Sunday, April 14, 2019

RCI Tabung Haji : Takut Apa Wakanda!!!

Salam 1.25% Dari Wakanda Kepada Penyimpan Tabung Haji





Laman blog nie pernah menyiarkan tentang hibah 'tertinggi' Tabung Haji sejak di tubuhkan, iaitu 1.25% (BACA DI SINI)...


Dan bila di tanya mengenai keadaan kewangan TH yang teruk hingga hanya mampu berikan hibah cuma 1.25%, Wakanda dengan muka tak bersalah, menyalahkan pengurusan TH terdahulu dan sebagai pelengkapnya menyelitkan juga kerajaan BN terutamanya UMNO...


Wakandakuu juga jelaskan waktu PH ambil alih TH, defisit antara aset dan liabiliti TH adalah sebanyak RM4.1 bilion dan keadaan menjadi semakin parah menjelang hujung tahun 2018, di mana defisit meningkat ke RM10.2 bilion dalam masa 7 bulan!!!

Wakanda juga jelaskan, kerajaan pusat 'terpaksa membelanjakan hingga RM17.8 bilion semata2 untuk memulihkan Tabung Haji'...

Kalau benar, maka tersangat hebat pengorbanan kerajaan PH yang bertunjangkan DAP dalam menyelamatkan institusi Tabung Haji...

Apa Sebenarnya Yang Berlaku Dan Apa Sebenarnya Yang Kerajaan PH Dah Lakukan?


Persoalan Yang Pertama

Katalah memang benar Tabung Haji mengalami defisit sebanyak RM4.1 bilion waktu PH ambil alih kerajaan, kenapa defisit itu melonjak hingga 150% atau kepada RM10.2 bilion dalam masa 7 bulan, pada penghujung tahun 2018?

Apa sebenarnya yang berlaku?

Persoalan Yang Kedua

Jumlah aset Tabung Haji yang di jual kepada SPV milik Kementerian Kewangan dan berada dalam kawalan penuh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, ialah RM 19.9 bilion, kononnya untuk menampung kerugian Tabung Haji...

'Kerugian' yang di alami Tabung Haji seperti yang di dakwa oleh kerajaan PH pada penghujung 2018 ialah RM10.2 bilion, mengapakah kerajaan PH menjualkan sehingga RM19.9 bilion aset Tabung Haji?

》Sekali lagi, 'kerugian' Tabung Haji yang di dakwa oleh kerajaan PH pada penghujung 2018 adalah sebanyak RM10.2 bilion, dan aset yang di jual adalah sebanyak RM19.9 bilion, bermakna lebihan jualan aset selepas di tolak dengan 'kerugian' Tabung Haji ialah sebanyak RM9.7 bilion, di manakah atau dalam simpanan siapakah duit itu sekarang?

Persoalan Yang Ketiga

Di manakah asasnya dakwaan Wakanda, bahawa kerajaan pusat menyelamatkan Tabung Haji dengan dana RM17.8 bilion?

Sedangkan penjualan aset Tabung Haji sendiri telah memberikan lebihan sebanyak RM9.7 bilion, tapi tak dapat di jejaki di mana duit itu berada sekarang!!!

Persoalan2 itulah yang kita mahukan jawapan dari Wakanda Mujahid...

Tapi setakat hari ini, Wakanda Mujahid GAGAL memberikan penjelasan dan jawapan...

Sebab itulah kita menuntut supaya Suruhanjaya Siasatan Di Raja atau RCI di tubuhkan...

Semua duit dan aset yang di miliki oleh Tabung Haji adalah di miliki sepenuhnya oleh penyimpan2 Tabung Haji yang terdiri dari masyarakat Melayu Islam...

Kenapakah masyarakat Melayu Islam di nafikan hak untuk mengetahui apa sebenarnya yang terjadi pada Tabung Haji yang secara tiba2 di isytiharkan rugi berbilion ringgit!!!

Apa Niat Di Sebalik Serangan Terhadap Tabung Haji


Tabung Haji adalah satu2nya institusi kebanggaan umat Islam di Malaysia...

Tabung Haji mempunyai rekod yang cukup cemerlang sebelum ini dalam mengendalikan pelaburan patuh syariah dan juga dalam mengendalikan umat Islam Malaysia yang pergi menunaikan fardu haji di Mekah...

Tabung Haji juga memberikan diskaun yang tinggi hingga mencecah 100% terhadap kos menunaikan fardu haji kepada masyarakat Islam, terutamanya golongan B40 dalam menunaikan fardu haji...

Serangan pertama terhadap Tabung Haji di lakukan oleh orang Melayu Islam Malaysia yang bernama Rafizi Ramli...

Akibat dari fitnah yang di lakukan Rafizi, beberapa penyimpan Tabung Haji yang sudah sampai giliran menunaikan fardu Haji terpaksa berputih mata kerana mengeluarkan simpanan mereka...

Kini Tabung Haji di serang lagi...

Tujuannya ialah supaya masyarakat Islam Malaysia sekali lagi hilang keyakinan terhadap Tabung Haji...

Berbelas bilion ringgit aset Tabung Haji di jual, untuk menggambarkan betapa tenatnya keadaan Tabung Haji sekarang...

Peratusan hibah yang kecil bertujuan menggambarkan kemeruduman prestasi perniagaan Tabung Haji...

Kenyataan tak bertanggungjawab oleh pengurusan tertinggi Tabung Haji bahawa Tabung Haji bukanlah institusi kewangan yang sesuai untuk mendapatkan pulangan dalam pelaburan, adalah masej yang jelas supaya umat Islam yang menyimpan di Tabung Haji mengeluarkan simpanan mereka...

Fikirkanlah, 3 serangan di lakukan secara serentak dengan tujuan uang sangat jelas, iaitu meruntuhkan institusi Tabung Haji...

Sekiranya masyarakat Islam secara beramai2 mengeluarkan simpanan mereka di Tabung Haji, maka PASTI institusi Tabung Haji akan runtuh...

Maka tiada lagi institusi yang akan membantu dan menguruskan umat Islam Malaysia yang ingin menunaikan fardu haji...

Inilah matlamat musuh2 Islam yang sebenarnya, sejak dari dulu, mereka sakit hati dan merasa tidak senang melihat ratusan juta ringgit di belanjakan Tabung Haji sebagai diskaun kos menunaikan fardu haji bagi umat Islam...

Mereka mahu dan bercita2 agar dana yang begitu besar di gunakan kepada sekolah vernakular, gereja dan kuil2 atau paling tidak kepada badan kebajikan mereka...

Admin menyeru kepada semua, biarlah hari ini, sementara kuasa di tangan mereka, kita mendapat hibah yang cukup kecil, namun jangan sekali2 meruntuhkan institusi Tabung Haji yang telah banyak membantu umat Islam dengan mengeluarkan simpanan kita dari Tabung Haji...

0 comments:

fda

Archives