Thursday, February 27, 2020

Langkah Gagal, Dr. Mahathir Jumpa SPB YDP Agong Minta Tempoh 3 Tahun PM Interim


"If you check mate Mahathir, he will bring out another king from his pocket".

Tapi malangnya kali ini, poket Dr. Mahathir bocor dan buah 'king' yang Dr. Mahathir simpan dalam poket sudah tercicir.


Berlakon sedih, menunjukkan sikap yang kononnya prihatin pada rakyat terutamanya masyarakat Melayu Islam dan negara adalah tektik lapok Dr. Mahathir untuk cuba perdaya dan mempengaruhi rakyat.

Kali ini, semua perancangan Dr. Mahathir gagal.

Bermula dari meletak jawatan sebagai Perdana Menteri ke 7, meletak jawatan sebagai Pengerusi PPBM, dilantik sebagai Perdana Menteri Interim, menggunakan Akuan Bersumpah (SD) Ahli Parlimen yang beliau yakin sudah mencukupi adalah strategi politik Dr. Mahathir yang pada awalnya mengikut perancangan beliau.

Tetapi bila Ahli Parlimen dari Muafakat Nasional yang terdiri dari UMNO, PAS, MCA dan MIC mempersembahkan kepada SPB YDP Agong bahawa SD Ahli Parlimen Muafakat Nasional yang menyokong Dr. Mahathir hanya sah sekiranya kerajaan gabungan tidak melibatkan DAP.

Sekiranya kerajaam campuran yang bakal dibentuk melibatkan DAP, maka dengan sendirinya sokongan Ahli Parlimen Muafakat Nasional kepada Dr. Mahathir batal.

Selepas mengadap SPB YDP Agong, pemimpin Muafakat Nasional membuat sidang dan menyatakan pendirian tegas mereka bahawa sokongan kepada Dr. Mahathir telah ditarik balik dan sebulat suara telah meminta perkenan dari SPB YDP Agong supaya membubarkan parlimen supaya rakyat boleh kembali memilih dalam PRU 15.

Hingga ke tahap ini Dr. Mahathir tahu bahawa perancangan beliau akan gagal lalu Dr. Mahathir cuba dapatkan sokongan dari Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Dr. Mahathir berjaya dapatkan sokongan dari GPS tetapi kerana beliau tidak lagi mendapat sokongan padu dari Ahli Parlimen Pakatan Harapan, Dr. Mahathir melalui jalan sukar untuk berkuasa.


Hampir lewat petang selepas kesemua 221 Ahli Parlimen selesai mengadap SPB YDP Agong, Dr. Mahathir mendapat perkhabaran yang lebih mengejutkan.

Dari jangkaan mendapat sokongan seramai 138 Ahli Parlimen, Dr. Mahathir cuma mendapat sokongan dari 54 orang Ahli Parlimen.

Manakala Anwar Ibrahim yang pada mulanya konon menyatakan sokongan tidak berbelah bagi pada Dr. Mahathir mendapat 92 sokongan dari Ahli Parlimen.

Manakala 61 Ahli Parlimen yang bernaung di bawah Muafakat Nasional yang terdiri dari 42 Ahli Parlimen Barisan Nasional, 18 Ahli Parlimen PAS dan 1 Ahli Parlimen PBRS minta supaya parlimen dibubarkan.

Dan baki 14 Ahli Parlimen dikatakan sama ada menyokong Muhyiddin Yassin atau Tengku Razaleigh Hamzah.

Ironinya, tidak ada satu pun dari 4 orang yang dicalonkan sebagai Perdana Menteri mendapat sokongan majoriti dan tidak ada satu pun gabungan parti politik yang mendapat majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.

Dr. Mahathir Merayu Kepada SPB YDP Agong Supaya Memanjangkan Tempoh Perdana Menteri Interim Selama 3 Tahun


Selepas kesemua 221 Ahli Parlimen selesai mengadap SPB YDP Agong, dikhabarkan Majlis Raja Raja akan mengadakan mesyuarat khas untuk menamatkan kemelut politik tanah air.

Pada sebelah petangnya, selepas membuat pengumuman khas sebagai Perdana Menteri dengan muka dan nada emosi tapi tidak berapa nak menjadi, Dr. Mahathir telah memohon mengadap SPB YDP Agong dan merayu supaya tempoh lantikan beliau sebagai Perdana Menteri Interim dilanjutkan hingga 3 tahun.

Satu langkah terdesak Dr. Mahathir untuk kekalkan kuasa!!!

Apakah Perdana Menteri Interim Sah Mengikut Perlembagaan Persekutuan?


Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan membenarkan SPB YDP Agong untuk membubarkan parlimen atas budi bicara baginda sendiri, sama ada dengan atau tanpa nasihat dari Perdana Menteri.

Memandangkan tiada Perdana Menteri ketika ini dan tiada siapa pun Ahli Parlimen pada pandangan SPB YDP Agong mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen yang lain, maka SPB YDP Agong boleh membubarkan parlimen dan menitahkan supaya pilihanraya umum di adakan.

Perlantikan Perdana Menteri Interim bukan sahaja tidak terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan malah bertentangan dengan Undang Undang Malaysia (BACA DI SINI).

Tujuan Perdana Menteri Interim adalah sebagai 'care taker' kepada kerajaan tetapi dalam keadaan sekarang, Malaysia sudah tidak lagi mempunyai kerajaan dan Perdana Menteri Interim yang tiada sebarang kuasa eksekutif adalah bersendirian dalam mentadbir Malaysia yang sudah tidak ada kerajaan.

Adalah amat mustahil untuk melanjutkan tempoh waktu sah Perdana Menteri Interim walau pun selama sebulan, apa lagi kalau hendak dilanjutkan selama 3 tahun!!!

Ampun Tuanku, rakyat Malaysia percaya, hasil mesyuarat Tuanku dengan Majlis Raja Raja akan membuat keputusan yang terbaik serta mengikut kemahuan rakyat dan tidak mengikut nafsu serakah seorang dua ahli politik yang terlalu tamak pada kuasa.

Kemahuan kami rakyat jelata ialah supaya parlimen dibubarkan dan kami boleh memilih kerajaan yang baru kerana rakyat sudah bosan dengan pemimpin dalam Kerajaan Pakatan Harapan yang terlalu banyak berpoltik hingga mengabaikan rakyat yang sedang kesusahan.

Ampun Tuanku.

0 comments:

fda

Archives