Satu Malaysia terkejut bila tiba2 Rafizi dedahkan 'orang kanan' Mat Sabu terlibat dengan rasuah lebih RM800000...
Kita terkejut bukan sebab kemungkinan penglibatan rasuah ahli politik dari Pakatan Harapan sebab semua orang tahu 'kesucian' sebenar politikus PH tu...
Tapi kita terkejut sebab Rafizi bukanlah dari parti PAN...
Apa yg dia dok sibuk2 pasal parti Abg Mat tu...
Lagi pula, pemilihan PKR dah tak lama lagi...
Dari dok sibuk2 pasal parti Abg Mat, lebih baik Rafizi fikirkan camner nak kalahkan Azmin dlm pemilihan PKR tu...
Apa Sebenarnya Yang Berlaku
Siasatan ke atas 'orang kanan' Mohamad Sabu melibatkan sejumlah wang yang di masukkan ke akaun bank menunjukkan perebutan jawatan di kementerian dalam kalangan kawan2 ahli politik Pakatan Harapan...
'Orang kanan' Bang Mat tu di katakan akan di lantik sebagai pegawai kanan dalam Kementerian Pertahanan...
Jadi sebelum 'orang kanan' Bang Mat angkat sumpah (di lapurkan minggu depan) ke jawatan yang di lantik tu, dah memang tanggungjawab Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) utk pastikan semua pembantu dan pegawai politik para menteri bebas daripada urusan meragukan sebelum di lantik secara rasmi...
Skop siasatan SPRM ialah tentang transaksi memasukkan duit RM800000 ke dalam akaun peribadi 'orang kanan' Bang Mat sebaik saja Bang Mat angkat sumpah jadi Menteri Pertahanan...
Sumber berkata pendedahan tentang siasatan SPRM ke atas 'orang kanan' Bang Mat tu berbetulan dengan angkat sumpah minggu ini, dengan harapan ia boleh menggagalkan pelantikan dan mengosongkan jawatan itu...
Sumber mengesahkan 'orang kanan' itu di isytiharkan muflis oleh Jabatan Insolvensi sebelum Amanah di tubuhkan...
'Orang kanan' itu kemudian menemui kawan2 rapat kira2 12 orang untuk membantu dia menyelesaikan hutang peribadi berjumlah kira2 RM800,000 itu...
Sementara itu, sumber berkata SPRM mungkin tidak akan menemui unsur2 rasuah dalam siasatan ini...
Apa Pula Kaitan Rafizi Dengan Masaalah Nie
Semua orang tahu, selepas Azmin di lantik jadi Menteri Hal Ehwal Ekonomi dan ada ura2 yang Azmin akan bertanding dalam pemilihan jawatan presiden PKR (sekarang dah tak jadi), satu2nya pemimpin PKR yg masih setia dgn kem Anwar/Wan Azizah ialah Rafizi...
Yang lain mcm Tian Chua, YB Saifuddin Nasution dengan YB Zuraidah dah menyatakan sokongan pada Azmin...
Macam semut dengan gula...
Dulu sebelum Azmin di lantik ke jawatan menteri kanan dengan bajet terbesar, Anwarlah yg pegang kantung gula...
Tapi sekarang, Anwar tak ada apa2 jawatan dalam kabinet cuma 'mungkin' akan jadi PM ke 8, 'semut2' PKR nampak kantung gula ada pada Azmin...
Angin semakin kuat bertiup mengatakan Tun Mahathir tengah lakukan usaha sekat Anwar dari jadi PM ke 8...
Jadi gamenya mudah, dengan mendedahkan siasatan SPRM ke atas 'orang kanan' Bang Mat selepas 'copy paste' siasatan tu, kepincangan pentadbiran Tun M dapat di telanjangkan...
Sedikit sebanyak, nama Azmin (yg sekarang dah bertukar alamat ke kem Tun Mahathir) akan tercalar...
Maka ini akan memudahkan tag team Anwar/Azizah/Rafizi menewaskan kem Azmin dlm pemilihan PKR nanti...
Kalau itu berlaku, ianya akan membuka laluan yang cukup besar utk Anwar di mahkotakan sebagai Perdana Menteri ke 8...
Maka akan lenyaplah legasi Azmin dalam PKR dan berakhirlah riwayat politik Tun M di Malaysia...
Kesimpulannya, pendedahan yang di buat bukanlah kerana inginkan pentadbiran yang benar2 bersih dalam memberikan khidmat terbaik kepada rakyat...
Tapi ada agenda politik yang membawa kepada kepentingan peribadi...
Sampai bilakah pemimpin akan mengamalkan budaya 'character asissanation' seteru politik mereka...
Rakyat marhaen terus di belenggu dengan masaalah peningkatan kos sara hidup yang tak seimbang dengan pendapatan...
Rakyat masih menunggu janji2 yang telah di tabur walaupun sedar 100 hari sudah berlalu...
Rakyat sudah jemu dan mual dengan permainan dan silap mata yang di dendangkan...
PRU dah lebih 100 hari berlalu, beri tumpuan pada masaalah kehidupan rakyat...
Kamu semua di pilih utk memberikan khidmat kepada rakyat dan bukannya bermain sandiwara2 mcm nie...
Hentikan sbb rakyat dah bosan!!!
Kerana akibat dari segala kerakusan ahli politik, yg akan menjadi mangsa terakhir adalah rakyat!!!
Sumber :
》 Free Malaysia Today
》 apakecoh.com
No comments:
Post a Comment
Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.