Thursday, April 4, 2019

Bela Bumiputera : Halau Keluar Dewan Sebelum Bukti Di Dedah?

Kerana Membela Hak Bumiputera, Ahli Parlimen  Pengkalan Chepa (PAS) Di Halau Keluar Dewan Rakyat Dan Di Gantung 2 Hari


Pada petang tadi, suasana di dalam Dewan Rakyat begitu kecoh dan panas walaupun hujan turun dengan selebatnya di ibu kota Kuala Lumpur...

Kemuncak episod kekecohan ini ialah Ahli Parlimen PAS Pengkalan Chepa, YB Ustaz Ahmad Marzuk Shaary di halau keluar dewan dan di gantung selama 2 hari...

Apakah punca sebenar kekecohan ini?

YB Pengkalan Chepa dalam perbahasan RUU Perbekalan Tambahan 2018 telah menyuarakan isu nasib kontraktor Bumiputera era Kerajaan PH...

Beliau meminta penjelasan Menteri Kewangan mengapa berlakunya perubahan ketara dalam sistem perolehan kerajaan yang mana Perolehan Kontrak dan Tender telah berubah daripada status kelayakan Penyertaan Kontraktor Bumiputera kepada Penyertaan Terbuka kepada semua (Termasuk Bukan Bumiputera) secara agresif tanpa notis dan pekeliling makluman kepada Kementerian / Jabatan...

Ini bukanlah cerita fitnah rekaan PAS, ia adalah suara hati kontraktor Bumiputera yang merayu agar nasib mereka di bangkitkan di Parlimen...

Pada penghujung ucapan, beliau bertanya adakah ini merupakan agenda DAP yang mendominasi Kerajaan PH untuk menghakis hak Bumiputera?

Ketika sesi penggulungan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng terus menafikan dakwaan yang di buat oleh YB Pengkalan Chepa...

Dia berkata walaupun tender terbuka tetapi masih terhad untuk kalangan kontraktor Bumiputera sahaja...

Lantas, YB Pengkalan Chepa bangun memberikan penjelasan bahawa apa yang sebenarnya berlaku ialah tender terbuka ini untuk semua termasuk Kontraktor Bukan Bumiputera...


Lim Guan Eng meminta YB Pengkalan Chepa memberikan bukti, "berikan kepada saya, berikan kepada saya"...

Namun, amatlah aneh dan hairan sekali kerana Menteri Kewangan tidak langsung memberikan peluang kepada YB Pengkalan Chepa mendedahkan bukti tersebut di dalam Dewan...

Dia meminta YB Pengkalan Chepa duduk sahaja mendengar jawapannya dan menulis surat kepadanya nanti...

Keadaan ini membuatkan ramai Ahli Parlimen PAS dan UMNO yang bangun mempertikaikan gelagat Menteri DAP ini...

Dia minta bukti tetapi dia tidak berani memberikan peluang kepada YB PAS mendedahkan bukti yang di minta...

Bak kata YB PAS Tumpat, "takut apa menteriku!!!"...

Dewan menjadi lebih gamat tatkala YB Pengkalan Chepa berkata dia anak jantan, bukannya PONDAN seperti YB Bagan (Menteri Kewangan)...

Sepantas kilat, YB PH yang lain khususnya Lembah Pantai, Puncak Borneo, Jelutong, Rasah dan lain2 mendesak perkataan pondan tersebut di tarik balik oleh YB Pengkalan Chepa...

YB Pengkalan Chepa merayu dan mendesak agar beliau di berikan peluang untuk mendedahkan bukti tersebut di dalam Dewan...

Menteri Kewangan tetap tidak memberikan peluang...


Kemuncaknya, YB Pengkalan Chepa di arah keluar dewan oleh Timbalan Speaker kerana enggan menarik balik perkataan pondan terhadap YB Bagan...

Sebagai tanda protes, seluruh ahli parlimen PAS dan BN turut keluar dewan bersama YB Pengkalan Chepa...

Rakyat boleh menjadi saksi bagaimana ketakutan DAP apabila agenda belakang tabir mereka cuba di dedahkan kepada umum?

