Azmin Memilih Untuk Membuka Langkah Jebat Dan Bukannya Lagi Tuah
DALAM perjalanan politik negara, sejarah Melaka sering sahaja dijadi pedoman...
Baik untuk kita menilai kesetiaan Hang Tuah mahu pun melihat kepada penderhakaan Hang Jebat...
Tuah setia kerana pegangan hidup dan Jebat tampil menderhaka bersebab tetapi ada persamaan antara keduanya yakni demi kepentingan pada ketika itu...
Ramai ahli politik memiliki sosok Tuah dan Jebat...
Setia pada satu ketika tetapi di penghujung cerita berpencak sebagai Jebat...
Jika di telusuri watak Jebat dalam pentas politik tanah air, ramai yang hayat politiknya berakhir begitu sahaja di tangan 'sultan'...
Sekalipun pada awalnya garang berpencak, tetapi ia tidak bertahan lama...
Makanya, sebaik sahaja Timbalan Presiden PKR yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali membuat kenyataan secara terbuka tentang rasa tak puas hati dan mempertikai keputusan Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam soal perlantikan PKR, ia segera membuka perdebatan banyak pihak...
Ini kerana pencak Azmin bukan sebarangan pencak...
Latahnya kali ini, jika di pandang mudah, mampu menoktahkan impian Anwar...
Kesetiaan Azmin Kepada Anwar Sudah Sampai Penghujung
Dalam hal ini, menyentuh soal sejarah hubungan antara beliau dengan Anwar, Azmin suatu ketika adalah watak Tuah kepada Anwar...
Azmin di ketahui besar pengorbanannya terhadap Anwar dan kasih Anwar kepadanya juga cukup kuat pada suatu ketika...
Namun, membawa watak Tuah, bukan bererti Azmin memiliki hati seperti Tuah...
Azmin mempunyai cita2 besar, ada aura dan punya tenaga politik...
Paling penting beliau memiliki modal.
Itu sebabnya sehingga artikel ini di tulis, sebaik Azmin bersuara, Ketua Wanita, Naib Ketua Wanita, Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan bekas Pengerusi PKR Kelantan bertalu2 menghentam Anwar...
Mereka itu kalau dalam analogi drama, hanyalah pelakon tambahan dan kru produksi sahaja kerana pelakon utama, hero serta heroin sebenar Azmin belum lagi beraksi...
Dalam PKR kem Azmin menguasai hampir keseluruhan kepimpinan parti dan bukan rahsia lagi siapa pemimpin yang bersama Azmin dan pihak mana yang masih pro Anwar...
Begitu juga dalam kalangan wakil rakyat, Azmin di katakan menguasai 25 Ahli Parlimen PKR...
Jumlah itu kemudiannya di percayai berkurang kepada 20 selepas Anwar berjaya memujuk lima daripadanya tetapi paling penting Azmin juga mendapat dokongan dari luar PKR yang menjadikan beliau kini lebih yakin...
Dokongan itu meresahkan Anwar...
Hari ini Azmin tampil berani menyanggah Anwar secara terbuka, yang di lihat sebagai isyarat jika hati, perasaan, kemahuan serta tuntutannya tidak di layan, beliau mampu bertindak lebih jauh...
Namun di pihak Azmin juga, ia tidak mudah, kerana Anwar terbukti pejuang tidak mudah kalah, hanya kerana sekali dua dia rebah...
Pastinya Anwar sendiri sedang menyusun langkah kerana umum telah maklum, antara Azmin dan Anwar kedua2nya sudah membuka langkah...
Persoalannya kini apakah terjadi bak kata pepatah, alang2 membuka langkah, membujur lalu melintang patah...
Sekian lama membawa semangat Tuah, apakah Jebat kini mengiringi langkah?
Ramai yang sudah menelah tetapi persoalan lebih menarik berapa jauh Azmin memiliki daya mengatur langkah agar tidak nanti keluar sebagai pihak yang kalah...

No comments:
Post a Comment
Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.