Sunday, April 7, 2019

PRK Rantau : Politik Jijik PH/ PKR Dalam Kempen PRK Rantau


Dalam satu ceramah politik sempena kempen PRK Rantau, orang kanan Anwar, Saifuddin Nasution, cuba buat serangan ke atas Tok Mat Hassan dengan mengatakan kononnya Tok Mat Hassan tak berani isytiharkan harta untuk membuktikan imejnya bersih dari segala amalan rasuah...

Niat sebenar Saifuddin tak sukar untuk kita baca...

Saifuddin cuba melakukan perang saraf dengan menimbulkan kemarahan pengundi2 Rantau terhadap Tok Mat Hassan...


Di saat rakyat makin terhimpit, Tok Mat Hassan masih lagi hidup mewah, sebab itulah Tok Mat Hassan takut nak isytiharkan hartanya...

Saifuddin berharap agar pengundi Rantau akan mempersoalkan integriti Tok Mat Hassan kerana tidak mengisytiharkan harta yang di miliki oleh Tok Mat dalam menghadapi PRK Rantau...

Saifuddin juga cuba memberikan imej 'BERSIH' pemimpin PH dengan memberikan contoh, MB Negeri Sembilan, Haji Aminuddin Harun, telah mengisytiharkan harta sebelum PRU 14 yang lepas...

Saifuddin juga bersungguh2 cuba mempengaruhi pengunjung (yang rata2nya penyokong PKR sendiri), bahawa Streram juga seorang calun yang bebas dari sebarang amalan rasuah, kerana sudah mengisytiharkan harta sebelum PRK Rantau...

Sepatutnya, Saifuddin mesti menekankan perkataan 'Ini Malaysia Baru, Yang Menolak Amalan Rasuah' kepada Lim Guan Eng (BACA DI SINI), pembantu Mat Sabu (BACA DI SINI) dan terkini kepada SuPol Salehudin Ayob...

Admin juga nak tanya pada Saifuddin, MB Negeri Sembilan isytiharkan harta sebelum PRU 14, tapi lepas 10 bulan jadi MB, ada isytihar harta tak...

Tanya jer, bukan apa, orang kanan dengan orang kiri menteri pun berpeluang amalkan rasuah...

Saifuddin Jual, Tok Mat Hassan Beli


Tapi langkah Saifuddin sumbang, bila Tok Mat Hassan menerangkan, sejak menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan dulu, Tok Mat Hassan bukan saja mengisytiharkan harta beliau setiap penggal, malah mewajibkan semua wakil rakyat, exco dan pegawai tinggi kerajaan melakukan perkara yang sama...

Malah pengisytiharan harta pentadbiran dulu, boleh di semak sama ada di SPRM atau SUK Negeri Sembilan...

Jadi Saifuddin tak payah cakap banyaklah, duduk jer ontok ontok...


Tok Mat isytihar harta dengan SPRM, tapi MB sekarang buat perakuan bersumpah pengisytiharan harta dengan Invoke...

Selepas terpalit dengan isu beberapa kes fitnah di mahkamah, Invoke ada kredibiliti lagi ker?

Bolehker di perakui pengesahan dari Invoke yang di tunjangi PH/ PKR tu?

Sedangkan menteri PKR punya sijil pun menipu, inikan pula pengisytiharan harta pada Invoke yang di terajui Rafizi...😂😂😂

Boleh Saifuddin tolong jawabkan tak, Rafizi di buang dari Petronas sebab apa yer?

PH/ PKR Terdesak 'Character Assassin' Terhadap Tok Mat Hassan Di Rantau Sebagai Talian Hayat PH


Bagi PH terutamanya Anwar Ibrahim dan sebahagian PKR, mereka melihat Tok Mat Hassan sebagai musuh utama politik mereka...

Tok Mat adalah halangan terbesar Anwar Ibrahim dan PKR hari ini...

Kejayaan Tok Mat Hassan dalam usaha penyatuan ummah dengan mengajak PAS berkerjasama dengan UMNO adalah ancaman yang paling besar...

PH tak kesah kalau calun BN di PRK Rantau bukan Tok Mat Hassan...

Tapi bila Tok Mat Hassan mengumumkan akan pertahankan kerusi DUN Rantau, PH merasakan WAJIB mereka 'mematikan' karier politik Tok Mat Hassan di Rantau supaya usaha penyatuan ummah akan tersekat di tengah jalan...

Sekiranya Tok Mat Hassan berjaya mengekalkan momentum kemenangan BN di PRK Rantau nanti, pengundi2 Melayu di lihat akan dengan lebih terbuka menyokong gabungan BN dan PAS dan menolak PH secara terang2an...

Maka gelaran PH Kerajaan Sepenggal akan menjadi realiti dan inilah yang amat di takuti PH...

Tok Mat adalah ancaman nyata bagi Pakatan Harapan dan sebab itu serangan mesti di buat ke atas Tok Mat dan PKR mahu rakyat percaya Tok Mat bukan pemimpin yang layak untuk di angkat menjadi Perdana Menteri selepas PRU15 nanti...

Rafizi dalangnya dan itulah individu yang perlu kita berikan perhatian di sebalik serangan yang di buat ke atas Tok Mat hari ini...

Perang saraf tak menjadi yang cuba di lakukan oleh Saifuddin bukanlah satu2nya strategi politik jijik yang di lakukan PH...


PH bertindak jauh lebih jijik bila cuba menabur fitnah, kononnya ada petugas2 BN cuba mengamalkan politik wang kepada pengundi Rantau...

Namun semuanya telah terbongkar dan strategi jijik mereka mula membuat pengundi Rantau semakin marah dan benci kepada PH...

Kita jangkakan banyak lagi yang akan di lakukan oleh PH dalam usaha untuk menumbangkan BN terutamanya Tok Mat Hassan di PRK Rantau...


Admin menyeru kepada semua pengundi DUN Rantau, demi penyatuan ummah, demi masa depan anak cucu kita, demi agama, bangsa dan tanah air kita, berhati2 dengan permainan kotor dan busuk PH di PRK Rantau...

Kita sudah tertipu sekali dan sekarang kita merasakan keperitan akibat kesilapan kita di PRU 14...

Apakah kita akan wariskan keperitan hidup ini kepada anak cucu kita nanti?

Sudah tentu tidak, jadi, berikan semua undi kepada Tok Mat Hassan, calun BN dan TOLAK calun yang lain, tetutamanya calun pendatang dari PH/ PKR, Dr. Streram...

Kita dah ada satu doktor yang dah menghancurkan negara selama 22 tahun dan kini sedang melakukannya sekali lagi, jadi, janganlah pilih doktor kedua untuk menghancurkan Rantau!!!

0 comments:

fda

Archives