20 Disember 2019, selepas solat fardu Jumaat, DS Najib melafazkan sumpah laknat atau sumpah mubahalah di Masjid Jamek Kuala Lumpur dengan disaksikan dan diaminkan oleh ribuan umat Islam (BACA DI SINI).
Untuk rekod, sumpah laknat yang dilakukan oleh DS Najib adalah sebagai respon terhadap Akuan Bersumpah (SD) yang dibuat oleh Azilah pada 16 Disember dan beliau kini berada di penjara.
Dalam Akuan Bersumpah (SD) Azilah, beliau telah mendakwa bahawa arahan untuk membunuh mendiang Altantuya telah beliau terima sendiri dari DS Najib (BACA DI SINI).
Admin tidak mahu kupas tentang SD Azilah atau tentang sumpah mubahalah DS Najib.
Perpecahan Dan Kejatuhan Kerajaan Pakatan Harapan
Berpecahnya Pakatan Harapan yang membawa tumbangnya Kerajaan Pakatan Harapan yang membentuk kerajaan pusat dan beberapa kerajaan negeri adalah berpunca dari krisis dalaman parti-parti komponen Pakatan Harapan itu sendiri.
Walau pun dalam sidang media DAP, yang dibuat selepas mesyuarat khas kepimpinan DAP, Lim Guan Eng cuba untuk spin punca kejatuhan Kerajaan Pakatan Harapan dengan menuduh UMNO sebagai punca perpecahan (BACA DI SINI), namun apa yang terbentang dihadapan mata rakyat membuktikan sebaliknya.
Perpecahan Dalaman PKR
Bermula dari krisis dalaman PKR antara Anwar Ibrahim dan Azmin Ali, telah membawa kepada perpecahan dalam PKR, di mana akhirnya Azmin dan Zuraidah dipecat.
Rentetan dari itu, Azmin dan 10 orang Ahli Parlimen PKR telah mengisytiharkan keluar dari PKR.
Ini menyebabkan Pakatan Harapan kehilangan 11 kerusi di Dewan Rakyat (BACA DI SINI).
Dan harapan Anwar untuk menjadi Perdana Menteri ke 8 dilihat semakin sukar.
Perpecahan Dalam PPBM
Ramai yang ternanti-nanti kehadiran Dr. Mahathir di Hotel Sheraton, Petaling Jaya, tempoh hari (BACA DI SINI).
Ramai yang tidak sedar mengenai pergolakan yang berlaku dalam PPBM.
Dari sumber dalaman, ketegangan hubungan antara Dr. Mahathir dan Muhyiddin Yassin bermula dari krisis memilih Menteri Besar Johor.
Hubungan yang ibarat retak menanti belah tiba pada kemuncaknya bila 13 dari 16 Ahli Parlimen PPBM dikatakan tidak bersetuju dengan rancangan pembentukan Pakatan Nasional yang melibatkan kerjasama dengan UMNO.
Alasannya ialah kerana kebanyakan mereka adalah Ahli Parlimen UMNO yang melompat ke PPBM dan kerusi yang mereka menangi waktu PRU 14 adalah atas tiket UMNO dan kawasan itu merupakan antara kubu kuat UMNO.
Sekiranya PPBM berkerjasama dengan UMNO, sudah pasti di PRU 15 nanti, UMNO akan tuntut supaya calon UMNO yang bertanding di kawasan itu.
13 Ahli Parlimen PPBM ini dikatakan mendapat restu dari Muhyiddin Yassin.
Kalau mengikut perancangan awal, memang Dr. Mahathir dijangka hadir pada malam itu.
Tetapi disebabkan Muhyiddin Yassin juga hadir pada perjumpaan malam itu, maka Dr. Mahathir mengambil keputusan untuk tidak hadirkan diri.
Sebab itu kesemua pemimpin politik yang hadir pada malam itu bersikap mengunci mulut.
Lebih mengejutkan pada hari berikutnya Dr. Mahathir mengambil keputusan meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PPBM.
Doa Orang Yang Teraniaya Tiada Hijab
Janji Allah SWT itu pasti.
Doa orang yang teraniaya tiada hijab dengan Allah SWT.
Apa lagi bila sumpah mubahalah dilakukan dengan lafaz Wallahi, Wabillahi, Watallahi, di dalam Rumah Allah SWT serta diaminkan oleh ribuan umat Islam yang baru menyelesaikan fardu Jumaat, maka sudah PASTI laknat Allah SWT akan turun.
Siapakah yang menjadi perancang utama kepada fitnah penglibatan DS Najib terhadap rancangan pembunuhan Altantuya?
Mengapakah segala perpecahan Pakatan Harapan menjadi tidak terbendung hingga menyebabkan kejatuhan Kerajaan Pakatan Harapan selepas DS Najib melakukan sumpah mubahalah?
Benar, di mahkamah dunia, sumpah mubahalah tidak mempunyai nilai dan Akuan Bersumpah (SD) mempunyai nilai untuk dibuka kembali siasatan, namun di sisi Allah SWT, Akuan Bersumpah (SD) langsung tidak mempunyai nilai tetapi sumpah mubahalah mempunyai nilai yang tinggi hingga disegerakan laknatNya di dunia lagi, belum lagi diambil kira laknat Allah SWT di akhirat nanti.
Mungkin ada yang bertanya, kenapa tidak berlaku perpecahan dalam DAP dan PAN?
Bala akibat dari laknat Allah SWT datang dalam berbagai bentuk.
Bukankah kehilangan kuasa dan jawatan juga adalah merupakan bala dari Allah SWT juga.
Fikir-fikirkanlah dengan akal yang waras serta berlandaskan keimanan.
Janganlah kerana berbeza ideologi politik boleh menyebabkan kita masih lagi mahu bersekutu dengan perkara yang bathil.
Hakikatnya, rakyat Malaysia juga sudah ditimpa laknat dari Allah SWT.
Ketidaktentuan politik di Malaysia adalah bencana yang sedang menimpa keseluruhan rakyat Malaysia dan kesannya tidak akan habis dalam masa satu hari.
Rakyat Malaysia mesti belajar dari kesilapan yang telah dilakukan.
Janji Allah SWT adalah janji yang pasti.
22 bulan Allah SWT menguji dan menghukum rakyat Malaysia kerana mengangkat fitnah untuk menzalimi insan yang tidak berdosa.
Apakah kita masih lagi tidak mahu berfikir?
Yang Allah, kami berlindung padaMu dari kemurkaanMu.
Amin.
0 comments:
Post a Comment