Tuesday, March 3, 2020

Tugas Berat Menanti Pemimpin Dan Penyokong Muafakat Nasional


In Sya Allah, pemimpin-pemimpin Muafakat Nasional akan mengetuai pejabat kementerian-kementerian yang ada di Putrajaya bila kabinet baru dibentuk oleh Perdana Menteri ke 8, TS Muhyiddin Yassin.

Di sebalik kegembiraan pemimpin dan penyokong Muafakat Nasional, sebenarnya ada tugas yang sangat berat sedang menunggu kita

Almarhum guru admin pernah berpesan, kesusahan dan kesenangan dalam kehidulan manusia adalah ujian dari Allah SWT.

Allah SWT telah memakbulkan doa kita semua untuk menyingkirkan DAP dan pemimpin-pemimpin yang bersekutu dengan DAP dan sekarang Allah SWT menguji kita dengan kuasa.

Perkongsian Kuasa Yang Di Pimpin Oleh Kawan Yang Pernah Menjadi Lawan


PPBM ditubuhkan oleh Dr. Mahathir atas kehendak DAP dan matlamat utama PPBM ditubuhkan adalah untuk membunuh UMNO (BACA DI SINI).

Kini, pemimpin Muafakat Nasional yang akan menganggotai kabinet yang baharu akan diketuai oleh pemimpin utama parti yang menjadi seteru utama UMNO dan pemimpin yang pernah menjadi Timbalan Presiden UMNO.

Bukanlah maksud admin UMNO sudah melakukan kesilapan dengan bersetuju memberikan sokongan pada Muhyiddin Yassin, tak salah bersama-sama PPBM sekiranya itu baik untuk ugama, bangsa dan tanah air, cuma kemesraan dan kepercayaan pada kawan yang membantu kita di waktu susah pasti berbeza dengan lawan yang bersama kita di waktu senang.

Tapi kalau kedua-dua pihak ikhlas memberi dan menerima, apa salahnya bergandingan dan berjalan bersama.

Harapan Rakyat Dan Serangan Dari Pembangkang


Bila Kerajaan Pakatan Harapan tumbang, kebanyakan rakyat bersyukur dan gembira.

Di sebalik kegembiraan rakyat, ada harapan yang cukup tinggi dari rakyat pada barisan kabinet baru terutamanya pemimpin Muafakat Nasional.

Rakyat akan melihat dan menunggu apakah pemimpin Muafakat Nasional mampu selesaikan masaalah ekonomi yang semakin hari semakin menghimpit kehidupan seharian rakyat, apakah Kedaulatan Undang Undang dan Keluhuran Perlembagaan benar-benar dapat ditegakkan dan bukan sekadar polemik politik untuk meraih populariti.

Bagi masyarakat bukan Melayu, mereka ternanti-nanti, apakah kerajaan baharu benar-benar tidak membuat dasar yang menindas mereka seperti yang diwar-warkan sebelum ini?

Masyarakat Islam sudah pasti tertunggu-tunggu siasatan yang telus terhadap semua aset-aset Melayu Bumiputera di Lembaga Tabung Haji (TH), Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang dijual secara besar-besaran oleh PAN dan DAP dan diwaktu yang sama, pembangkang pasti akan spin siasatan yang diambil itu sebagai tindakan yang bersifat membalas dendam dan bukannya untuk menegakkan Rule Of Law.

Kita berharap barisan kabinet baharu yang akan dibentuk adalah terdiri dari menteri yang benar-benar berkelayakan kerana setiap kegagalan kabinet baharu, pasti akan membuka ruang untuk musuh melakukan serangan terutamanya kepada UMNO.

Pemimpin Muafakat Nasional Terutamanya Pemimpin UMNO Mesti Mengubah Sikap


Antara beberapa faktor utama yang menyebabkan UMNO tumbang dalam PRU 14 ialah sikap angkuh dan sombong pemimpin UMNO kepada rakyat.

Ini diakui oleh pemimpin veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li (BACA DI SINI).

Sikap sombong yang dizahirkan oleh pemimpin UMNO di khalayak ramai seperti berjalan dengan meletakkan tangan dibelakang, tidak mahu turun padang untuk bertemu rakyat, berucap dengan nada angkuh adalah sikap yang menimbulkan kebencian rakyat kepada pemimpin UMNO yang akhirnya menyebabkan rakyat menolak UMNO ketika PRU 14.


