10 SEBAB KENAPA TOMMY THOMAS TIDAK SESUAI DILANTIK SEBAGAI PEGUAM NEGARA
Bertentangan Dengan Perlembagaan Negara
Profesor Mahamad Naser Disa Ketua Pegawai Eksekutif IKSIM |
(1) Keputusan Pakatan Harapan untuk mencadangkan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara adalah bercanggah dengan Perkara 145(2) Perlembagaan Persekutuan yang menyebut “Menjadi kewajipan Peguam Negara menasihati Yang di-Pertuan Agong atau Jemaah Menteri atau mana-mana Menteri mengenai apa-apa perkara undang-undang”.
Sebagai seorang bukan Islam sudah tentulah tidak akan dapat membantu Yang di-Pertuan Agong “memeliharakan pada setiap masa Agama Islam” seperti yang termaktub di dalam Sumpah Jawatan bagi Yang di-Pertuan Agong selaras dengan Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan yang berbunyi “Islam ialah agama bagi Persekutuan”, khususnya di dalam apa-apa perkara undang-undang yang menyentuh prinsip-prinsip Islam.
Malah pendirian beliau yg secara konsisten mengatakan Malaysia adalah negara sekular jelas bercanggah dengan Sumpah Negara di bawah Perkara 37(1).
Mendatangkan Kerumitan Pada Penggubalan Dan Perlaksanaan Dasar Berkaitan Ugama Islam
(2) Di dalam buku-buku beliau bertajuk “Anything But The Law” dan “Abuse Of Power” terbitan tahun 2016, Tommy tegar berhujah mengenai betapa Malaysia bukan sebuah negara Islam.
Baca di sini :
Juga di sini :
Maka pendirian sebegini jelas bertentangan dengan pelbagai peruntukan Perlembagaan seperti Perkara 3(1), Perkara 11(4), Perkara 12(2) Perkara 37(1) komitmen SPB YDP Agong sebagai The Supreme Head of Federation untuk mendaulatkan Islam pada setiap masa, Butiran 1 kepada Perkara 74, Perkara 121(1A) dan semua dasar yang menyentuh kepentingan Islam.
Menghina Keputusan Mahkamah Syariah
(3) Tommy menyebut betapa keputusan-keputusan Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan yang akur kepada bidang kuasa Mahkamah Syariah bila timbul pertikaian membabitkan konflik antara undang-undang sivil dan undang-undang Syariah, adalah merupakan satu keputusan yang salah; betapa keputusan Mahkamah Rayuan di dalam kes penggunaan Nama “Allah” oleh Gereja Katolik adalah keputusan yang salah serta betapa rayuan dalam isu pertikaian antara Islam dan Kristian perlu diputuskan oleh hakim-hakim yang beragama Hindu, Buddha, Ateis atau Agnostic.
Baca di sini :
Menentang 5 Prinsip Rukunegara dan Perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru
(4) Keputusan Pakatan Harapan untuk mencadangkan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara boleh menjejaskan dasar kerajaan dan boleh mendatangkan keresahan kepada rakyat Malaysia kerana pandangan beliau yang bercanggah dengan pendirian kerajaan terhadap Dasar Ekonomi Baru dan Rukunegara.
Ini kerana di dalam buku beliau bertajuk “Anything But The Law” pada 2016 Tommy menyifatkan Dasar Ekonomi Baru dan Rukunegara sebagai tidak mempunyai asas perlembagaan dan perundangan.
Menyokong Idealogi Parti Komunis Malaya Dan Mengangkat Chin Peng Sebagai Pahlawan!!!
(5) Keputusan Pakatan Harapan untuk mencadangkan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara boleh mendatangkan keresahan kepada rakyat Malaysia kerana pandangan beliau yang kontroversi terhadap pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng yang diharamkan. Ini kerana di dalam buku beliau bertajuk “Anything But The Law” pada 2016 Tommy menceritakan mengenai kedudukan beliau sebagai peguam Chin Peng dan PKM selain mendesak Kerajaan Malaysia membenarkan mayat Chin Peng ditanam di Sitiawan, Perak, serta mengisytiharkan Chin Peng sebagai “one of the great liberation fighters of the second half of the twentieth century” dan “a major contributor to Merdeka” sedangkan ini bercanggah dengan pandangan majoriti rakyat Malaysia terhadap Chin Peng yang menyifatkan Chin Peng sebagai musuh negara.
Baca di sini :
Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Dan Majlis Raja Raja Telah Menolak Bermakna Ianya Muktamad
(6) Keputusan Pakatan Harapan untuk mencadangkan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara adalah bercanggah dengan Perkara 145(1) Perlembagaan Persekutuan yang berbunyi “Yang di-Pertuan Agong hendaklah, atas nasihat Perdana Menteri, melantik seorang yang layak menjadi hakim Mahkamah Persekutuan sebagai Peguam Negara bagi Persekutuan”.
