Thursday, November 28, 2019

Sempena Abu Chin Peng Di Bawa Balik Ke Malaysia, Bendera Malaysia Berbintang Lima Di Perkenalkan


Setiap tahun, bulan Ogos hingga bulan September, kita menyambut bulan kemerdekaan...

16 September 1969, ialah hari negara Malaysia ditubuhkan...

Dalam perjalanan sejarah negara menjadi sebuah negara yang berdaulat dan merdeka, banyak liku-liku berduri dilalui...

Beratus tahun negara dijajah kuasa asing dan bukan sedikit darah serta airmata anak watan yang tumpah di bumi tercinta ini dalam perjuangan mereka menentang penjajah hingga negara dapat dimerdekakan sepenuhnya...

Portugis, Belanda, British dan Jepun adalah bangsa penjajah yang pernah menjajah negara...

Walau pun Jepun merupakan antara penjajah yang dikatakan zalim dalam sejarah penjajahan mereke, tetapi keganasan dan kezaliman yang dilakukan oleh komunis lebih memberi kesan kepada rakyat...

Walau pun sejarah mencatitkan komunis ditubuhkan pada tahun 1930 tetapi keganasan dan kezaliman komunis benar-benar dirasakan rakyat bermula pada 13 September 1945 selepas Jepun menyerah kalah dalam Perang Dunia Ke II hingga 30 Julai 1960 bila darurat diisytiharkan tamat...

Kemuncak kezaliman komunis selama 14 hari, bermula pada 13 September 1945 hingga 27 September 1945, ketika berlakunya kekosongan pemerintahan di Tanah Melayu sementara menunggu kedatangan British selepas Jepun menyerah kalah...

31 Julai 2018, portal ini pernah mendedahkan mengenai kezaliman dan keganasan komunis di Tanah Melayu (BACA DI SINI)...

Selepas komunis mengisytiharkan meletak senjata, kerajaan Malaysia TIDAK membenarkan Chin Peng balik ke Malaysia, malah apabila Chin Peng mati, abu mayat beliau juga tidak dibenarkan dibawa balik ke Malaysia walau pun ada pihak yang mendesak untuk membawa balik abu mayat Chin Peng (BACA DI SINI)...


Tapi kita dikejutkan bila diberitahu pada 16 September 2019, abu mayat Chin Peng telah berjaya dibawa masuk oleh pihak-pihak tertentu (BACA DI SINI)...

Setahu admin, kerajaan Malaysia masih mengekalkan keputusan TIDAK membenarkan abu mayat Chin Peng dibawa masuk...


Apa yang lebih mengejutkan bila pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) membuat kenyataan merasa terkejut mendengar berita tersebut (BACA DI SINI)...

Mungkin negara sekali lagi dilanda fenomena terkejut!!!

Biarlah matang bila membuat kenyataan...

PDRM bernaung di bawah KDN, dan skuad elit PDRM adalah antara yang diakui terbaik di dunia, tak mungkin pihak risikan tidak mengetahui mengenai perkara itu...

Mengambil kira kes LTTE, admin tak salahkan pihak PDRM tapi ada kemungkinan besar ada 'tangan ghaib yang menghalalkan' kemasukan abu mayat Chin Peng ke Malaysia, walau pun sudah diberi maklumat yang lengkap oleh pihak PDRM...

Ada pihak yang cuba menganggap isu ini sebagai isu remeh dengan berhujah, kononnya ia hanya abu mayat, tak perlu diperbesarkan...

Benar, ia hanya abu mayat, tetapi kita jangan lupa, pengasas LTTE sudah mati tapi doktrin perjuangan LTTE tetap subur dan telah sampai ke Malaysia dengan hanya memuja gambar beliau...

Kalau hanya gambar boleh menyuburkan perjuangan LTTE, fikirkan apa yang boleh berlaku apabila abu mayat Chin Peng berada di depan mata!!!

Terbongkar Kisah Abu Mayat Chin Peng, Jalur Gemilang Berbucu Lima Pula Di Zahirkan!!!


Kebetulan @ Tak Di Sengajakan, Sangat Di Kesali, Minta Maaf dan lepas tu tutup kes...

Itulah jawapan yang akan diberi oleh pihak-pihak yang biadab ini...

Perbuatan mempamerkan Jalur Gemilang  berbintang lima seakan mencabar kesabaran rakyat Malaysia!!!

Apa juga alasan yang diberikan oleh Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA), ianya pasti sukar diterima oleh rakyat Malaysia yang cintakan negara...

Mana mungkin dalam majlis rasmi seperti itu, kesilapan yang sebesar itu boleh dilakukan!!!


Malah bukan saja dalam majlis perasmian pertandingan bola keranjang anjuran (MABA), dalam Pertandingan Taekwando Malaysia yang dihadiri oleh pemimpin PKR, Anwar Ibrahim juga memaparkan gambar Jalur Gemilang berbintang lima!!!


Isu ini mendapat perhatian khas dari SPB Raja Permaisuri Agong...

Baginda mengecam pihak yang melakukan kesilapan yang menjijikkan ini (BACA DI SINI)...


Malah dalam satu hantaran di Facebook, seorang pemain bola keranjang negeri Perak, negeri di mana abu mayat Chin Peng telah ditaburkan, telah didapati meletakkan lambang bendera Perak secara terbalik (BACA DI SINI)...


Negara pernah dikejutkan dengan isu menaikkan Jalur Gemilang secara terbalik dan Jalur Gemilang yang diwarnakan hitam ketika bulan menyambut Hari Kemerdekaan, sebelum abu mayat Chin Peng berjaya dibawa masuk (BACA DI SINI)...

Kini selepas terbongkar isu abu mayat Chin Peng telah berjaya dibawa masuk, sekali lagi Jalur Gemilang yang menjadi lambang maruah dan kemegahan negara dipersendakan...

Bintang berbucu lima sangat sinonim dengan lambang parti Komunis Malaya, apakah benar ini satu kesilapan atau ideologi komunis yang di bawa oleh Chin Peng telah meresapi ke dalam jiwa sebahagian pengkhianat yang bersembunyi di sebalik MyKad Malaysia!!!

No comments:

Post a Comment

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.