9 Mac 2020, Perdana Menteri Malaysia ke 8, TS Muhyiddin Yassin mengumumkan senarai jemaah Menteri dan Timbalan Menteri beliau.
Agak mengejutkan bila Muhyiddin umumkan barisan kabinet beliau tidak mempunyai Timbalan Perdana Menteri.
Ia dianggotai oleh 31 orang jemaah Menteri termasuk 4 orang Menteri Kanan dan 38 orang Timbalan Menteri.
Jumlah keseluruhan anggota kabinet Muhyiddin adalah seramai 70 orang termasuk beliau sebagai Perdana Menteri.
Barisan Kabinet Baru Tanpa Timbalan Perdana Menteri
Menimbulkan satu persoalan besar, dengan satu barisan kabinet yang besar dan tempoh pentadbiran yang berbaki lebih dari 3 tahun, Muhyiddin mengosongkan jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Apakah Muhyiddin melihat tiada keperluan untuk mempunyai seorang Timbalan Perdana Menteri atau Muhyiddin sengaja mengosongkan jawatan tersebut untuk satu tempoh tertentu sebelum seseorang dilantik bagi mengisi jawatan tersebut?
Kerajaan Muhyiddin sekarang dalam keadaan yang cukup kritikal.
Dari maklumat yang diterima, apabila Dewan Rakyat bersidang pada 5 Mei 2020 nanti, usul undi tidak percaya sudah hampir pasti akan dilakukan oleh Pakatan Harapan terhadap beliau dan sekiranya ini berlaku, besar kemungkinan Muhyiddin tidak akan dapat majoriti untuk mengekalkan jawatan Perdana Menteri.
Kalau kita lihat pada Jelajah Harapan yang telah dimulakan oleh pemimpin Pakatan Harapan, cuma pemimpin kelas kedua mereka saja seperti Mat Sabu, Khalid Samad, Saifuddin Nasution dan beberapa orang lagi pemimpin yang kurang menyengat terlibat.
Di manakah pemimpin utama mereka seperti Dr Mahathir, Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng?
Apakah mereka sedang giat untuk memancing Ahli Parlimen yang berada dalam blok kerajaan supaya menyokong usul undi tidak percaya nanti?
Beberapa signal dari beberapa orang pemimpin politik seperti Dr Mahathir, Anwar Ibrahim dan Wan Azizah memberi gambaran bahawa kemungkinan besar usul undi tidak percaya sama ada tidak akan dilakukan atau akan gagal sekiranya dilakukan pada 5 Mei 2020 nanti.
Pada 10 Mac 2020, Wan Azizah membuat kenyataan, sekiranya PRU 15 diadakan dalam jangkamasa terdekat, Anwar yang akan mengetuai Pakatan Harapan dan bukannya Dr Mahathir (BACA DI SINI)...🤔🤔🤔
Kenyataan Wan Azizah itu sebagai membalas kenyataan Dr Mahathir yang menuduh Anwar gila-gila hendak menjadi Perdana Menteri (BACA DI SINI).
Dalam kenyataan balas pula, Anwar mengatakan bukan beliau gila-gila mahu menjadi Perdana Menteri tetapi ianya adalah persetujuan bersama pemimpin Pakatan Harapan sejak tahun 2018...
Paling mengejutkan, di kala semua pemimpin Pakatan Harapan menyatakan keyakinan bahawa Kerajaan pimpinan Muhyiddin akan tumbang pada 5 Mei 2020, secara tiba-tiba Dr Mahathir pula menyatakan bahawa usul undi tidak percaya yang akan dilakukan nanti tidak akan berjaya kerana Muhyiddin sudah berjaya mendapatkan bilangan majoriti Ahli Parlimen yang akan menolak usul tersebut (BACA DI SINI)...🤔🤔🤔
Apakah Dr Mahathir akan berpeluk tubuh dan berdiam diri melihat peralihan sokongan Ahli Parlimen yang semakin memihak pada Muhyiddin?
Dan jangan terkejut bila baru-baru ini Dr Mahathir keluarkan kenyataan yang Muhyiddin tidak mengkhianati beliau secara peribadi (BACA DI SINI).
Dan Muhyiddin pula seakan mengesahkan konspirasi terbaru ini bila mengeluarkan kenyataan, sekiranya beliau tiada, Azmin sebagai menteri kanan akan mempengerusikan mesyuarat kabinet (BACA DI SINI).
Umum tahu mengenai hubungan baik antara Azmin dan Dr Mahathir dan umum juga tahu Dr Mahathir kes seks luar tabiee Azmin boleh Dr Mahathir jadikan senjata yang cukup berkesan terhadap Azmin nanti.
Adakah jawatan Timbalan Perdana Menteri yang Muhyiddin sengaja kosongkan itu merupakan syarat utama perjanjian antara Dr Mahathir dan Muhyiddin (BACA DI SINI).
'If you check mate Dr Mahathir, he will bring out another king from his pocket".
Dan mungkinkah 'reserve king' itu adalah jawatan Timbalan Perdana Menteri untuk Mukhriz Mahathir aka Boboi!!!
Kita hendak bertanya pada Muhyiddin, jawatan Timbalan Perdana Menteri sebenarnya tiada keperluan atau sudah ada perjanjian?
0 comments:
Post a Comment