Sejak Pakatan Harapan tumbang di Putrjaya, ramai pemimpin-pemimpin utama mereka hilang arah.
Berbagai kenyataan dikeluarkan untuk menutup kesilapan percaturan mereka sendiri.
Pengkhianat, demokrasi sudah mati, malah Khalid Samad, antara pemimpin Pakatan Harapan bermulut longkang, secara lantang mengkritik dan mempertikaikan keputusan yang telah dibuat oleh SPB YDP Agong.
Jentera Fitnah Pakatan Harapan Mula Di Gerakkan Seluruh Negara
Rakyat Malaysia tahu, kemenangan Pakatan Harapan dalam PRU 14 bukanlah disebabkan oleh kekuatan mereka sendiri tetapi kerana kekuatan dan keberkesanan jentera fitnah mereka yang bertaburan ke segenap pelusuk tanah air.
DS Najib dan UMNO menjadi sasaran utama fitnah Pakatan Harapan.
Sttategi Pakatan Harapan ketika itu mudah.
Cipta persepsi watak kezaliman Kerajaan Barisan Nasional yang menindas rakyat dengan mengenakan GST pada kadar 6% dan selepas dapat meyakinkan rakyat dengan persepsi yang mereka cipta, bakar lagi kemarahan rakyat dengan cerita kononnya duit kutipan GST itu disalahgunakan oleh pemimpin Barisan Nasional untuk kepentingan peribadi dengan bermewah-mewah dan bukannya untuk dikembalikan kepada rakyat.
Untuk meyakinkan rakyat, maka dicipta fitnah tentang 'pink diamond', dicipta fitnah tentang DS Najib mencuri duit RM2.6 bilion dan lain-lain.
Akhirnya terlaksanalah strategi 'Bumi Hangus', hingga kredibiliti Barisan Nasional, terutamanya UMNO tercalar teruk dan amat sukar dipulihkan ketika itu.
Sekarang jentera fitnah Pakatan Harapan dikerahkan sekali lagi ke seluruh negara.
Rakyat akan dihidangkan pula dengan fitnah baru mereka.
UMNO dan PAS akan menjadi watak wajib sasaran fitnah mereka kali ini.
Muhyiddin dan Azmin akan menjadi tambahan kepada watak sasaran fitnah yang akan mereka hidangkan.
Kalau sebelum PRU 14, kerajaan kleprokrasi menjadi tajuk utama fitnah Pakatan Harapan, kali ini pengkhianatan akan menjadi tajuk utama.
Api fitnah sudah dinyalakan oleh pakar fitnah Pakatan Harapan seperti Dr. Mahathir, Khalid Samad, Lim Guan Eng, Mujahid.
Maka pencacai-pencacai yang mempunyai kepentingan peribadi, seperti Marina Mahathir, Siti Kasim, Ambiga, Suara Rakyat dan Bersih mula dikerah untuk menyalak di jalanan supaya menimbulkan rasa ingin tahu oleh rakyat Malaysia yang berada di luar ibukota untuk mengetahui apa yang sebenarnya sudah berlaku.
Ini akan menimbulkan perasaan ingin tahu yang lebih tinggi di kalangan rakyat seluruh negara dan fitnah akan tersebar dengan lebih luas dan pantas.
Dengan memek muka ala-ala orang yang teraniaya, diceritakan bagaimana Kerajaan Pakatan Harapan tidak mungkin akan tumbang kalau tidak ada pengkhianatan.
Pasti juga akan diceritakan, malah sudah diceritakan kepada rakyat, penurunan harga minyak, kenaikan ringgit, kenaikan indeks Bursa Malaysia, kenaikan harga sawit ekoran pembatalan duti impot sawit oleh Kerajaan India, sebenarnya adalah hasil 'usaha dan kerja keras' Pakatan Harapan selama memerintah tetapi tidak sempat diumumkan kerana pengkhianatan yang berlaku.
Akan disampaikan juga, kalau Pakatan Harapan masih berkuasa, banyak lagi menafaat yang akan diterima.
Apa menafaatnya, Dr. Mahathir dah bagi gambaran dalam Pakej Rangsangan Ekonomi yang syok sendiri sewaktu menjadi Perdana Menteri Interim.
22 bulan Pakatan Harapan berkuasa, mereka tidak sempat umumkan kejayaan mereka tetapi 2 hari mereka kehilangan kuasa, tiba-tiba mereka ada 'all the time in the world' untuk ceritakan segala-galanya.
Rakyat Malaysia jangan mengulangi kesilapan yang sama.
Jangan terlalu mengikut emosi hingga mudah terpedaya dan terpengaruh dengan fitnah yang akan dihidangkan.
Ingat, bersubahat membantu menyebarkan fitnah, sama dosa dan azabnya dengan pihak yang menabur fitnah dan dosa serta azab fitnah adalah lebih besar dari membunuh!!!
Yang meruntuhkan Pakatan Harapan, ialah Dr. Mahathir sendiri (BACA DI SINI).
Yang menyebabkan Dr. Mahathir meruntuhkan Pakatan Harapan ialah sikap pemimpin Pakatan Harapan sendiri, jadi kenapa pula UMNO dan PAS hendak disalahkan?
Yang melantik Perdana Menteri ke 8 ialah SPB YDP Agong dan baginda membuat keputusan dengan penuh cermat dan tertib, jadi kenapa pula hendak disalahkan UMNO dan PAS?
Kepada pemimpin Muafakat Nasional, kepada netizen pro Muafakat Nasional, kita mesti berkerjasama dan pantas menangkis fitnah Pakatan Harapan.
Jangan ambil sikap, rakyat akan menilai, seperti PRU 14 dahulu.
Ingat pesan Saidina Ali karamallah hu wajha :
"Kebatilan yang terancang pasti akan memusnahkan kebenaran yang tiada perancangan".
0 comments:
Post a Comment