Lihat sahaja reaksi dan mimik muka Lim Guan Eng yang dalam begitu emosional ketika di asak teruk oleh pembangkang...

Selepas kekecohan itu, Menteri Kewangan pun meneruskan penggulungan syok sendirinya itu kerana tidak ada lagi suara Pembangkang yang bangun mencabar kejantanannya...

Bercakaplah seorang diri, puas hati bukan?

Mungkin ada yang bertanya, apakah bukti yang hendak di sebut oleh YB Pengkalan Chepa di dalam Dewan tetapi di halang oleh Menteri DAP itu?

Berikut saya kongsikan tiga bukti yang hendak di dedahkan di dalam Dewan Rakyat pada petang tadi :

》Perkhidmatan Secara Berkala Memotong Rumput Dan Membersih Kawasan Di Empangan Batu Serta Kerja-Kerja Berkaitan...

》Perkhidmatan Secara Berkala Memotong Rumput Dan Membersih Tebing Di Gombak Barrage Dan Sepanjang Lencongan Gombak Serta Perkhidmatan Berkaitan...

》Perkhidmatan Secara Berkala Memotong Rumput Dan Membersih Tebing Di Keroh Barrage, Kolam Jinjang Dan Kolam Benteng Serta Perkhidmatan Berkaitan...

Kesemua Kenyataan Tawaran tahun 2019 ini di kategorikan sebagai TERBUKA...

Ianya berbeza dengan tender tahun 2018 yang dengan secara jelas dan nyata menyebut dalam baris pertama, perenggan pertama Kenyataan Sebut Harga iaitu "sebutharga adalah di pelawa daripada kontraktor-kontraktor BUMIPUTERA berdaftar di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/Selangor"...

Apakah isu hak Bumiputera yang di suarakan oleh YB Pengkalan Chepa pada petang tadi adalah rekaan dan fitnah?

Rakyat boleh menilai sendiri dan boleh juga bertanya kepada kontraktor Bumiputera berkenaan nasib mereka setelah PH berkuasa hampir 1 tahun ini, adakah kian terbela atau terpinggir?

Rakyat juga boleh menilai adakah DAP ini hanya pandai mencabar tetapi takut apabila tembelang mereka terbongkar...

Keangkuhan Menteri PH Bukan Saja Di Dalam Dewan Rakyat Tetapi Juga Terhadap Rakyat


Semakin lama PH berkuasa, semakin angkuh sikap mereka, terutamanya menteri2 dan ahli parlimen DAP...

Video klip di atas sudah cukup menjadi bukti keangkuhan Lim Guan Eng terhadap rakyat marhein dan juga sifat dendam dan kebencian mereka terhadap UMNO dan PAS...

Kenapa DAP berdendam pada UMNO dan PAS :

》Kerana hanya UMNO dan PAS parti yang memperjuangkan dan mempertahankan kedudukan ugama Islam dan bangsa Melayu di Malaysia dan kebencian mereka terhadap ugama Islam dan bangsa Melayu menyebabkan DAP sentiasa berusaha menghancurkan UMNO dan PAS...

》Gelombang penyatuan ummah yang di gerakkan oleh UMNO dan PAS merupakan mimpi ngeri yang sangat menakutkan DAP, kerana DAP tahu, apabila UMNO dan PAS berjaya menyatukan ummah, maka kuasa pemerintahan yang ada pada DAP hanya akan bertahan selama sepenggal saja...

Era PH berkuasa ini, YB Pembangkang sering menjadi mangsa hukuman di arah keluar Dewan oleh Speaker dan Timbalan tetapi YB PH khususnya Jelutong boleh sahaja bebas bercakap merapu seperti sampah di dalam Dewan tanpa di kenakan sebarang tindakan...

Tahniah, inilah reformasi Parlimen Malaysia Baru versi PH...







Kredit :

Syed Ahmad Fadhli
Pegawai Lajnah Hal Ehwal Parlimen PAS

0 comments:

fda

Archives