Friday, June 14, 2019

Syazlin Dedahkan Tembelang Busuk Tommy Thomas Dalam Prosiding Inkues Allahyarham Mohd. Adib


Pada awalnya, perjalanan inkues untuk menentukan punca kematian Allahyarham Mohd. Adib mengikut seperti apa yang Tommy Thomas mahukan...

Sebab tu tak timbul masaalah bagi Tommy Thomas kalau Syazlin mewakili kepentingan keluarga Allahyarham Mohd. Adib dan juga Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan...


Apa lagi pada hari ke 19, saksi ke 24, Dr. Ahmad Hafizam Hasmi beri keterangan bahawa Allahyarham tidak di tarik keluar dari van EMRS Jabatan Bomba dan Penyelamat...

Keterangan dari Ahmad Hafizam sekali gus memberi gambaran bahawa punca kematian Allahyarham Mohd. Adib bukannya berpunca dari di pukul oleh perusuh kuil di tempat kejadian...

Sebab tu, melalui Timbalan Pendakwaraya, Hamdan Hamzah, Tommy Thomas dengan segera keluarkan afidafit bahawa punca kematian Allahyarham Mohd. Adib bukanlah kerana di pukul oleh perusuh kepada Mahkamah Koroner walau pun prosiding inkues masih berjalan (BACA DI SINI)...


Merasakan telah selamat dari dakwaan membunuh, pihak kuil dengan penuh yakin menarik diri sebagai pihak yang berkepentingan dalam prosiding inkues tersebut...

Keterangan Saksi Ke 29, Dr. Shahrom Abdul Wahid Mencabar Kesahihan Keterangan Saksi Ke 24, Dr. Ahmad Hafizam


Tapi bila Peguam Syazlin memanggil saksi ke 29, Dr. Shahrom Abdul Wahid untuk berikan keterangan, Mahkamah Koroner di maklumkan bahawa teori yang di buat oleh Dr. Ahmad Hasfizam boleh di ragui dan terdapat berbagai kelemahan...

Bermula dari sinilah, Tommy Thomas merasakan keputusan Mahkamah Koroner nanti berkemungkinan besar tidak akan menepati seperti apa yang di inginkan beliau dan beberapa pihak yang lain...

Bermulalah episod2 yang memusykilkan...

Syazlin Di Arahkan Menarik Diri Dari Mewakili Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan


Secara tiba2, Syazlin mengumumkan beliau menarik diri dari mewakili kepentingan keluarga Allahyarham Mohd. Adib dan pihak KPKT dalam prosiding inkues Allahyarham Mohd. Adib...

Kenapa?

Syazlin tak jelaskan waktu itu dan meninggalkan rakyat Malaysia yang mahukan keadilan untuk Allahyarham Mohd. Adib tertanya2...

Apa motif Tommy Thomas mengarahkan supaya Syazlin menarik diri?

Mudah...

Saksi ke 29, Dr. Shahrom adalah saksi yang di sepina oleh Syazlin untuk memberikan keterangan di dalam mahkamah dan bila Syazlin menarik diri, maka dengan sendirinya keterangan dari Dr. Shahrom tidak akan di ambil kira...

Maka akan ada cuma satu teori dari pakar yang menjelaskan punca kematian Allahyarham Mohd. Adib akan di guna pakai oleh Mahkamah Koroner, iaitu teori dari saksi ke 24, Dr. Ahmad Hasfizam, iaitu punca kematian Allahyarham Mohd. Adib bukan kerana di tarik keluar dari van EMRS Jabatan Bomba dan Penyelamat dan di pukul oleh perusuh kuil Sri Mariaman...

Demi Keadilan Syazlin Mengambil Keputusan Terus Mewakili Keluarga Allahyarham Mohd. Adib


Tahniah dan terima kasih kita ucapkan kepada Syazlin keran berani menjadi Serikandi Keadilan yang semakin terhakis dalam era pemerintahan Pakatan Harapan...

