Saturday, February 29, 2020

Pertembungan Antara Muhyiddin Yassin Dan Anwar Ibrahim Untuk PM Ke 8, Bila Tommy Thomas Letak Jawatan, Apa Petandanya?


Kenyataan Media rasmi yang dikeluarkan Istana Negara lewat petang semalam jelas menunjukkan kemelut politik tanah air masih belum dapat diselesaikan.

SPB YDP Agong masih lagi belum lagi dapat memutuskan siapa yang akan dilantik sebagai Perdana Menteri ke 8.

Menurut kenyataan tersebut, dalam masa yang terdekat, SPB YDP Agong akan memanggil semua ketua pimpinan parti politik yang mempunyai wakil dalam Dewan Rakyat untuk kemukakan nama Ahli Dewan Rakyat sebagai bakal Perdana Menteri ke 8.


Percaturan sekarang hanyalah antara Muhyiddin Yassin dan Anwar Ibrahim.

Percaturan Blok Muafakat Nasional Dan PPBM


Satu kenyataan media secara bersama oleh UMNO dan PAS telah dikeluarkan sebagai blok Muafakat Nasional.

Muafakat Nasional secara rasminya mengumumkan kesemua Ahli Parlimen Muafakat Nasional (UMNO : 42, PAS : 18  PBRS : 1) seramai 61 orang akan mencalonkan TS Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri ke 8.


Ini bermakna, setakat ini yang sudah pasti Muhyiddin Yassin mempunyai pencalonan seramai 97 orang Ahli Parlimen (Muafakat Nasional : 61, PPBM : 36).

Dengan andaian Azmin dan kumpulan serpihan PKR yang mempunyai 11 orang Ahli Parlimen setuju mencalonkan Muhyiddin (mengambil kira Azmin sudah berpatah arang dan berkerat rotan dengan Anwar), maka Muhyiddin akan mempunyai 97 pencalonan dari Ahli Parlimen.

Ini bermakna Muhyiddin masih lagi memerlukan sekurang-kurangnya 15 pencalonan dari Ahli Parlimen untuk menjadi Perdana Menteri ke 8.

Tiada cara lain, kem Muhyiddin mesti mendapatkan sokongan dari Ahli Parlimen Sabah atau Ahli Parlimen Sarawak.

Sekiranya kem Muhyiddin gagal mendapatkan sokongan dari Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak maka pencalonan Anwar sebagai Perdana Menteri ke 8 dari kem PKR, DAP dan PAN akan berjaya.

Salah satu dari dua kemungkinan ini yang akan berlaku :


》Sekiranya Muhyiddin menjadi Perdana Menteri ke 8, maka gabungan Muafakat Nasional, PPBM, kem Azmin Ali dan gabungan Sabah dan Sarawak akan memerintah Malaysia hingga akhir penggal.

Satu kerajaan gabungan Melayu Islam dan Bumiputera tanpa mengenepikan kepentingan kaum minoriti yang lain akan terbentuk.

In Sya Allah keadaan akan pulih seperti sebelumnya.

Ini berdasarkan rekod pemerintahan Barisan Nasional di peringkat pusat dan pemerintahan PAS di peringkat negeri.


》Sekiranya Anwar menjadi Perdana Menteri ke 8, satu kerajaan yabg didominasi oleh DAP akan terbentuk.

Tanpa PPBM dan dengan cuma segelintir Ahli Parlimen Melayu Islam di PKR, kemusnahan akan terus berlaku pada negara.

Keyakinan pelabur asing terhadap Malaysia akan terus jatuh kerana tidak banyak perubahan pada barisan menteri kabinet yang sebelum ini telah menghancurkan ekonomi negara.


Dalam satu perkembangan lain, portal The Edge melaporkan Peguam Negara, Tommy Thomas, telah meletak jawatan (BACA DI SINI).

Apakah ini satu petanda bahawa Muhyiddin Yassin sudah mendapatkan bilangan yang mencukupi untuk menjadi Perdana Menteri ke 8?

Andaian ini dibuat kerana seperti yang kita sedia maklum, perlantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara adalah atas kehendak DAP dan DAP berada dalam pakatan Anwar!!!

Semuga Allah SWT akan mentakdirkan yang terbaik untuk rakyat Malaysia khususnya umat Islam dan negara tercinta ini.

Segala-galanya kami serahkan padaMu Ya Allah.

0 comments:

fda

Archives