Monday, March 2, 2020

Adakah Kemelut Politik Sudah Selesai Dengan Perlantikan TS Muhyiddin Sebagai PM Ke 8?


1 Mac 2020, di Istana Negara berlangsung Istiadat Kurnia Suratcara Perlantikan Dan Angkat Sumpah Jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin swbagai Perdana Menteri ke 8.

DYMM SPB YDP Agong Ke XVI, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah telah perkenan hadir ke istiadat tersebut.

Dengan terlaksananya istiadat tersebut, maka dengan rasminya Muhyiddin telah dilantik sebagai Perdana Menteri ke 8.

SPB YDP Agong Membuat Keputusan Setelah Memberikan Pertimbangan Yang Cukup Teliti


Sepatutnya  semua pihak mesti taat dan patuh pada keputusan yang telah dibuat oleh SPB YDP Agong.

Lebih-lebih lagi bila melihat cara baginda membuat keputusan, jelas menunjukkan baginda tidak membuat keputusan dengan terburu-buru.

Bermula dengan perjumpaan empat mata kesemua 221 (kecuali Dr. Mahathir) bersama baginda, kemudian baginda memanggil Mesyuarat Khas Majlis Raja Raja Melayu dan diakhiri dengan perjumpaan kesemua pemimpin parti politik yang mempunyai Ahli Parlimen di Dewan Rakyat (BACA DI SINI).

Barulah SPB YDP Agong membuat keputusan bertepatan dengan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Apakah Perlantikan Muhyiddin Sebagai Perdana Menteri Ke 8 Akan Mengakhiri Kemelut Politik Tanah Air


Sepatutnya begitu, tetapi masaalah terbesar pada dunia politik di Malaysia ialah kebanyakan pemimpin utama parti politik terlalu banyak berpolitik demi untuk mengekal dan mendapatkan kuasa dengan apa cara sekali pun.

Matlamat menghalalkan cara, ibarat selepas rumah siap, pahat masih berbunyi.

Walau pun keputusan telah SPB YDP Agong buat namun masih ada pihak yang masih lagi melakukan tindakan seolah mencabar keputusan SPB YDP Agong.

Pihak yang menyokong Dr. Mahathir mendakwa mereka mempunyai 114 sokongan dari Ahli Parlimen yang mencadangkan Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri ke 8.

Persoalannya sekarang, mengapa sewaktu SPB YDP Agong memanggil semua ketua parti politik, perkara itu tidak dipersembahkan kepada baginda?


Mengapa selepas pertemuan dengan SPB YDP Agong baru perkara tersebut berbangkit?

Alasan yang diberikan adalah kesuntukan masa.

Kemelut politik telah berlarutan selama satu minggu, apakah tidak cukup masa untuk mengumpulkan sokongan?

Itulah bezanya antara Raja dengan ahli politik.

Keutamaan SPB YDP Agong ialah untuk menyelesaikan kemelut politik secepat mungkin.

Kerisauan SPB YDP Agong ialah kemelut politik tersebut telah menggugat kestabilan negara dan kesejahteraan rakyat dan ianya mesti diselesaikan secepat mungkin tetapi keutamaan ahli politik ialah kuasa tanpa memperdulikan kestabilan negara dan kesejahteraan rakyat!!!


Dr. Mahathir tidak berpuas hati kerana permintaan beliau untuk mengadap SPB YDP Agong bagi mempersembahkan bukti sokongan Ahli Parlimen telah ditolak (BACA DI SINI).

Sebagai ahli politik veteran, sepatutnya Dr. Mahathir tidak memohon mengadap SPB YDP Agong selepas keputusan telah baginda muktamadkan.

Apakah Dr. Mahathir fikir, keputusan istana adalah keputusan terburu-buru seperti yang dilakukan oleh ahli politik, pagi cakap lain, tengahari cakap lain dan malam cakap lain?

Keputusan SPB YDP Agong menolak permintaan Dr. Mahathir mengadap adalah satu keputusan yang tepat dan bijak.

Sekiranya SPB YDP Agong melayan kerenah Dr. Mahathir, bagaimana kalau selepas itu datang lagi satu pihak pula mendakwa mereka juga mempunyai sokongan yang cukup dari Ahli Parlimen? (BACA DI SINI).

Sampai bila krisis politik ini akan berakhir sedangkan makin lama krisis ini berpanjangan, keadaan negara semakin tidak stabil dan rakyat semakin resah?

Kalau pun betul seperti apa yang didakwa oleh kumpulan yang menyokong Dr. Mahathir, gunakan cara yang betul dan beradab!!!

Apabila parlimen bersidang, lakukan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, sekiranya undi tidak percaya mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri boleh menasihatkan SPB YDP Agong untuk bubarkan parlimen dan pilihanraya umum boleh diadakan.

Sebagaimana yang admin katakan, sepatutnya kemelut politik ini tamat selepas SPB YDP Agong memuktamadkan keputusan baginda tetapi sikap tamak dan rakus kepada kuasa segelintir pemimpin politik akan memanjangkan lagi kemelut politik tanah air.

Titik noktah kepada kemelut politik ini nampakya masih jauh dan dalam masa yang sama rakyat makin resah dengan ketidaktentuan yang sedang berlaku sekarang.

0 comments:

fda

Archives