Antara faktor yang membuatkan populariti DS Najib melonjak walau pun sebelum PRU 14 beliau dikecam hebat ialah sikap santai dan mesra rakyat beliau.

Rakyat merasakan begitu dekat dengan beliau, rakyat merasakan tiada tembok penghalang antara beliau dengan rakyat.


Cuba kita lihat, mengapa DS Muhamad Hassan atau Tok Mat Hassan begitu disenangi oleh rakyat malah oleh kawan dan lawan beliau?

Cara bercakap beliau yang bersahaja dengan nada rendah tetapi penuh informasi membuatkan rakyat merasa sangat selesa.

Inilah sikap yang mesti ada kepada setiap pemimpin UMNO sekarang.

Pepatah Melayu ada mengatakan, takkan hilang bisanya ular yang menyusur akar.


Faktor lain yang juga sangat penting yang telah menyebabkan kejatuhan UMNO di PRU 14 ialah rakyat tidak mendapat penjelasan yang betul terhadap fitnah yang dilemparkan pihak lawan kepada pemimpin UMNO dari barisan kepimpinan UMNO sendiri.

Sosial media adalah medium yang sangat penting untuk dimenafaatkan oleh pemimpin UMNO.

Ia adalah medium yang paling berkesan untuk memberikan apa-apa penjelasan kepada rakyat.

Penjelasan yang dibuat oleh barisan kepimpinan tertinggi UMNO mestilah berbeza penyampaiannya dengan hujahan yang dibuat oleh cytro UMNO.

Penjelasan dari kepimpinan tertinggi UMNO mestilah bersertakan fakta dan penerangan yang jelas dan ianya mesti dilakukan dengan sekerap mungkin.


Mengapa DS Najib, Datuk Ahmad Maslan semakin diterima oleh rakyat?

Antara faktornya ialah hantaran-hantaran mereka yang ringkas tetapi padat dan disertakan fakta yang mudah difahami secara kerap dan konsisten setiap hari.

Sikap inilah yang tidak ada pada kebanyakan pemimpin utama UMNO.

Kita mempunyai puluhan pemimpin yang menjadi Majlis Kerja Tertinggi UMNO, tidak termasuk barisan Ketua Pemuda, Ketua Puteri, Ketua Wanita, Naib Presiden, Timbalan Presiden dan Presiden UMNO.

Berapa peratuskah di antara mereka yang aktif memberi penjelasan dan mengemaskini maklumat hal ehwal semasa kepada rakyat?

Cuba fikirkan, sekiranya setiap dari mereka memenafaatkan sepenuhnya media sosial, berapa banyak hantaran yang menjelaskan keadaan yang sebenar ke atas isu-isu terkini dapat dihantar kepada rakyat?


Kekosongan ruang yang ditinggalkan oleh pemimpin UMNO telah dimenafaatkan sepenuhnya oleh Pakatan Harapan dan rakyat kita tinggalkan dengan mendapat maklumat dari sebelah pihak sahaja.

Akhirnya rakyat terpengaruh dengan fitnah yang dilemparkan.

Benar, UMNO mempunyai Biro Penerangan, UMNO mempunyai cytro yang pro kepada UMNO tetapi dalam isu-isu besar, rakyat mahu penjelasan dari pemimpin tertinggi.

UMNO perlu menutup segala ruang untuk pihak lawan menabur fitnah.


Contoh yang terbaik ialah DS Najib keluarkan kenyataan, walau Pakatan Harapan sudah tumbang, beliau akan terus menegakkan keadilan di mahkamah (BACA DI SINI).

Ini disusuli dengan kenyataan Setiausaha Agong UMNO, TS Annuar Musa, yang mengatakan jangan diganggu proses keadilan yang sedang berjalan di mahkamah walau pun Pakatan Harapan sudah tumbang (BACA DI SINI).

Kenyataan awal begini akan menutup terus ruang fitnah dari pihak lawan.

Rumusannya, pemimpin Muafakat Nasional terutamanya UMNO mesti mengubah sikap.

Jadilah pemimpin yang inklusif bukannya pemimpin yang eksklusif, jangan gunakan kuasa yang ada sebagai wadah untuk membalas dendam tetapi gunakan kuasa yang ada untuk berkhidmat dengan lebih berkesan kepada rakyat, buangkan sikap sombong dan angkuh.

Kalau ini dapat dilakukan, admin yakin, rakyat pasti akan sentiasa berada bersama-sama UMNO di waktu susah dan senang.

0 comments:

fda

Archives