Monday, February 24, 2020

Jangan Pelik Bila Tommy Thomas Gugurkan Kes LTTE, Bukankah Dia Dahulu Peguam Chin Peng!!!


Tommy Thomas tarik balik pertuduhan terhadap 12 tertuduh yang dikaitkan kumpulan pengganas LTTE berkuat kuasa serta merta.

Hal ini sekaligus melepaskan segala pertuduhan terhadap Exco Melaka, G. Saminathan dan ADUN Seremban Jaya, P. Gunasekaran iaitu pemimpin DAP yang menyokong kumpulan pengganas LTTE.

Alasan Tommy Thomas mudah, adalah tidak menjadi kesalahan untuk individu mempunyai idola yang diagungkan.

Lebih mengejutkan Tommy Thomas telah mengarahkan kerajaan untuk kaji semula gazet kumpulan pengganas LTTE yang dibuat pada tahun 2012!!!

Dahsyat Tommy Thomas nie, dah betul-betul besar kepala!!!

Persoalannya, apakah menganggungkan Osama bin Laden dan Abu Bakr al-Baghdadi juga tidak menjadi kesalahan di Malaysia?


Apakah kenyataan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism (E8), Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, yang mengatakan salah seorang suspek yang ditangkap terlibat dalam perancangan serangan di Bangunan Kedutaan Sri Lanka, Kuala Lumpur masih lagi asas untuk melakukan pendakwaan?

Mana-mana tokoh yang terlibat dengan aktiviti keganasan tidak sepatutnya dijadikan idola kerana ianya akan mendorong ideologi terrorisme berkembang subur di Malaysia.

Kestabilan politik dan ketenteraman awam adalah keutamaan pihak PDRM dan kerajaan.

Tindakan ini adalah berbahaya kepada negara dan juga rakyat Malaysia kerana selama ini kerajaan Barisan Nasional tidak pernah melepaskan mana-mana individu yang disabitkan dengan kumpulan pengganas.

Maruah Malaysia juga telah dicalarkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan kerana negara luar seperti India, Amerika Syarikat, Sri Lanka dan Kesatuan Eropah mengklasifikasikan LTTE sebagai kumpulan pengganas yang diharamkan di negara mereka.

Tapi di Malaysia, atas nama Malaysia Baru, Tommy Thomas si Peguam Negara telah 'menghalalkan' sokongan pada pengganas LTTE dan bukan menjadi satu kesalahan.

Jelas Kerajaan Pakatan Harapan dan Peguam Negara bukan sahaja telah mencabul kedaulatan undang-undang negara tetapi juga telah menongkah arus ketetapan antarabangsa semata-mata kerana tunduk dengan kepentingan politik DAP.

Tidak mustahil, sekiranya Pakatan Harapan terus memerintah dan Tommy Thomas terus menjadi Peguam Negara, satu hari nanti Malaysia akan menjadi negara tumpuan pengganas seperti DAESH, Abu Sayaf dan juga LTTE.

Menjadikan tanah air kita sebagai tapak yang cukup subur sebagai pusat operasi pengganas kerana kerajaan yang memerintah negara mengiktiraf kehadiran mereka.

Respon Mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan


Dalam pada itu, mantan Ketua Polis Negara, TS Musa Hassan berkata, keputusan itu seolah-olah menunjukkan LTTE, yang masih disenaraikan sebagai sebuah kumpulan pengganas oleh Kesatuan Eropah (EU) sehingga kini, seolah-olah istimewa berbanding kumpulan pengganas lain.


Menurutnya, sekiranya pihak yang mengagungkan atau bersimpati dengan mana-mana individu atau kumpulan pengganas tidak menjadi kesalahan, mengapa bekas pelajar Universiti Malaya (UM), Aishah Atan dipenjarakan atas dakwaan memiliki 12 buku mempromosi fahaman militan tiga tahun lalu? (BACA DI SINI).

"Bagi saya, keputusan dibuat (Peguam Negara) adalah berat sebelah".

"Mengapa LTTE dilayan sebagai sebuah kumpulan berbeza berbanding kumpulan pengganas atau militan lain?"

"Dalam satu laporan akhbar antarabangsa, Daily Mirror semalam, LTTE terus disenaraikan sebagai sebuah kumpulan pengganas dalam senarai terkini individu dan organisasi yang dikaitkan dengan aktiviti keganasan oleh Kesatuan Eropah".

"Kalau tindakan menyimpan gambar pemimpin pengganas tidak termasuk dalam elemen-elemen 'perbuatan pengganas', kerajaan kena bebaskan juga Aishah dan orang lain dikaitkan pengganas," katanya.

Keputusan Tommy Thomas bukan sahaja mengejutkan rakyat Malaysia malah mengejutkan masyarakat antarabangsa tapi bukan satu perkara yang pelik kerana Tommy Thomas adalah peguam yang mewakili Chin Peng dalam usaha beliau masuk semula ke Malaysia!!!



Kredit :

Fb Dr. Najmil Faiz Mohamed Aris
Fb Unit Media Wangsa Maju


0 comments:

fda

Archives