musuh dengan serta merta akan menjadi kawan...
Tapi kalau hari ini kawan di lihat akan memudaratkan, maka dengan serta merta, kawan akan menjadi lawan dan wajib di singkirkan dengan cara yang paling jijik...
Bukankah perkara yang sama pernah berlaku kira2 20 tahun yang lalu...
Ku sangka ada satu, rrrrupa2nya dua, apakah mungkin ada yang ketiga atau keempat!!!
Tak hairanlah bila kehidupan rakyat semakin hari semakin terhimpit, sebab pemimpin tak ada masa untuk memikirkan masaalah rakyat...
Untuk rakyat Malaysia, apakah kita masih tak sedar, Allah SWT sedang mengazab kita kerana memilih manusia fasik sebagai pemimpin...
No comments:
Post a Comment
Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.