Ini adalah kerana, telah menjadi pengetahuan umum bahawa Yang di-Pertuan Agong tidak memperkenankan hasrat Pakatan Harapan untuk melantik Tommy sebagai Peguam Negara dan mengikut Perlembagaan Persekutuan, pelantikan Peguam Negara hendaklah dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong.
Baca di sini :
http://www.malaysianview.com/agong-tolak-cadangan-tun-m-lantik-bukan-melayu-islam-sebagai-peguam-negara/
Bertentangan Dengan Manifesto Pakatan Harapan Sendiri
(7) Keputusan Pakatan Harapan untuk mencadangkan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara adalah bercanggah dengan Janji 11 di dalam “Manifesto Pakatan Harapan” yang berbunyi “Kerajaan Pakatan Harapan akan sentiasa meletakkan pandangan dan teguran Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu di tempat tertinggi, iaitu sesuai dengan kedudukan Raja Berperlembagaan dalam negara kita” yang menghendaki kerajaan Pakatan Harapan akur dengan keputusan Raja-Raja Melayu.
Ini juga adalah kerana, telah menjadi pengetahuan umum bahawa Raja-Raja Melayu tidak memperkenankan hasrat Pakatan Harapan untuk melantik Tommy sebagai Peguam Negara.
Ini juga adalah kerana, telah menjadi pengetahuan umum bahawa Raja-Raja Melayu tidak memperkenankan hasrat Pakatan Harapan untuk melantik Tommy sebagai Peguam Negara.
Baca di sini :
Perlantikan Yang Akan Mencemarkan Kedaulatan Undang Undang Kerana Ada Kepentingan Peribadi
(8) Keputusan Pakatan Harapan untuk mencadangkan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara adalah bercanggah dengan prinsip keadilan sejagat kerana ia membabitkan kepentingan YB Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan.
Ini kerana Lim Guan Eng sedang menghadapi dua pertuduhan rasuah di mahkamah yang kuasa untuk meneruskan atau menghentikannya berada di dalam tangan Peguam Negara di mana kedudukan Tommy sebagai peguam Lim Guan Eng dan sebagai peguam Kerajaan Negeri Pulau Pinang sewaktu Lim Guan Eng menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang sebelum ini memungkinkan Tommy memihak kepada Lim Guan Eng.
Baca di sini :
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/05/21/dakwa-guan-eng/
Konflik Antara Tommy Thomas Dengan Perdana Menteri
Di dalam buku beliau bertajuk “Abuse Of Power” pada 2016 Tommy menyifatkan Tun Dr Mahathir sebagai “a very authoritarian leader who did not brook dissent”.
Di dalam The International Bar Association (IBA)’s 3rd Asia Pacific Regional Forum Conference di Kuala Lumpur pada 25–27 November 2012 Tommy berkata:
“The darkest days were in the authoritarian leadership of our 4th Prime Minister, Dr Mahathir, who ruled for 22 years from 1981 to 2003.”
Baca di sini :
http://www.malaysianbar.org.my/speeches/the_last_lawyers_standing_speech_by_tommy_thomas_member_of_the_bar_at_the_ibas_3rd_asia_pacific_regional_forum_conference_kuala_lumpur_26_nov_2012.html
Bertentangan Dengan Janji 15 Manifesto Pakatan Harapan
(10) Keputusan Pakatan Harapan untuk mencadangkan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara adalah bercanggah dengan Janji 15 di dalam Manifesto Pakatan Harapan yang berbunyi “Peguam Negara akan dilantik dari kalangan Ahli Parlimen yang berkelayakan, dan beliau akan menjadi seorang Menteri yang boleh meneruskan peranan sebagai penasihat undang-undang bagi kerajaan”.
Ini adalah kerana Manifesto Pakatan Harapan berjanji untuk melantik Peguam Negara dari kalangan Ahli Parlimen sedangkan Tommy Thomas bukan seorang Ahli Parlimen.
Baca di sini :
https://m.malaysiakini.com/news/428024
Kesimpulannya, jawatan Peguam Negara perlu dicalonkan daripada kalangan hakim-hakim dan peguam-peguam kanan yang cakna dan peduli kepada agama Islam dan Raja-Raja, bukan hanya kepada prinsip undang-undang dan demokrasi yang selalunya sangat tertakluk kepada political will pemerintah.
Jelas bagi kita sekiranya Tommy Thomas tetap di lantik sebagai peguam negara :
》Kerajaan Pakatan Harapan jelas tidak menghormati keputusan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dan Majlis Raja Raja...
