Tuesday, March 24, 2020

Apakah Karier Politik Dr. Mahathir Sudah Berakhir Bila Di Singkir Dari PH


Dalam satu sidang media baru-baru , Anwar secara rasminya mengumumkan bahawa Dr. Mahathir tidak lagi bersama Pakatan Harapan atau dalam ertikata lain, keanggotaan Dr Mahathir dalam Pakatan Harapan telah dilucutkan (BACA DI SINI).

Anwar juga memaklumkan, Dr. Mahathir ada meminta supaya pemimpin Pakatan Harapan menemui beliau untuk berbincang tetapi beliau tidak menemui Dr. Mahathir atas alasan pada ketika itu beliau mempunyai sidang media.


Dalam satu kenyataan lain, Anwar mengakui bahawa beliau sudah tidak lagi mempercayai Dr. Mahathir kerana sudah dua kali dipermainkan oleh Dr. Mahathir (BACA DI SINI).

Sekarang ini Anwar adalah pemimpin utama Pakatan Harapan dan kenyataan-kenyataan yang beliau keluarkan merupakan masej yang cukup jelas bahawa bukan sahaja beliau malah Pakatan Harapan sudah menutup ruang untuk Dr. Mahathir.

Apakah Dr. Mahathir Akan Kembali Menerajui PPBM?


Dr. Mahathir bukan lagi Pengerusi PPBM adalah enyataan tegas yang dikeluarkan oleh Presiden PPBM, Muhyiddin.

Malah kenyataan Muhyiddin itu disusuli pula dengan tindakan beliau memecat Setiausaha Agung PPBM, Marzuki Yahya, yang diketahui sebagai penyokong tegar Dr. Mahathir (BACA DI SINI).



Walau pun mendapat bantahan dari Dr. Mahathir, namun Muhyiddin tetap bertegas untuk mempertahankan tindakan beliau.


Tindakan Muhyiddin itu dilihat sebagai untuk menghapuskan pengaruh dan cengkaman Dr. Mahathir di dalam PPBM sebagai persediaan menghadapi pemilihan PPBM nanti (BACA DI SINI).

Namun ada juga pendapat, ini dirancang sebagai pembuka laluan kepada Dr. Mahathir untuk kembali menjadi Perdana Menteri.

Dr. Mahathir tidak akan bertanding untuk jawatan Presiden PPBM dan Muhyiddin tidak akan bertanding untuk jawatan Pengerusi PPBM.

Selepas pemilihan PPBM, Dr. Mahathir akan dipilih semula sebagai Pengerusi PPBM.

Secara tradisinya, jawatan Perdana Menteri akan disandang oleh orang nombor satu parti yang memerintah.

Maka secara moralnya, Muhyiddin akan ditekan untuk melepaskan jawatan Perdana Menteri.

Namun Dr. Mahathir harus ingat, walau pun ketika itu, Dr. Mahathir akan menjilat kembali kahak dan lendir yang beliau telah ludahkan dengan bersetuju untuk berkerjasama dengan UMNO, kepimpinan dan akar umbi UMNO menolak secara total kerjasama dengan beliau.

UMNO juga mempunyai pengaruh yang besar dalam Muafakat Nasional kerana PAS lebih mesra dengan UMNO berbanding PPBM.

Sekiranya UMNO membuat keputusan untuk keluar dari kerajaan, sudah hampir pasti keseluruhan gabungan dalam Muafakat Nasional juga akan turut menarik diri, maka suka atau tidak, mahu atau tidak, PRU 15 akan diadakan.

Untuk Dr. Mahathir kembali kepada Pakatan Harapan, ruang untuk beliau sudah tertutup.

Untuk beliau berkerjasama dengan UMNO, beliau tidak diterima.

Jadi, apa pilihan yang beliau ada sekarang?

0 comments:

fda

Archives