Wednesday, February 19, 2020

Melayu Islam Terus Di Miskinkan Oleh Kafir Harbi DAP, Mujahid Yang Mengaku Pejuang Buat Apa?


Harta Tabung Haji (TH) terus dijarah dan dimamaj oleh kafir harbi DAP.

Terkini, 4 buah hotel kepunyaan TH akan ditamatkan operasinya.


14 Disember 2018, syarikat tujuan khas (SPV) kononnya untuk 'menyelamatkan' Tabung Haji ditubuhkan di bawah Kementerian Kewangan.

Syarikat tersebut ialah Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB).

28 Disember 2018, sebahagian aset Tabung Haji dipindahkan ke UJSB.

Aset tersebut terdiri daripada 29 hartanah, 1 syarikat tidak tersenarai dan 106 sekuriti ekuiti domestik.

Jumlah perpindahan ialah RM19.9 bilion.

Antara aset yang dipindahkan ialah beberapa hotel milik Tabung Haji di bawah anak syarikatnya, Tabung Haji Hotel and Residence (THHR).


17 Februari 2020, sesudah setahun di bawah syarikat milik Kementerian Kewangan, 4 hotel Tabung Haji akan ditutup berkuatkuasa 1 April 2020 ini (BACA DI SINI) dan (DI SINI).

Ia hanya berlaku selepas 7 tahun Tabung Haji bergiat dalam bidang perhotelan.

Sejumlah pekerja (tidak dimaklumkan berapa) akan ditamatkan perkhidmatan.

Hal ini amat bercanggah dengan apa yang dijamin oleh Menteri bertanggungjawab, Mujahid Yusof yang berkata, tiada kerugian dialami oleh pihak Tabung Haji melalui SPV malah ia adalah kaedah paling berkesan untuk menyelamatkan TH (BACA DI SINI).

Kalau tanya pada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, awal-awal lagi beliau sudah menepis dengan mengatakan, SPV adalah tanggungjawab Mujahid (BACA DI SINI).

Berapa banyak hotel milik Tabung Haji yang telah diusahakan selama ini?

Dalam negara :

》Movenpick Hotel and Convention Centre KLIA, Sepang
》TH Hotel and Convention Centre Kuching, Sarawak
》TH Hotel and Convention Centre Alor Star, Kedah
》TH Hotel and Convention Centre Terengganu
》TH Hotel Penang
》TH Hotel Kota Kinabalu, Sabah
》TH Hotel Kelana Jaya, Selangor

Luar negara :

》Centrica Global Headquarters, 10 Queen Street Place London and Unilever House di United Kingdom
》Imperial Hurstville Sydney di Australia;
》Hajar Tower Makkah
》Al-Haram Hotel Madinah
》Al-Saha Hotel Madinah
》Al-Anwar Hotel Madinah.


Dari tahun lepas, isu penjualan aset tanah TH Plantations secara besar-besaran (76,957 hektar daripada keseluruhan 101,000 hektar).

Pernah dibangkitkan oleh pemimpin pembangkang, tapi menteri bertanggungjawab, Mujahid Yusof tampil menjawab.

"Sedangkan persoalan yang perlu ditanya ialah mengapa mereka membeli tanah-tanah ini dulu sehingga tanah ini terpaksa dijual dan THP mengalami kerugian." (BACA DI SINI).

Hakikatnya :


》TH Plantations hanya mengalami kerugian semenjak PH ambil alih.

》Jual beli aset adalah biasa.

Namun, jual secara besar-besaran adalah luar biasa.

Jual ketika harga sawit semakin pulih adalah lebih luar biasa.

Jual tanah yang didakwa rugi, tetapi tiba-tiba ada pembeli, juga luar biasa.

Jual pada harga yang jauh lebih rendah daripada nilai buku, dengan kadar diskaun yang tinggi, juga sangat luar biasa.


》Awal ditubuhkan, pada tahun 1971, TH Plantations memiliki hanya 2,196 hektar tanah.

Selepas lebih 40 tahun, jumlah keluasan tanah milik TH Plantations mencecah lebih 100,000 hektar.

》Pada 2011 sehingga 2014, TH Plantations menggandakan pemilikan tanah secara agresif, sesuai dengan potensi dan suasana positif ekonomi sawit, ditambah dengan kemampuan tadbir urus yang baik.

Ini pelaburan jangka panjang membabitkan pendapatan puluhan tahun mendatang.

》Apabila jatuh ke tangan PH, prestasi TH Plantations merosot teruk, paling buruk dalam sejarah.

Belum pernah aset TH Plantations 'digadai lelong' sebegini.

》Keluasan aset tanah yang sedang dijual zaman PH ini berjumlah lebih 76% daripada keseluruhan ladang milik TH Plantations.

Selepas selesai penjualan, keluasan akan tinggal hanya 24,000 hektar, lebih rendah daripada tanah yang dimiliki pada tahun 1997.

Lalu, dengan mudah Mujahid mahu mempertikai kenapa tanah-tanah tersebut dibeli oleh pengurusan terdahulu.

》Dengan prestasi kewangan yang teruk ini, Mujahid sebenarnya boleh memelihara aset tanah agar kekal di tangan umat Islam.

Menurut seksyen 17 (1) Akta Tabung Haji 1995, Menteri boleh meluluskan bantuan kewangan Lembaga TH kepada mana-mana anak syarikatnya.

Mujahid juga dilihat mengambil sikap lepas tangan, sedangkan menurut, seksyen 10 (1), Menteri boleh mengeluarkan apa-apa arahan am dan Lembaga TH hendaklah kuatkuasakannya.

Sememangnya kafir harbi DAP tidak akan berpuas hati selagi tidak dapat menyaksikan TH berada dalam kedudukan kewangan yang cukup lemah.

Tidak mustahil, sebelum berakhirnya penggal pemerintahan PH, kerajaan akan umumkan tiada lagi subsidi atau bantuan kerajaan melalui TH pada jemaah yang mahu menunaikan fardu haji.

Ini bermaksud, siapa saja yang mahu menunaikan fardu haji mesti menampung sendiri segala kos menunaikan fardu haji yang dianggarkan lebih dari RM20K seorang.

Inilah matlamat kafir harbi DAP sebenarnya.

Sampai bila pila Mujahid akan terus berdiam diri dengan tindakan penjualan aset TH, malah mempertahankannya?

Apakah masyarakat Melayu Islam akan terus membisu, walau pun sedang dibangsatkan di tanah air sendiri oleh kafir harbi DAP?



Kredit :

Fb Korek Korek

0 comments:

fda

Archives