Tahniah PDRM...
Admin pernah tulis bahawa PDRM adalah antara pasukan elit terbaik dunia (BACA DI SINI)...
Terbukti, hanya beberapa hari viral mengenai berita abu mayat Chin Peng telah berjaya diseludup masuk, Ketua Polis Negara, TS Hamid Badur membuat kenyataan bahawa pihak PDRM telah berjaya mengenal pasti 2 individu yang bertanggungjawab membawa masuk abu mayat Chin Peng ke Malaysia...
Hamid Bador juga memberitahu, kedua-dua individu tersebut sudah dipanggil oleh pihak PDRM untuk memberikan keterangan...
Tapi, dari pengumuman Hamid Bador, admin dapat mengesan, akan berlaku campurtangan tangan ghaib dalam siasatan PDRM...
Hamid Bador memberitahu, apabila selesai penyiasatan PDRM, maka segala-galanya terserah kepada pihak Peguam Negara untuk menentukan sama ada terdapat kes atau pun tidak untuk didakwa di mahkamah (BACA DI SINI)...
Apa yang cuba disampaikan oleh Hamid Bador?
Mungkin Hamid Bador ingin memberitahu kita bahawa perjalanan kes menyeludup abu mayat Chin Peng akan berakhir seperti kes penglibatan ahli politik DAP dalam kegiatan pengganas LTTE?
Bukan menjadi rahsia, Tommy Thomas, Peguam Negara sekarang ialah peguam yang mewakili Chin Peng sewaktu beliau memohon untuk balik ke Malaysia...
Portal ini pernah menulis mengenai perkara itu (BACA DI SINI)...
Dan juga bukan menjadi rahsia, DAP dan parti tajaannya PAN, merupakan parti yang kuat memperjuangkan Chin Peng dan Parti Komunis Malaya...
Maka campurtangan politik dalam kes menyeludup abu mayat Chin Peng ke Malaysia memang sesuatu yang boleh dijangkakan...
DAP Cuba Merasionalkan Isu Penyeludupan Abu Mayat Chin Peng
Satu perkara yang agak pelik ialah sikap membisu DAP dalam kes penyeludupan abu mayat Chin Peng...
Tidak ada pemimpin DAP yang membuat kenyataan mengenai kes tersebut...
Sikap DAP berbeza waktu Chin Peng membuat permohonan untuk balik ke Malaysia...
Bukan saja DAP melakukan perang saraf dengan cuba mengangkat Chin Peng sebagai wira negara, malah DAP menyediakan barisan peguam untuk mewakili Chin Peng dari kalangan pemimpin-pemimpin DAP...
Sebagai pendokong ideologi komunis, sudah semestinya DAP tidak berdiam diri bila kes ini terbongkar...
Namun suara DAP sebenarnya disuarakan oleh pihak-pihak tertentu :
Dr. Mahathir
"Dia (Chin Peng) sudah mati"...
"Banyak orang yang dulu dera kita macam orang Jepun apa semua"...
"Tetapi kita lupakan yang lama"...
"Bukan dia boleh buat apa dah"...
"Cuma abu dia saja yang balik"...
"Kita beri Shamsiah Fakeh balik pun tiada siapa complaint"...
"Kenapa?"
"Sebab dia Melayu kot"...
Apakah Dr. Mahathir lupa, dalam laman blog beliau, Chedet.cc bertarikh 2 Oktober 2013, pada perenggan yang ke 13, Dr. Mahathir menulis :
'Kerajaan adalah betul TIDAK membenarkan pengkebumian Chin Peng di Malaysia atau membawa abunya pulang' (BACA DI SINI)...
Sebelum menjadi orang suruhan DAP, Dr. Mahathir sangat konsisten dengan sikap menolak apa saja yang berkaitan dengan ideologi Parti Komunis Malaya, tapi kenapa sekarang Dr. Mahathir membuat U-Turn 360°, atau lebih tepat lagi, siapakah yang mengarahkan Dr. Mahathir berbuat demikian?
Apakah kerana nafsu mahu terus kekal menjadi Perdana Menteri telah membuatkan Dr. Mahathir 'melacurkan' maruah pada DAP dan membakul sampahkan perjuangan dan pengorbanan pejuang negara yang menentang kezaliman komunis?
Mantan Ketua Polis Negara, TS Rahim Noor
Disember 1989, Parti Komunis Malaya bersetuju untuk melucutkan senjata dan membuat perjanjian damai dengan Kerajaan Malaysia, Malaysia diwakili oleh TS Rahim Noor yang pada waktu itu adalah Ketua Cawangan Khas...
Sebagai seorang mantan Ketua Polis Negara di zaman komunis masih ada dan sebagai salah seorang wakil dari Kerajjan Malaysia dalam perjanjian damai dengan komunis, kita merasa terkejut bila Rahim Noor mengeluarkan kenyataan mempertahankan menyeludup abu mayat Chin Peng...
Lebih mengejutkan lagi bila Rahim Noor keluarkan kenyataan, "kalau Chin Peng boleh balik, kenapa abunya tak boleh balik?"...
Apakah Rahim Noor lupa, pada 30 April 2009, Mahkamah Persekutuan telah mengekalkan keputusan tidak membenarkan Chin Peng balik ke Malaysia...
Di mana asasnya dakwaan Rahim Noor bahawa Chin Peng telah dibenarkan masuk ke Malaysia dan apakah sebagai seorang yabg terlibat secara langsung dengan perjanjian damai, apakah Rahim Noor tidak tahu perkara ini atau sengaja menyembunyikannya?
Dalam kes penyeludupan abu mayat Chin Peng, DAP tidak mahu menggunakan pemimpin PAN untuk mempertahankan kegiatan menyeludup abu mayat Chin Peng...
Mungkin kerana DAP sedar, suara pemimpin PAN dah tak laku dan ditolak rakyat...
Lalu mereka gunakan Dr. Mahathir, Rahim Noor dan juga Mohamed Arshad Raji, Presiden Patriot...
Bijak DAP mengatur strategi...
Waktu perjanjian damai dengan komunis, Dr. Mahathir, Rahim Noor dan Ardhad Raji adalah adalah pemimpin dalam bidang mereka di zaman komunis...
DAP mahu rakyat berfikir, sedangkan mereka yang dulu hidup dan berjuang menentang komunis boleh berfikiran terbuka atas isu penyeludupan abu mayat Chin Peng, mengapa rakyat mahu rasa marah!!!
Dan ketiga-tiga manusia ini sentiasa bersedia menurut segala perintah DAP, asalkan kepentingan peribadi mereka dipenuhi...
Kes penyeludupan abu mayat Chin Peng PASTI tidak akan dibawa ke mahkamah kerana Tommy Thomas akan lakukan segala-galanya untuk memastikan ianya TIDAK BERLAKU...