Saturday, March 14, 2020

Skrip TDM-TSMY Untuk Pelampong Mukhriz Ke TPM


Otto von Bismarck menulis sebuah buku bertajuk Politics Is The Art Of Possible.

Secara ringkasnya, Otto von Bismarck menerangkan, seni politik itu berbagai-bagai dan segala kemungkinan luar jangkaan boleh berlaku hasil dari permainan ahli politik.

Dalam Malaysia, memang kita akui, Dr Mahathir ialah 'political goddess' yang tiada tandingannya.

Menjatuhkan 2 orang Perdana Menteri Malaysia yang masih berada di puncak kuasa dan 3 orang Timbalan Perdana Menteri adalag pencapaian Dr Mahathir dalam seni politik beliau yang masih belum boleh disaingi.

Dalam mencapai matlamat politik beliau, pasti ada jalan cerita ke arah itu dan untuk menzahirkan jalan cerita, mesti ada skrip yang menarik malah adakalanya mengelirukan.

Drama Politik Terkini Dr Mahathir


Drama terkini yang sedang diarahkan oleh Dr Mahathir akan mempunyai 'happy ending' untuk anak bongsu kesayangan beliau Mukhriz aka Boboi.

Matlamatnya ialah untuk menaikkan Boboi sebagai Timbalan Perdana Menteri sebelum pergi ke jawatan Perdana Menteri.

Tetapi Dr Mahathir tahu, selagi beliau berada dalam Pakatan Harapan, maka beliau akan terikat dengan janji peralihan kuasa dan beliau juga tahu masa semakin suntuk.

Kerajaan Pakatan Harapan yang terdahulu mempunyai majoriti mudah dalam Dewan Rakyat, ini bermakna sekiranya ada mana-mana parti komponen yang keluar dari Pakatan Harapan, maka Kerajaan Pakatan Harapan akan runtuh seperti yang berlaku sekarang dan Dr Mahathir nampak ruang itu.


Langkah pertama Dr Mahathir ialah cuba menarik seberapa ramai MP UMNO supaya melompat ke PPBM, supaya bila PPBM keluar dari Pakatan Harapan, Kerajaan Pakatan Harapan akan runtuh tanpa perlu bantuan dari mana-mana parti komponen yang lain.

Memandangkan sambutan dari MP UMNO kurang memberangsangkan, Dr Mahathir memulakan langkah kedua, iaitu memecah belahkan PKR.


Bila PKR sudah berpecah kepada 2 kumpulan dan dicampurkan dengan jumlah MP UMNO yang sudah lompat ke PPBM, kini Dr Mahathir mula berikan tekanan kepada Anwar dan Pakatan Harapan dengan berdolak dalih tentang isu peralihan kuasa dan mengadakan pertemuan dengan pemimpin PAS dan UMNO dan meminta mereka menyatakan sokongan terbuka kepada Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri.

Skrip Dr Mahathir Dan Muhyiddin Bermula


Bila Anwar dan Pakatan Harapan sudah menjadi ibarat cacing kepanasan, maka Dr Mahathir sudah bersedia untuk buka gelanggang yang sebenar, maka bermulalah skrip Dr Mahathir dan Muhyiddin Yassin untuk menaikkan Mukhriz sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Seperti yang dijangkakan Dr Mahathir, beliau akan ditekan hebat dalam Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan untuk menyatakan dengan pasti tarikh peralihan kuasa.

Konon-kononnyalah, sebab Dr Mahathir kecewa dengan sikap pemimpin Pakatan Harapan, maka beliau pun meletak jawatan sebagai Perdana Menteri untuk menunjukkan bahawa beliau bukan tamak kuasa.

Satu Malaysia terkejut dan Dr Mahathir buat lagi satu kejutan bila dalam mesyuarat MPT PPBM, Dr Mahathir meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PPBM pula dengan alasan kononnya tidak sependapat dengan Muhyiddin yang mahu berkerjasama dengan UMNO.

Ini dilakukan supaya Muhyiddin akan tercalon sebagai Perdana Menteri dengan pengunduran Dr Mahathir.

Pendedahan Setiausaha Politik Dr Mahathir yang lawan nya sampai tepuk meja dalam mesyuarat tersebut hanyalah lakonan yang tersangat layak menerima anugerah Grammy Award.

Kononnya hendak bagi gambaran bahawa semua keputusan berkerjasama dengan UMNO bukan kehendak Dr Mahathir.

Ditimbulkan pula isu sama ada Dr Mahathir atau Muhyiddin yang mempunyai kuasa penentu dalam PPBM supaya Dr Mahathir tidak diserang terus-terusan oleh Pakatan Harapan.

Menambah perisan, Dr Mahathir pula mengakui, kononnya PPBM dah berpecah dua, satu team Dr Mahathir dan satu lagi team Muhyiddin.

Kita tahu PPBM akan mengadakan pemilihan parti.

Sebelum diadakan pemilihan, Dr Mahathir keluarkan pula kenyataan 'double meaning' bahawa kemungkinan besar undi tidak percaya ke atas Muhyiddin dalam Dewan Rakyat nanti tidak berjaya dengan alasan beliau sekarang Perdana Menteri dan boleh bagi 'gula-gula', ramai yang sebelum ini menyokong Dr Mahathir, kini sudah beralih menyokong Muhyiddin.

Ini dilakukan supaya tidak nampak ada konspirasi antara Dr Mahathir dan Muhyiddin.

Klu sudah diberi, bila tiba pemilihan parti PPBM nanti, Muhyiddin akan cabar Dr Mahathir untuk jawatan Pengerusi PPBM dan jawatan Presiden akan kekosongan, maka ia akan memberi laluan mudah untuk Mukhriz.

Dalam pertandingan yang konon-kononnya sengit itu nanti, Muhyiddin akan dapat mengalahkan Dr Mahathir dan Mukhriz pula akan selesa menjadi Presiden PPBM.

Maka ketika itulah, jawatan Timbalan Perdana Menteri yang sengaja Muhyiddin kosongkan itu (BACA DI SINI), akan diisi oleh Mukhriz dengan alasan sudah ada keperluan.

'Game' sudah tamat?

Belum lagi, bila tiba PRU 15 nanti, skrip berikutnya, atas alasan kesihatan maka Muhyiddin akan akan bersara dan berikan laluan kepada Mukhriz untuk menjadi Perdana Menteri.

Kalau Muhyiddin engkar, Dr Mahathir dah berikan amaran awal, walau pun beliau bukan lagi Perdana Menteri tetapi beliau tetap rasa bertanggungjawab untuk 'menegur' sekiranya Perdana Menteri melakukan kesalahan.

Dan 'teguran' Dr Mahathir sudah menjatuhkan 2 orang Perdana Menteri Malaysia!!!

0 comments:

fda

Archives