Tuesday, February 11, 2020

Kegiatan Raja Dadah DAP Terbongkar, Apakah Tiada Kesalahan AMLA?, SPRM, ROS Tak Nak Siasat Ker?


16 September 2019, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) menerusi Ops Eagle Diamond yang dilakukan di Butterworth, Pulau Pinang merampas 12 tan kokain yang dicampurkan dengan 16 tan arang batu.

Berikutan itu polis menahan seorang lelaki India mengikut  Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Hasil risikan dan maklumat dari individu berkenaan, PDRM berjaya mengenalpasti penglibatan beberapa individu lain dalam sindiket itu sebelum operasi dilancarkan pada 16 Januari 2020.

Operasi bertujuan menyita semua harta yang ada kaitan dengan suspek dan sekutunya yang disyaki terlibat dengan sindiket pengedaran dadah sebagai usaha melumpuhkan sindiket secara menyeluruh dan selama-lamanya.



Dalam penyitaan tersebut, pemeriksaan pertama di sebuah gudang di Kawasan Perindustrian Perai Seberang Perai Pulau Pinang, PDRM berjaya merampas syabu seberat 4.98 kilogram, serbuk dan cecair yang disyaki kimia 114.6 kilogram serta peralatan memproses dadah syabu bernilai anggaran RM250,000.

Di gudang sama, 8 suspek lelaki iaitu 2 Cina tempatan, 5 lelaki Myanmar dan seorang warga China berusia antara 33 hingga 51 tahun ditahan dan direman sehingga 30 Januari ini untuk siasatan lanjut dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Lanjutan daripada OPs Eagle Diamond, PDRM telah merampas :

》Wang tunai berjumlah RM6,960
》Akaun simpanan yang mempunyai simpanan sebanyak  RM21,682,395.33
》Saham bernilai RM143,566,645.04 
》Hartanah bernilai RM198 juta
》Kenderaan bernilai RM2.727 juta
》Barang kemas berjumlah RM51,800 yang kesemuanya milik raja dadah.

Kesemua sitaan dibuat dibawah Seksyen 3 dan Seksyen 4 ADB (Perlucuthakan Harta) 1988 dan kesemua hartanah dan saham berkenaan dimiliki oleh raja dadah di negeri utara berkenaan disyaki hasil aktiviti haram.



Begitu sidang media yang dibuat oleh Datuk Mohd. Khalil Kader Mohamad, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Bukit Aman seperti yang dilapurkan okeh Malaysia Gazette.

Pada 30 Januari 2020 , 8 orang dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan mengedar dadah di Pulau Pinang. 



Salah seorangnya bernama Ooi Chieng Sim.

Ooi merupakan pemegang saham secara individu (bukan syarikat) yang terbesar dalam Perbadanan Bekalan Air Holdings Berhad (PBAHB), milik Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Laporan Tahunan PBAHB (setakat 1 April 2019), menyatakan Ooi menguasai 5,327,600 unit saham dalam PBA (1.61.%), iaitu ke-4 terbesar (LIHAT DI MUKA SURAT 214).

Kenyataan media PBA  pada 31 Januari 2020,  mendedahkan Ooi menguasai 6,127,600 unit saham dalam PBA (1.85%) setakat 31 Disember 2019 (BACA DI SINI).

Dalam tempoh hanya 9 bulan, Ooi telah meningkatkan pegangan sahamnya dalam syarikat air Pulau Pinang itu sebanyak 800,000 unit.

Ooi juga merupakan Pengerusi syarikat Heng Huat Resources Group dan ATTA Global Group.

Heng Huat Resources (Ooi juga pemegang saham terbesar) dilihat mempunyai hubungan yang baik dengan Kerajaan Pulau Pinang. 



Sebagai contoh, pada 14 September 2019, Ketua Menteri Chow Kon Yeow merasmikan projek baharu syarikat tersebut iaitu perusahaan sabut kelapa dengan ladang seluas 5 ekar di Setiu. 

