Saturday, February 1, 2020

Ugutan DAP, Parti Politik 'Gangster Mulut' Yang Tak Menjadi...😂😂😂


Masa zaman havoc dulu, perkataan 'gangster mulut' selalu admin dengar.

'Gangster mulut', gelaran yang diberi pada orang yang cakap berdegar-degar tapi setakat itu jer lah...😂😂😂

Macam pepatah orang Melayu, 'anjing menyalak tak akan menggigit'.

Tapi dalam pentas politik tanah air sekarang, bukan manusia saja yang ada sikap 'gangster mulut' tapi rupa-rupanya parti politik pun ada perangai 'gangster mulut'...😉😉😉

Admin terbaca ugutan Nga Kor Meng merangkap Timbalan Setiausaha Agung DAP.

"DAP tak akan teragak-agak keluar kerajaan jika UEC tak diiktiraf", kata Nga Kor Meng (BACA DI SINI).

Fuyoo...

Manyak langsi woohhh...😂😂😂

Admin yakin tu cuma gimik politik yang dah basi dari DAP.

Tak ke mana ugutan DAP tu...🤣🤣🤣


Tapi Bang Mat Sabu kita cuba bekap DAP.

Ye lah, PAN kan dah berjanji sehidup semati untuk jadi benteng pertahanan DAP.


Bang Mat Sabu kata apa yang Nga Kor Meng cakap tu adalah pendapat peribadi beliau jer, bukan keputusan DAP (BACA DI SINI)...😂😂😂

Kemonlah Bang Mat, kenyataan Nga Kor Meng berbunyi 'DAP tak akan teragak-agak keluar kerajaan jika UEC tak diiktiraf' dan bukannya 'Nga Kor Meng tak akan teragak-agak keluar kerajaan jika UEC tak diiktiraf'.

Mungkin Bang Mat Sabu yang sepatutnya agak-agak sikit bila nak tunjuk kebodohan diri sendiri dalam menjadi benteng DAP...😜😜😜

Macam yang admin kata, semua tu auta jer lebih.

Gimik politik murahan dari DAP.

Sebenarnya DAP sangat panik sebab tahu aliran sokongan dan kepercayaan masyarakat Cina pada DAP dah jauh berkurangan.

Ini terbukti dengan keputusan di PRK Tg. Piai.


Masa kempen di PRK Tg. Piai, DAP umumkan sekiranya calon PH/PPBM menang, Liew Chin Tong akan bantu atasi masaalah komunikasi antara masyarakat Cina dengan calon PH/PPBM tu (BACA DI SINI).

Kenapa DAP umumkan macam tu?

Sebagai bukti bahawa DAP masih lagi relevan pada masyarakat Cina berbanding MCA.


Kalau kita masih ingat, otai DAP, Lim Kit Siang pernah keluarkan ugutan akan bersara kalau Dr. Mahathir mungkir janji dalam rancangan peralihan kuasa (BACA DI SINI).

Tapi sampai ke saat ini, Dr. Mahathir tetap tak umumkan bila peralihan kuasa akan berlaku, malah macam 'menganjing' pulak.

Kejap 2 tahun, kejap 3 tahun, kejap bila semua masaalah selesai dan paling akhir bila semua hutang luar Malaysia selesai.

Mati beranganlah Bang Non, mana nak selesai hutangnya, tiap kali Dr. Mahathir pergi jer Jepun, Bon Samurai baru akan keluar!!!

Dan sekarang Dr. Mahathir juga jadi Menteri Pendidikan, jawatan yang dia idam-idamkan masa Pakatan Harapan mula-mula memerintah.

Alaaa, budak hingusan Nga Kor Meng nie pulak nak bagi ugutan...🤣🤣🤣

'Sedangkan bah perahu tak hanyut, inikan pula kemarau panjang'.

Lim Kit Siang punya ugutan pun Dr. Mahathir tak pedulikan, inikan pula budak hingusan Nga Kor Meng...🤣🤣🤣


Selamba badak jer Dr. Mahathir renjiskan nanti...😛😛😛

Lagi pun ugutan Nga Kor Meng jelas tak berpijak di bumi nyata.

Kalau DAP keluar dari Pakatan Harapan, dengan sendirinya parlimen akan dibubarkan sebab Pakatan Harapan akan kehilangan majoriti di Dewan Rakyat.

Beranikah ambil risiko macam tu lepas kalah dalam 5 PRK berturut-turut?

Agak-agaklah DAP, rakyat Malaysia sekarang dah bijak.

Gimik politik murahan macam tu dah tak laku lagi dah.

Tapi kalau betul-betul anak jantan, cubalah, kami di Muafakat Nasional sangat mengalu-alukan.

0 comments:

fda

Archives