》Seorang yang telah di tetapkan perbicaraan rasuah oleh mahkamah tinggi akan di lepaskan begitu saja jadi di manakah kedaulatan undang undang negara Malaysia...
》Ianya di lihat sebagai langkah pertama ke arah perlantikan Perdana Menteri berbangsa Cina kerana DAP akan gunakan mengingkari perintah SPB YDPA dalam kes ini sebagai rujukan...
》Undang undang syariah tifak lagi di martabatkan malah mahkamah syariah akan di anggap sebagai mahkamah kelas dua...
SUDAH MASANYA BANGSA MELAYU BERUGAMA ISLAM BANGKIT MEMBANTAH DARI NEGARA INI DI PERINTAH MENGIKUT NAFSU MEREKA IBARAT BERAJA DI MATA BERSULTAN DI HATI!!!
PERTAHANKAN KUASA DAN SUARA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI PERTUAN AGONG DAN MAJLIS RAJA RAJA!!!
PERTAHANKAN KEDAULATAN UNDANG UNDANG MALAYSIA!!!
PERTAHANKAN STATUS AGAMA ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI MALAYSIA!!!
PERTAHANKAN MARUAH PAHLAWAN KITA YANG TERKORBAN DALAM PEPERANGAN MELAWAN KOMUNIS!!!
SELAMATKAN MALAYSIA!!!
SERTAI KAMI DI DALAM BANTAHAN PERLANTIKAN TOMMY THIMAS SEBAGAI PEGUAM NEGARA DENGAN MENGHANTAR PETISYEN BERIKUT :
https://www.ipetitions.com/petition/menolak-pelantikan-tommy-thomas-sebagai-peguam/thank-you
Petikan tulisan asal :
Dato’ Prof. Hj. Mahamad Naser Disa
Peguam Kanan Persekutuan
Ketua Pegawai Eksekutif
Institut Kajian Strategik Islam Malaysia
3 Jun 2018
-----------
TAMBAHAN
11. Tommy Thomas sendiri menulis berikut:
The power of Rulers in rejecting appointment,
By Tommy Thomas himself, written in 2007.
"Hence, the legal consequences of failure to consult the Conference of Rulers or the Conference not approving a candidate submitted by the Executive are not specified therein, thereby suggesting that all the authorities referred to in that Article must approve a particular candidate.
Thus, in my opinion, the Conference of Rulers is entitled to reject a candidate for appointment submitted to it if a majority of Rulers deem him unsuitable for the constitutional office of judge.
What may be beyond their constitutional right to be consulted is to repeatedly reject several candidates for a single position which would then remain vacant for a substantial period of time resulting in a constitutional impasse.
No doubt, the good sense of those involved in the selection process would ensure that such an eventuality does not occur.
The checks and balances system under Article 122 B(1) was put in place so that no one authority has sole monopoly over judicial appointments. In order for the constitutional system to work efficaciously some “give and take” has to take place.
Consensus is the objective; not brushing aside of the views of the major actors.
The importance of the constitutional right of the Conference of Rulers to be consulted on judicial appointments under Article 122 B(1) is further demonstrated by Article 38 (4) which declares that no law directly affecting “the privileges, position, honour or dignities of the Rulers shall be passed without the consent of the Conference of Rulers”.
In my opinion, theright to be consulted under Article 122 B(1) constitutes a “privilege” or “position” within the meaning of Article 38 (6).
Hence, the right of the Conference of Rulers to be consulted thereunder cannot be removed or diminished without their consent."
- by Tommy Thomas, 5th September 2007
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=232199384031099&id=100017231165490
Negara menuju anarki. Muslim dan kafir boleh berbunuhan lepas ini. Dangers ahead.
ReplyDeleteApa lagi.jom turun putrajaya
ReplyDeleteAssalam
ReplyDeleteSy bukan ahli undang2, maka sy bertanya -
Bila akta yg diluluskan oleh dewan tapi tak diluluskan oleh YDPA, akta itu secara automatik menjadi akta selepas 30 hari. Begitu kan pindaan perlembagaan yg dilakukan oleh PM4 dulu.
Jadi nya, lepas 30 hari Peguam Negara baru akan terlantik secara automatik walaupun YDPA tak setuju.
Adakah andaian ini munasabah ?
Mathir mmg dah tak bole harap..
ReplyDeleteHarap kan pagar... pagar makan padi..
Mungkin if agong known this earlier he would not have mathir as PM..
Mathir tk suka raja2 melayu?
Tolong sebarkan minta suma blogers cybertroopers BN minta LGE masukkan jumlah hutang negara 1trilion dlm website rasmi bank negara malaysia segera jika benar itu angka hutang negara.. jgn nak menipu rakyat bila manifesto tak mmpu nak buat
ReplyDeletenilah dia contoh kangkung professor..
ReplyDelete