Walau pun projek ini di Terengganu, Ketua Menteri Pulau Pinang yang merasmikannya.

Ia juga turut disertai Speaker DUN Pulau Pinang, Law Choo Kiang dan ADUN Jawi, H’ng Mooi Lye (BACA DI SINI).

Manakala itu, ATTA Global giat membeli hartanah di serata Pulau Pinang, termasuk membeli 80% saham syarikat pemaju Sunrise Manner dengan bayaran tunai RM20 juta pada 4 September 2018 (BACA DI SINI).

Rentetan Ops Diamond Eagle, 9 akaun bank milik syarikat terbabit dan anak syarikatnya dibekukan termasuk akaun bank peribadi Ooi.

Gudang yang diserbu pihak polis di Kawasan Perindustrian Prai merupakan sebahagian milik Atta Global yang disewa oleh pihak ketiga (BACA DI SINI).


Ooi Chieng Sim Mesti Di Dakwa Bawah AMLA



Seksyen 4 (1) (b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001, memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan boleh didenda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram, jika sabit kesalahan (RUJUK DI SINI).

Ternyata Ooi telah mengumpulkan kekayaan dalam waktu yang cukup singkat hasil dari aktiviti memproses dan pengedaran dadah.

Ooi bukan sahaja telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952, malah beliau juga dengan jelas telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 4 (1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Sekiranya pihak PDRM sememangnya berhasrat untuk melumpuhkan kartel dadah Malaysia secara menyeluruh dan buat selama-lamanya, skop penyiasatan juga perlu diperluaskan untuk mengenal pasti penglibatan Ooi dalam beberapa kegiatan jenayah yang lain seperti 'MBI Money Game' yang dilihat semakin rancak di Pulau Pinang (BACA DI SINI) dan peminjam wang tak berlesen (Ah Long).

Kerana kegiatan-kegiatan haram sebegini sekiranya tidak dibenteras hingga ke akar umbi, dikhuatiri akan menjana semula kewangan kartel dadah yang telah dibongkar.

ROS Perlu Siasat Apakah Hubungan Ooi Chieng Sim Dengan Parti DAP



Mengikut Seksyen 13 (IV) Akta Pertubuhan 1966, ROS boleh mengambil tindakan membatalkan oendaftaran sesuatu pertubuhan sekiranya didapati pertubuhan digunakan bagi maksud-maksud yang menyalahi undang-undang atau bagi maksud bertentabgan dengan keamanan, kebajikan, ketenteraman atau akhlak di bawah Seksyen 13 (1) (c) (BACA DI SINI).

Timbul persoalan kini, dari hubungan baik antara Ooi dengan pemimpin DAP, apakah parti DAP telah digunakan oleh Ooi sebagai tempat beliau melakukan pengubahan wang haram yang diperolehi dari hasil pemprosesan dan pengedaran dadah.



Sekiranya terbukti, maka pendaftaran DAP bawah ROS mesti dibatalkan.

Kita sudah sedia maklum akan penglibatan DAP dengan ideologi komunis.

Kita semua sudah didedahkan dengan penglibatan pemimpin-pemimpin DAP dengan kumpulan pengganas seperti LTTE.

Dan kini, sekali lagi terdedah DAP mempunyai hubungan yang baik dengan salah seorang yang disyaki terlibat dalam rangkaian kartel dadah dunia.

Apa lagi alasan yang ROS perlukan untuk mengambil tindakan terhadap DAP?

Sebagai rakyat Malaysia, kita merasa sangat malu, apabila mengetahui parti yang mendominasi Kerajaan Malaysia adalah parti politik yang terlalu banyak dikaitkan dengan kegiatan-kegiatan tidak bermaruah.

Sekiranya kita biarkan mereka terus berkuasa, apakah nasib generasi Malaysia yang akan datang?






Kredit :

Fb Korek-Korek
Portal Malaysia Gazette

0 comments:

fda

Archives