Bagi Syazlin, 4 alasan yang di berikan oleh Tommy Thomas supaya beliau menarik diri adalah sesuatu yang sangat tidak berasas...


Alasan pertama Tommy Thomas, KPKT dan JBPM, sebagaimana kementerian dan jabatan kerajaan yang lain, hendaklah mendapatkan nasihat undang-undang daripada Jabatan Peguam Negara dan peguam luar mestilah di lantik oleh Peguam Negara atau Pendakwa Raya...

Tommy Thomas cuba menggambarkan bahawa beliau tidak di maklumkan mengenai perlantikan Syazlin...



Tetapi menurut Syazlin, Pegawai Pengendali Inkues, Faten Hadni, menjelaskan bahawa Tommy Thomas sedari awal memang maklum mengenai perlantikan Syazlin...



Hakikatnya, ianya cuma alasan yang di gunakan oleh Tommy Thomas selepas mendapati Syazlin bertindak agresif membongkar kenyataan yang bertentangan dengan kehendak Tommy Thomas...



Alasan kedua Tommy Thomas ialah, Syazlin berada di dalam kedudukan konflik kepentingan apabila beliau bersetuju untuk mewakili KPKT dan JBPM kerana beliau juga turut mewakili keluarga Allahyarham Adib yang mempunyai kepentingan langsung dalam inkues ini...



Ianya cuma alasan Tommy Thomas kerana menurut Syazlin, pihak keluarga Allahyarham Mohd. Adib dan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat yakin bahawa punca kematian beliau bukanlah kerana di langgar oleh kenderaan EMRS Jabatan Bomba dan Penyelamat tetapi telah di pukul oleh perusuh...

Alasan ketiga Tommy Thomas ialah, pegawai-pegawai yang melaksanakan tugas mereka membantu Koroner, telah memaklumkan kepada Tommy Thomas bahawa Syazlin telah mengambil peranan yang aktif di dalam inkues ini, malah sering mengambil kedudukan yang bercanggah daripada kedudukan yang diambil oleh Timbalan Pendakwa Raya...

Perkara ini adalah memalukan beliau dalam kapasitinya sebagai peguam bagi KPKT...

Seharusnya Tommy Thomas yang mesti merasa malu kerana sebagai seorang Peguam Negara yang di amanahkan dan di beri tanggungjawab untuk menjaga Rukun Negara ke 3, Kedaulatan Undang Undang telah gagal malah secara sedar mengkhianati amanah dan tanggungjawab yang beliau pikul!!!



Alasan keempat Tommy Thomas, suami Syazlin adalah Setiausaha Akhbar kepada Menteri KPKT (Zuraida Kamaruddin)...

Cubaan mengheret suami Syazlin memberikan gambaran yang cukup jelas bahawa Tommy Thomas cuba memberikan tekanan kepada Syazlin dengan cara yang cukup menjijikkan supaya menarik diri dari prosiding inkues...



Kecewa dengan sikap Tommy Thomas dan amnya pendirian PH yang cuba menentukan keputusan prosiding inkues dengan cara yang cukup menjijikkan, membuatkan suami Syazlin hilang kepercayaan ke atas kerajaan PH secara keseluruhannya...

Beliau pasti mempunyai alasan yang lebih kukuh dari apa yang di dedahkan di laman blog ini...

Seharusnya bukan integriti dan kredibiliti Syazlin sebagai peguam yang harus di pertikaikan tetapi integriti dan kredibiliti seorang Peguam Negara yang sanggup menggadaikan Kedaulatan Undang Undang negara dan menjual semurah2nya harga dan maruah diri beliau demi sesuap nasi yang menjadi tanda soal yang sangat besar...

Sangat malang bagi rakyat Malaysia yang mempunyai seorang Peguam Negara yang boleh di jual beli harga dan maruah dirinya...

Shame on you Tommy Thomas!!!

No comments:

Post a Comment

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.