Friday, June 1, 2018

Tanpa GST, barang naik .. GST ker penyebab?


SEREMBAN: Biarpun Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebanyak enam peratus dimansuhkan hari ini, harga bahan mentah dan makanan meningkat hari ini.

Tinjauan NSTP di Pasar Besar Seremban mendapati, harga sekilogram daging lembu tempatan meningkat RM36 berbanding RM35 sejak tiga hari lalu manakala harga daging kambing naik RM28 berbanding RM26.90 untuk tempoh yang sama.

Sementara itu harga ikan kembung naik 10 sen daripada RM15.90 kepada RM16 dan harga hidangan chicken chop melonjak RM17 daripada RM15 di sebuah kopitiam di Templer, di sini.

Seorang peniaga hanya dikenali Razak, 35 berkata, tiga bahan mentah itu tidak dipengaruhi GST berikutan bekalan dibeli terus melalui orang tengah.

Bagaimanapun tinjauan di sebuah pasar raya di Seremban 2 mendapati, harga lampin pakai buang bagi 62 keping meningkat daripada RM32.75 menjadi RM34.25.

Barangan lain yang didapati meningkat adalah tayar kereta jenis Dunlop yang dijual pada harga RM185 daripada RM175 sejak Rabu lalu.

https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2018/06/432855/harga-tetap-naik-walau-gst-sifar





Ini belum lagi SST 10% mula pada Sept 1hb. Malah Anwar Ibrahim pun salah jangka.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2018/05/31/price-of-goods-will-remain-the-same-for-the-time-being-says-anwar/


Sindir tu. Fikir balik ... betul ker GST penyebsb harga barang naik.


Itulah dulu dah cakap ...


Menipulah lagi ...




3 comments:

  1. Tak betul lah teori rafizi sebelum ni..harga turun kalau xde gst. Memang kerajaan skrg pembohong harapan tapi nak buat macam mana rakyat majoriti masih menyanjungi PH. Gila diaorang ni...

    ReplyDelete
  2. Kurang Arif
    Daiso dulu harga rm5
    Pas GST 6% harga jadi 5.9+++
    GST 0%, turn rm5.57, bukan balik pada rm5.

    ReplyDelete
  3. Si Minah sudah ditipu oleh si Atuk


    ReplyDelete

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.